Apa kesan perang terhadap harga emas? Tiada siapa pun yang suka perang, sama seperti saya. Dalam sejarah peperangan, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak tetap akan menimpa kerugian yang besar. Nikmat keamanan itu adalah jauh lebih baik.
Namun, saya akan kongsikan kesan perang terhadap emas. Semoga anda boleh mendapat manfaat dan keuntungan dengan pelaburan emas dalam situasi ini.
Apa Kesan Amaran Joe Biden?
Presiden Amerika, Joe Biden memberi amaran supaya rakyat Amerika mesti keluar dari negara Ukraine dengan serta-merta. Kerana Russia yang merupakan di antara negara yang mempunyai ketenteraan yang terbesar di dunia boleh melancarkan serangan pada bila-bila masa.
Rekomendasi Untuk Anda: Insuran Kekayaan Sebenar, Konspirasi Duit Kertas
Kenyataan yang dibuat oleh Joe Biden telah menyebabkan para pelabur cemas dan bergegas untuk memindahkan pelaburan aset kewangan mereka kepada aset emas. Kerana emas diketahui sebagai aset ‘safe haven‘ ketika ketidak-stabilan geopolitik dan ekonomi dunia.
Sekaligus meningkatkan permintaan (demand) terhadap emas bertambah tinggi lalu membuatkan harga emas melambung tinggi.
Inflasi Dollar Tinggi Menakutkan Pelabur
Laporan kadar inflasi USD yang diumumkan sangat mengejutkan. USD mengalami inflasi tertinggi tahun ini di mana tidak pernah berlaku sejak 39 tahun lalu. Inflasi tinggi bermaksud kuasa beli (Purchasing Power) duit kita semakin susut dan jatuh nilainya. Lalu menyebabkan kekayaan berkurang!
Rekomendasi Untuk Anda: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia
Laporan inflasi ini telah mencemaskan pelabur-pelabur. Justeru, mereka menukar strategi dan bertindak untuk mengalihkan pelaburan mereka kepada aset yang stabil iaitu aset emas. Ketika ini, aset emas yang paling stabil bagi menyelamatkan kekayaan mereka.
Apa Faktor Mendorong Harga Emas Dunia
Beberapa faktor yang boleh menyebabkan turun naik harga emas dunia. Perlu di ingatkan, walaupun harga emas turun naik, namun nilai emas terletak pada beratnya. Nilai emas tidak pernah jadi “kosong” dalam sejarah manusia.
Malah emas dan perak (dinar dirham) pernah menjadi matawang sejak zaman rasulullah lagi. Iaitu sejak 1,500 tahun lalu.
Faktor turun naik harga emas dunia:
- Nilai matawang US dollar
- Kadar inflasi duit
- Kenaikan harga minyak
- Pasaran saham
- Permintaan (demand) emas
- Kestabilan ekonomi dan politik (Virus, perang, kegawatan)
SHARE sebarkan bermanfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
15 Februari 2022
[…] Apa Kesan Perang Ukraine, Emas Naik? […]
[…] Baca Artikel : Apa Kesan Perang Ukraine, Emas Naik? […]
[…] Disyorkan Buat Anda: Apa Kesan Perang Ukraine, Emas Naik? […]
[…] BACA Rekomendasi: Apa Kesan Perang Ukraine, Emas naik? […]
[…] Rekomendasi Untuk Anda: Apa Kesan Perang Ukraine Emas Naik […]