Singapura Beli 45,000 KG Rizab Emas, 2023

Singapura dilaporkan telah membeli 45,000 kilogram emas sebagai rizab bank sentral pada bulan Januari. Menurut laporan World Gold Council (WGC).

Senior analyst WGC, Krishan Gopaul mengatakan, berdasarkan data daripada di laman web Monetary Authority Of Singapore, telah menambah 44.6 Tan emas ke dalam rizab bank negaranya pada bulan Januari.

Pembelian tersebut merupakan pembelian terbanyak dalam sejarah Singapura. Berdasarkan rekod sejak tahun 2000, kini mereka telah mempunyai rizab emas sebanyak 198.4 Tan.

singapura

Setelah berita pembelian tersebut tersebar, WGC terpaksa menyemak semula jumlah pembelian emas oleh bank sentral bagi bulan Januari.

WGC menganggarkan bahawa bank sentral telah membeli 77 Tan emas pada bulan Januari sahaja. Iaitu peningkatan sebanyak 31 Tan seperti yang dilaporkan.

Bank Singapura No.1

Pada tahun 2022, bank sentral di beberapa buah negara di dunia telah direkodkan pembelian emas sebanyak 1,136 Tan sebagai rizab bank.

Secara automatik telah meletakkan Singapura sebagai pembeli emas nombor 1 terbanyak di dunia pada bulan Januari 2023. Di ikuti dengan Turki di tempat ke-2.

Turki telah membeli 23 Tan emas sebagai rizab bank negara pada bulan Januari saja. Sekaligus telah menjadikan rizab emas Turki berjumlah 565 Tan.

BACA Rekomendasi: Apa Kesan Perang Ukraine, Emas naik?

China juga telah dilaporkan membeli emas sebanyak 15 Tan pada bulan Januari saja. Pada bulan November dan Disember 2022, China telah membeli 62 tan emas. Jumlah rizab emas terkini sebanyak 2,025 Tan.

Bank sentral Kazakhstan juga telah dilaporkan membeli 4 Tan remas pada Januari 2023. Menjadikan jumlah keseluruhan rizab emas mereka sebanyak 365 Tan.

Pembelian emas yang besar ini telah melonjakkan harga emas pada bulan Januari. Harga emas meningkat daripada $1,860 per ounce kepada $1,960 per ounce dalam masa sebulan saja.

Sumber: Kitco.com

Bank Beli Emas Tapi Kita Simpan Duit Di bank

Sebab utama bank sentral negara-negara di dunia telah membeli emas sebagai rizab negara ialah untuk melindungi negara mereka daripada keruntuhan ekonomi dunia.

Sebagaimana yang kita tahu, dolar mengalami inflasi tinggi dan nilainya semakin lemah. Dikeruhkan lagi dengan konflik perang Russia-Ukrain.

Jika kita imbas kembali sejarah peperangan WW1 dan WW2, perang telah menyebabkan keruntuhan ekonomi yang sangat teruk. Sehinggakan matawang Mark (Jerman) tidak laku lagi kerana hilang nilainya.

Ketika perang itu juga membuktikan peningkatan nilai emas yang mendadak. Siapa ada emas ketika krisis, maka dialah yang paling kaya!

singapura

Oleh sebab itu, hari ini kebanyakan bank negara berlumba-lumba untuk menambah rizab emas mereka. Demi melindungi negara mereka daripada keruntuhan ekonomi.

Jika bank beli emas sebagai pelindung daripada keruntuhan, kenapa kita tidak beli emas sebagai rizab keluarga kita? Bagi melindungi keluarga kita jika berlaku krisis ekonomi.

BACA Rekomendasi: Saving Emas, 5 Keistimewaan Tersembunyi

Bank simpan rizab emas tapi kita simpan duit di bank. Bank dilindungi dengan emas. Tetapi siapa yang akan melindungi duit dan kekayaan kita? Dapat sesuatu?

Semoga artikel ini mampu membuka mata anda. Agar kita sedar betapa pentingnya menyimpan emas sebagai simpanan atau rizab keluarga kita. Kini ialah masa untuk emas!

FREE! Info Emas Terkini Di Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
7 Mac 2023        

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Singapura Beli 45,000 KG Rizab Emas 2023 […]