IMF & Bank Simpan Emas. Mengapa Kita Simpan Duit Kertas?

IMF atau International Monetary Fund di kedudukan ke-3 penyimpan emas terbesar di dunia. Di belakang Amerika Syarikat di kedudukan pertama dan Jerman di kedudukan ke-2.

Syarikat IMF memainkan peranan penting dalam sistem kewangan secara global. Ia membantu memberikan sokongan kewangan kepada negara-negara kecil. Realitinya, ia sebuah syarikat yang rakus.

International Monetary Fund ditubuhkan di Bretton Woods Conference pada tahun 1944. Pada mulanya, syarikat ini bertindak memberi pinjaman wang kepada negara yang kaya yang mengalami defisit kewangan.

imf

Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah defisit adalah dengan memurahkan nilai matawang supaya perdagangan export lebih kompetitif.

Akan tetapi, memurahkan nilai matawang tidak dibenarkan di bawah perjanjian Bretton Woods berkenaan undang-undang kadar pertukaran matawang.

Kemudian, IMF mengubah strategi dengan menghulurkan pinjaman wang ketika sesebuah negara sedang membuat pembaharuan struktur ekonomi.

Rekomendasi Untuk Anda: Central Bank Buang Dolar, Tambah Rizab Emas

Sejak tahun 1980 sehingga tahun 1990, IMF bertindak sebagai pemberi pinjaman kepada pasaran baru yang muncul. Reputasinya tercalar ketika Asia Financial Crisis pada tahun 1997-1998.

Nasihat kewangan yang salah dari pihak IMF yang dinobat sebagai pemenang Nobel Prize, Joe Stiglitz telah menyebabkan peristiwa pertumpahan darah di jalanan.

Ramai terbunuh dalam rusuhan yang berlaku di Jakarta, Indonesia dan Seoul, Korea Selatan. Akibat daripada kegawatan ekonomi angkara campur tangan pihak IMF.

Hari ini, International Monetary Fund berfungsi sebagai pemberi pinjaman wang. Ia tidak mempunyai ATM untuk mengeluarkan duit. Tetapi, ia mempunyai kuasa mengeluarkan duit kertas.

Rekomendasi Untuk Anda: Risiko Simpan Duit Ketika Ekonomi Merosot

IMF diberikan kuasa menulis Special Drawing Rights (SDR). Apakah SDR? Ia adalah duit dunia. SDR bukan duit yang kita bawa dalam dompet. Dan ia bukan duit yang boleh dikeluarkan daripada mesin ATM.

SDR sangat penting dalam sistem kewangan global dan ketika kuasa dolar Amerika menurun. SDR adalah duit dalam IMF yang memperdagangkan SDR kepada matawang fizikal sesebuah negara.

SDR hanya boleh dicetak ketika berlaku krisis. IMF mempunyai kapasiti untuk mencetak duit. Dengan mencetak SDR dengan banyak akan menyebabkan inflasi tinggi pada dolar Amerika.

Kelemahan besar mencetak SDR ialah ia akan menghalang pembentukan modal dengan menghancurkan nilai sebenar dollar-denominated assets.

Dalam kata lain, mencetak SDR dengan banyak akan menghancurkan nilai duit kita di bank. Maka, kekayaan kita semakin berkurang ditelan waktu terutamanya ketika krisis.

Kekuatan IMF

Tidak masuk akal apabila syarikat swasta seperti I.M.F mempunyai kuasa dan pengaruh besar terhadap sistem kewangan di peringkat global.

Sumber kekuatan I.M.F datang dari 3,000 tan emas fizikal yang dipegangnya, dan emas yang dipegang oleh ahli-ahli mereka di Amerika Syarikat dan Eropah.

Oleh sebab itu, pakar-pakar kewangan saran untuk menabung emas berbanding wang kertas. Emas merupakan kuasa ekonomi sebenar.

Jika keyakinan ke atas ringgit runtuh, segelintir orang memilih matawang dolar sebagai alternatif. Namun, dolar juga terkesan daripada inflasi. Kerana duit kertas boleh dicetak lalu jatuh nilainya.

Pemenang sebenar adalah emas. Kuasa ekonomi dunia sebenar adalah emas. Negara yang mempunyai rizab emas terbesar mempunyai kuasa ekonomi besar.

Rekomendasi Untuk Anda: Kenapa Russia Mahu Matawang Bersandar Emas

Russia juga merupakan negara yang menyimpan rizab emas yang banyak yang mampu bersaing dengan Eropah. Begitu juga dengan China, yang dilaporkan mempunyai rizab emas sebanyak 1,658 tan pada Julai 2015.

Menurut sumber yang dipercayai, China mempunyai rizab emas lebih daripada yang diwar-warkan. Berkemungkinan, China telah mengumpul melebihi 4,000 tan rizab emas.

Dilaporkan hanya terdapat 35,000 tan official gold di dunia.official gold” bermaksud, emas yang dimiliki oleh bank pusat, kementerian kewangan, dan sovereign wealth fund. Ia tidak termasuk barang kemas, dan jongkong emas dalam simpanan peribadi.

Kesimpulan

Emas merupakan duit sebenar. Sungguhpun terdapat pendapat bertentangan dengan akademic economist. Namun, emas tetap penyimpan nilai kekayaan yang terbaik di dunia.

Emas memberikan kita kuasa ekonomi. Sekaligus meningkatkan kekayaan kita dan sebagai pelindung daripada malapetaka kewangan sungguhpun melibatkan perang.

Emas telah menjadi duit sejak zaman Rasulullah yang digelar Dinar(emas) dan Dirham(perak). Sehingga hari ini, emas dan perak masih bernilai. Iaitu sekitar 1,500 tahun, emas masih berfungsi sebagai penyimpan kekayaan terbaik.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

FREE! Join>Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
31 Oktober 2023  

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments