Risiko emas yang paling murah daripada harga pasaran sepatutnya dikhuatiri. Dalam sejarah, setahu saya belum pernah emas dijual dibawah harga pasaran semasa. Melainkan emas palsu atau scammer.
Menjual emas perlukan kos tertentu dan kadar keuntungannya adalah kecil. Justeru, mustahil jika emas dijual di bawah harga pasaran semasa.
Kita perlu meragui jika seseorang menjual emas pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran semasa. Banyak kes yang pernah berlaku, berkemungkinan emas palsu atau tidak wujud.
Risiko Emas Murah
Mentor wang, Tuan Azizi Ali mengatakan harga emas bukanlah segalanya. Hari ini mungkin ada syarikat A menawarkan harga murah. Esok, mungkin syarikat B menawarkan harga lebih murah. Lusa, mungkin syarikat C.
Pasti ada syarikat yang muncul menawarkan harga lebih murah. Namun, harga bukanlah segalanya. Malah, jika terlalu murah, ia perlu diragui dan disiasat dengan teliti. Takut-takut scam.
BACA LAGI: Emas Murah, Cara Pastikan Bukan Scam.
Soalan yang lebih penting yang perlu kita tanya ialah:
- Siapa syarikat itu?
- Bagaimana track record mereka?
- Adakah stok mudah diperolehi?
- Bagaimana servis selepas jualan?
- Siapa yang akan membimbing anda?
- Paling penting: Adakah emas itu patuh syariah?
Kita perlu tahu latar belakang sesebuah syarikat tersebut. Adakah ia baru mula, atau sudah lama bertapak di Malaysia? Contohnya, syarikat Public Gold yang sudah bertapak di Malaysia selama 18 tahun.
Daripada track record, kita boleh tahu adakah syarikat tersebut telus dan menjual emas tulen. Kebanyakan syarikat skim cepat kaya yang bertopengkan emas hanya mampu bertahan selama 3 tahun saja.
Kesedian stok adalah sangat penting. Jika syarikat tersebut kekurangan stok, mungkin kita terlepas peluang membeli emas apabila harga pasaran sedang menurun. Kerana kehabisan stok.
BACA LAGI: Emas Public Gold Lebih Mahal?
Servis selepas jualan juga sangat penting. Supaya emas yang kita beli boleh dijual semula kepada syarikat tersebut. Jika kita menjual semula emas di kedai lain, sudah tentu harganya jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Pastikan kita memilih syarikat emas yang menjual dan memberi jaminan beli balik pada kadar spread yang rendah. Barulah kita boleh memaksimakan keuntungan jika kita menyimpan emas.
Bukan semua orang tahu selok belok membeli emas. Untuk mengurangkan risiko emas, sebaik-baiknya cari dealer yang boleh membimbing kita. Sebabnya dealer lebih berilmu dan berpengalaman tentang emas.
Dengan bimbingan yang betul, kita mampu mengelakkan kesilapan dan kerugian. Kita akan dibimbing untuk membeli emas ketika harga emas sedang turun. Dan masa terbaik untuk jual semula emas tersebut bagi mendapatkan keuntungan maksima.
BACA LAGI: Habib Atau Public Gold, Mana Lebih Untung Lagi Berbaloi
Kesimpulannya, emas terpaling murah bukanlah segala-galanya. Pastikan anda siasat dan menjawab persoalan di atas. Menyimpan emas merupakan komitmen jangka masa panjang. Sudah tentu kita perlu syarikat yang berprestij tinggi dan bertahan tempoh lama dalam industri.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet Rendah?
PERCUMA>Klik DI SINI
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
21 Oktober 2026

