Cyber Attack telah dirancang untuk meruntuhkan sistem perbankan di Malaysia. Bank Rakyat mengakui telah diserang oleh hackers bertarikh 6 November 2026.
Kita masih bernasib baik kerana data-data perbankan pendeposit masih selamat dan tidak mengalami kerugian sebagaimana yang berlaku di luar negara. Ia menunjukkan kelemahan sistem cyber security bank sehingga mampu diceroboh.
Selain Bank Rakyat, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional (BSN) juga menjadi mangsa serangan siber oleh hacker. Sehinggakan aplikasi online dan website bank terjejas dan tidak boleh diakses buat sementara waktu.
Situasi ini menimbulkan perasaan panik kepada rakyat Malaysia khususnya. Sudah tentu kita akan merasa risau jika kita mempunyai simpanan wang dalam bank tersebut. Seolah-olah menyimpan duit di bank tidak lagi selamat.
Cyber Attack Luar Negara
Serangan siber juga telah menyerang bank Credit Mutuel Arkea, France yang telah melesapkan wang sebanyak 100 juta Euro. Seolah-olah rompakan bank yang besar telah berlaku. Hakikatnya, rompakan hanya berlaku di atas talian oleh hacker.
Dalam tempoh masa yang sama, turut berlaku di negara Taiwan. Di mana bank SinoPac telah diserang hacker yang memindahkan wang yang dilabel “unauthorised transaction” ke akaun lain. Seramai 419 akaun pelanggan menjadi mangsa dan mengalami kerugian yang banyak sekitar 1.3 juta USD.
BACA LAGI: Penting Simpan Emas Di Luar Bank. 5 Sebab Utama
Di Korea Selatan, sebanyak 40 insiden cybersecurity dilaporkan di antara 30 September sehingga 3 November 2026. Di anggarkan sebanyak 473,000 rekod data telah bocor akibat serangan hacker. Dan aset bernilai sekitar 1 billion won telah dicuri daripada beberapa institusi kewangan.
Malah, negara-negara Eropah turut terkesan dengan insiden serangan siber ini. Kebanyakannya hacker merompak wang daripada institusi kewangan.
Kita Wajib Bertindak Sekarang!
Insiden cyber attack telah memberikan kita kesedaran bahawa bank bukanlah tempat paling selamat untuk menyimpan wang dalam jangka masa panjang.
Kita mesti bertindak sekarang dengan mengeluarkan wang simpanan jangka panjang dari akaun bank dan mula simpan emas. Pastikan simpan emas di luar sistem bank dan mana-mana institusi pelaburan.
BACA LAGI: IMF & Bank Simpan Emas. Mengapa Kita Simpan Duit Kertas?
Segala aset kewangan dalam sistem digital adalah tidak selamat daripada serangan siber. Termasuklah matawang, saham, bitcoin dan lain-lain. Setiap aset digital boleh di hack. Kerana aset digital hanyalah kod binary yang boleh dicipta dalam komputer tanpa had.
Kelebihan emas ialah mempunyai nilai intrinsik sejak beribu-ribu tahun dahulu. Dan nilai emas tidak pernah gagal dan tidak boleh diserang dengan cyber attack. Hanya emas saja yang merupakan aset yang berada di luar sistem bank.
Bermaksud emas paling selamat daripada serangan siber! Jangan biarkan wang simpanan untuk menyara keluarga kita dirompak oleh hacker. Akibat sistem keselamatan siber bank yang lemah.
Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?
FREE>Daftar DI SINI
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
11 November 2026

