Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia

Inflasi selalu di dengari dari mana-mana berita kewangan. Akan tetapi adakah kita tahu apa yang di maksudkan dengan inflasi dan apa kesannya terhadap duit kita semua? Adakah inflasi itu berita baik atau berita buruk?

inflasi berita

Apa Maksud Inflasi?

Inflasi bermaksud kuasa beli duit kita semakin menyusut. Penyusutan kuasa beli duit boleh berlaku ke atas semua matawang di dunia yang menggunakan wang kertas (Wang Fiat). Sama ada US Dollar, Yen, Korea Won, Pound Sterling, Euro, apatah lagi Ringgit.

Jika kita kenang kembali zaman sekolah kanak-kanak dulu, ketika pergi ke kantin sekolah untuk membeli mee bungkus dalam plastik. Mee bungkus ketika itu berharga 20 sen saja. Apabila saya dewasa, saya membeli mee bungkus yang sama di tempat kerja, ia berharga RM2.

Di situ saya perasan bahawa harga mee bungkus tersebut telah naik sehingga 10 kali ganda. Apa yang menyebabkan harga mee bungkus naik begitu banyak? Adakah di sebabkan mee semakin tinggi kualitinya? Adakah mee sekarang high demand? Adakah mee merupakan barang “rare” atau “trending“?

“Inflasi telah.. menjadi cukai paling kejam, meruntuhkan nilai dollar dan menambah kos setiap pembelian”

Ella T.Grasso (Ahli Politik Amerika)

Apabila faham inflasi, rupa-rupanya kuasa beli duit kita yang merosot. Kuasa beli duit kita hari ini tidak sama dengan kuasa beli duit kita zaman sekolah dulu. Duit 20 sen sekarang tidak boleh beli mee bungkus yang sama seperti zaman sekolah dulu. Jika mee bungkus tadi di jadikan ukuran inflasi, maka kuasa beli duit kita telah merosot 10 kali ganda!

inflasi duit sekolah
Sumber Facebook @ekrammarfuadi

Bagaimana Inflasi Wang Bermula?

Kita perlu faham dulu tentang sistem matawang. Pada mulanya, duit kertas yang di cetak mesti bersandarkan nilai emas. Sistem matawang ini di panggil sistem Gold Standard.

Mengikut perjanjian Bretton Wood pada tahun 1944, US Dollar tidak boleh dicetak tanpa di sandarkan dengan emas. Setiap wang kertas 35 Dollar yang di cetak, mesti di sandarkan dengan emas seberat 1 troy oz (31.1 gram). Maksudnya duit Dollar hanya sekadar baucar yang mewakili emas. Duit sebenar ialah emas!

Duit baucar emas
Sumber : gold-eagle.com

Gambar di atas menunjukkan wang kertas Dollar sebelum tahun 1971 yang tertulis “Gold certificate” dan “In gold coin payable..”. Maksudnya, duit kertas itu boleh di bawa ke bank untuk di tukarkan kepada emas.

Tetapi pada 15 Ogos 1971, Amerika telah melanggar perjanjian Bretton Wood (1944) dengan memutuskan hubungan US Dollar dan emas. Semenjak itu, bermula sistem matawang baru yang di panggil sistem Wang Fiat.

Wang fiat adalah sistem matawang yang boleh di cetak sesuka hati tanpa bersandarkan nilai emas. Menurut Professor Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera, wang fiat di cetak “out of nothing” yang bermaksud duit kertas di cetak tanpa bersandarkan ke atas apa-apa aset fizikal. Inilah punca inflasi!

Kecuali hanya ketika standard emas, secara praktikalnya, semua kerajaan dalam sejarah telah menggunakan kuasa eksklusif mereka untuk mengeluarkan wang untuk menipu dan merampas daripada orang ramai.”

Fredrich August von Hayek (Ahli Falsafah Austria)

Ia juga berlaku di negara kita, iaitu ketika zaman jepun memerintah tanah melayu. Duit di cetak sesuka hati sehingga menyebabkan hyperinflasi (Kuasa beli duit jatuh mendadak). Dalam kata lain, kekayaan rakyat di rompak oleh pemerintah tanpa di sedari.

Duit zaman jepun
Image subject to copyright

Kesan Inflasi Kepada Duit Simpanan Kita

Inflasi itu ibarat anai-anai yang memakan duit kita. Katakan anda mempunyai duit simpanan di bank sebanyak RM100,000 dan kadar inflasi Ringgit setahun ialah 5%. Maka selepas setahun, duit simpanan anda itu akan berkurang nilainya sekitar RM5000. Walaupun nombor pada bank akaun anda masih RM100,000, namun hakikatnya duit anda telah di “makan” inflasi dari sudut nilai.

“Dengan ketiadaan standard emas, tiada cara untuk melindungi simpanan daripada kemelut inflasi. Tanpanya, tiada simpanan nilai yang selamat.”

Alan Greenspan (Bekas Pengerusi Federal Reserve)
inflasi
Artikel Utusan Malaysia bertarikh 31 Mac 2021

Maka jika anda menyimpan duit RM100,000 selama 10 tahun, maka anda akan kehilangan nilai duit anda sebanyak RM50,000 di hakis inflasi 50%. Duit kita ibarat di makan oleh anai-anai dalam diam tanpa di sedari. (Rujuk Gambar di bawah)

Hiperinflasi Teruk Meruntuhkan Venezuela

Peristiwa hiperinflasi merupakan contoh tauladan yang terbaik buat kita semua. Venezuela merupakan negara pengeluar minyak yang kaya di Amerika Latin. Venezuela menghadapi masalah hiperinflasi setinggi 1,000,000% (1Juta peratus!)

Bagaimana Hiperinflasi Berlaku?

Majoriti penganalisis bersetuju bahawa kejatuhan harga minyak yang mendadak adalah punca kejatuhan ekonomi negara Venezuela dan beban hutang negara dalam bentuk wang asing setinggi 50 billion dollar. Kejatuhan harga minyak dunia menyebabkan Venezuela kehilangan dana untuk membayar semula hutang mereka.

Lalu menyebabkan nilai matawang mereka “Bolivar” merosot teruk. Keadaan ini memaksa kerajaan mencetak wang Bolivar dengan banyak untuk membeli matawang asing seperti dollar bagi menjelaskan hutang yang perlu di bayar. Ini menyebabkan berlaku lambakan matawang Bolivar ke dalam pasaran tempatan lalu hilang nilainya.

“Kita memiliki emas kerana kita tidak boleh percaya kepada kerajaan.”

Presiden Herbert Hoover

Bila jumlah bekalan matawang Bolivar melebihi keperluan negara Venezuela, maka nilai Bolivar semakin susut. Jumlah hutang negara dalam kadar matawang asing pula bertambah. Maka hiperinflasi teruk berlaku!

“Wang kertas akhirnya akan kembali kepada nilai intrinsiknya – Kosong”

Voltaire (Ahli Falsafah Perancis)
inflasi
Image subject to copyright (Reuters)

Kita boleh mengambil pengajaran bahawa hiperinflasi berlaku akibat daripada kegagalan kerajaan menguruskan kewangan negara. Gambar di bawah menunjukkan harga seekor ayam naik mendadak sehingga 14 juta 600 ribu Bolivar akibat hiperinflasi!

Emas Kalis Inflasi

Benarkah emas kalis inflasi? Emas merupakan aset fizikal di luar sistem kewangan. Bermaksud emas tidak ada hubungan dengan sistem wang fiat, perbankan, juga kerajaan. Maka inflasi tidak akan berlaku ke atas emas fizikal dan terbukti sejak 1,400 tahun yang lalu.

Sebagai contoh teori yang terkenal menurut Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas) tentang teori 1 dinar seekor kambing. Di mana menceritakan, pada 1,400 tahun yang lalu, rasulullah s.a.w membeli 1 ekor kambing dengan harga 1 dinar emas (4.25gram). Hari ini dengan 1 Dinar emas, masih munasabah untuk di tukarkan kepada seekor kambing.

inflasi

Persoalannya, berapakah kadar inflasi 1 dinar emas sejak 1,400 tahun lalu? Jawabannya ialah 0% (Kosong)

Menurut pakar-pakar kewangan seperti Robert Kiyosaki mengatakan bahawa matawang tidak sesuai di jadikan simpanan kekayaan jangka masa panjang. Matawang hanya sesuai untuk dana kecemasan atau belanja bulanan bagi jangka masa terdekat saja.

“Selama 2,500 tahun pasaran global mengenali emas sebagai standard nilai yang paling unggul – yang bermaksud emas, sejumlah tertentu emas, ialah unit perakaunan yang terbaik, proksi terbaik untuk barangan, perkhidmatan dan aset-aset kewangan yang terlibat dengan sistem perbankan dan ekonomi pertukaran.”

Jude Wanniski (Wartawan Amerika)

Emas merupakan aset terbaik bagi simpanan jangka masa panjang. Dan ia merupakan pelindung terbaik dari inflasi yang menghakis kekayaan kita semua.

Bacaan tambah ilmu:

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran.

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
17 ogos 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
11 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Baca artikel : Bagaimana Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia […]

trackback

[…] Ia bukan saja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia sehingga ada negara yang mengalami inflasi-hiper ke atas matawang […]

trackback

[…] Baca selanjutnya tentang inflasi di sini> Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia […]

trackback

[…] Baca di sini: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia […]

trackback

[…] Bacaan Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia […]