Kilang emas bernilai RM30 juta telah dibuka yang bakal menjadikan Penang sebagai Gold Bazaar di masa depan. Menjadikan Penang sebagai lokasi strategik yang bakal menarik pembeli dan penjual emas di rantau ini.
Ketua Menteri Penang, Chow Kon Yeow menyifatkan pelancaran tersebut sebagai pencapaian penting bagi industri logam berharga Malaysia yang sedang berkembang.
Beliau menyatakan bahawa Pulau Pinang telah mengambil pendirian rasmi ke arah merealisasikan matlamat tersebut dengan pelancaran pusat penapisan bertaraf antarabangsa yang pertama di negara ini oleh Public Gold Group.
BACA LAGI: Kaedah Beli Emas Public Gold Patuh Syariah
Kilang pembuatan emas Public Gold bernilai RM30 juta terletak di tapak seluas 1.14 ekar di Taman Perindustrian Batu Kawan, Penang.
Kemudahan tersebut mempunyai kebolehan untuk menapis sehingga 10 tan emas setahun. Dan mempunyai kapasiti untuk berkembang kepada 20 tan apabila permintaan meningkat.
Dilengkapi dengan teknologi penapisan terbaru dan sistem pengurusan kualiti yang ketat. Kilang penapisan tersebut juga mematuhi Piawaian Emas Malaysia (MyGS) dan Peraturan “Good Delivery” (penghantaran terbaik), Persatuan Pasaran Jongkong London (LBMA).
BACA LAGI: Cara Simpan Emas Paling Selamat
Piawaian tersebut penting bagi memastikan pemerolehan sumber yang bertanggung jawab dan amalan terbaik yang di iktiraf di peringkat antarabangsa.
Pengasas dan pengerusi eksekutif Public Gold Group, Datuk Seri Louis Ng, menyifatkan kilang penapisan itu sebagai pelaburan strategik demi kemakmuran masa depan Malaysia.
Ng menegaskan bahawa kilang penapisan itu bukan sekadar kemudahan pengilangan; ia merupakan pelaburan strategik untuk ekonomi masa depan Malaysia.
Manfaat Kilang Emas Untuk Anda
Dengan pembinaan kilang emas Public Gold, kita boleh menikmati pembelian emas pada harga lebih murah daripada harga kedai emas. Dan kita boleh membeli emas dengan kuantiti yang banyak serta tanpa had.
Ini kerana kilang Public Gold mampu mengeluarkan stok emas yang banyak. Maka, tidak akan timbul isu pelanggan tidak mendapat emas yang dibelinya. Pelanggan dijamin 100% akan mendapat emas yang dibelinya dalam masa terdekat.
Kilang Public Gold ini juga menunjukkan komitmen tinggi untuk memenuhi permintaan emas dan perak di Malaysia. Ia juga membuktikan bahawa Public Gold bukan pelaburan skim cepat kaya.
BACA LAGI: Beli Emas? 5 Tips Wajib Tahu Supaya Tidak Rugi
Kebanyakan skim cepat kaya yang bertopengkan emas, mereka hanya mempromosikan untuk membeli emas. Sedangkan stok emasnya tidak cukup ataupun tidak wujud sama sekali.
Kesimpulannya, pastikan kita membeli emas fizikal yang betul-betul wujud. Pastikan ia menepati piawaian antarabangsa supaya emas mudah dijual semula dan diterima di kebanyakan Ar-rahnu.
Pastikan anda memilih untuk membeli jenama emas yang berprestij tinggi dan dipercayai seperti Public Gold. Mulakan menabung emas untuk membina kekayaan di masa depan. Bagi menggantikan simpan duit yang susut nilainya dihakis inflasi saban tahun.
Perlu Bimbingan Menabung Emas Public Gold Bajet Rendah?
FREE>>Daftar Di SINI
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
23 September 2026

