Palestin Menangis, Ringgit Terus Jatuh, Emas Meroket Naik

Palestin dibedil lagi oleh rejim Israel dengan alasan membalas serangan roket Hamas. Sebanyak 5,000 roket dilepaskan oleh tentera Hamas telah berjaya menembusi sistem pertahanan ‘Iron Dome’ Israel.

Sebagai tindak balas daripada serangan Hamas, Israel telah meletupkan hospital awam di Gaza. Walhal, rakyat Palestin telah ditindas oleh mereka selama 70 tahun yang lalu.

Kebanyakan negara-negara barat menyokong tindakan Israel atas alasan mempertahankan negara. Malah Hamas yang dipersalahkan dan dilabel kejam.

Berbeza reaksi pihak barat apabila berlaku invasi Rusia terhadap Ukraine. Pihak barat lebih memihak pada Ukraine dan menyalahkan tindakan Rusia. Sekatan ekonomi ke atas Rusia dilaksanakan serta-merta.

palestin

Namun apabila konflik berlaku di Timur tengah, pihak barat lebih memihak kepada penindas iaitu Israel. Zionis telah menjajah selama 70 tahun tetapi tiada tindakan dan apa-apa hukuman dikenakan oleh PBB (Persatuan Bangsa Bersatu) dan UN (United Nation).

Malah Presiden Biden (Amerika Syarikat) menghantar bantuan kononnya ‘Humanitarian Aid’ kepada Presiden Netanyahu dengan bajet skala besar bernilai 40 Billion dolar.

Rekomendasi Untuk Anda: Apa Kesan Perang Ukraine, Emas Naik

Seolah-olah Israel adalah mangsa perang. Walhal, merekalah yang menjajah, menindas dan menghalau penduduk Palestin sejak 70 tahun lalu sehingga sekarang.

Di sudut lain, negara-negara Arab dan penduduk Islam di dunia mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap Gaza.

Kesan Konflik Palestin Pada Ringgit

Ringgit meneruskan tren penurunan berturut-turut sehingga mencapai paras terburuk dalam sejarah. Mungkin akan kekal menurun jika konflik Timur Tengah berpanjangan.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan juga terus kekal lemah kerana pelabur bimbang akan konflik Timur Tengah yang berpanjangan.

Kelemahan nilai ringgit akan mengakibatkan kenaikan harga barang import. Maka, harga barangan akan bertambah mahal. Lalu, menyebabkan kos sara hidup meningkat.

Duit kita yang disimpan dalam akaun simpanan bank juga akan terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit. Termasuk duit yang kita laburkan dalam ASB, Tabung Haji, Mutual Fund.

Seolah-olah pelaburan-pelaburan tersebut tidak lagi berbaloi dengan kejatuhan nilai ringgit yang berturut-turut dalam setahun. Menjadikan pelaburan aset kewangan bukan lagi kegemaran ramai.

Pelaburan aset fizikal telah menjadi tren sekarang. Duit simpanan ditukarkan dalam bentuk emas, perak dan hartanah. Sebagai langkah selamat daripada krisis matawang dan geopolitik konflik Timur Tengah.

Rekomendasi Untuk Anda: Dunia Buang Dolar, Impak Besar Pada Emas

Emas dan perak telah terbukti sebagai aset ‘safe haven‘ sejak 1,500 tahun lalu. Sungguhpun berlaku peperangan, emas dan perak kekal bernilai.

Berbeza dengan aset kertas seperti matawang. Nilainya pasti menurun apabila berlaku apa-apa krisis dunia apatah lagi peperangan.

Republik Weimar mengalami hiperinflasi parah ketika perang dunia pertama tercetus. Matawang Jerman yang dikenali sebagai Mark telah turun nilainya sehingga jatuh bangkrap.

Emas Meroket

Konflik Hamas-Israel telah melonjakkan harga emas pada paras tertinggi. Konflik tersebut mencemaskan pelabur-pelabur danbertindak memindahkan aset mereka kepada emas sebagai ‘safe haven‘.

Permintaan dunia terhadap emas telah meningkat. Harga emas telah meningkat $100 seounce dalam masa sehari-dua berturut-turut. Situasi yang sangat luar biasa telah berlaku.

Menurut pakar, harga emas bakal terus meningkat kepada $2,100, $2,500 atau $3,000 seounce selagi konflik Timur Tengah berpanjangan.

Kini, emas dan perak merupakan peluang pelaburan yang rancak meningkat dan menguntungkan. Di kala aset lain seperti matawang, saham, bitcoin sedang menurun.

Cara Menabung Emas Bajet Rendah

FREE! Join>Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
24 Oktober 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments