About

Nama saya Ekram Marfuadi seorang Jurutera Kapal Terbang yang suka menulis tentang kepentingan emas dan perak dalam kewangan.

Kini saya seorang penulis dan speaker… Juga sebagai dealer emas Public Gold yang sangat aktif.

KISAH TERJEBAK SIMPAN EMAS DAN PERAK

Pada tahun 2013, saya membaca buku bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir bertajuk A Doctor In The House. Dalam buku itu pada Chapter 52 – Currency Crumble mengatakan “That’s thing about paper currency – it’s not worth anything in itself. It has value because, and only for as long as, people believe it does. That’s how money works”

Bermaksud duit kertas itu bernilai apabila kita “Percaya“. Jika hilang “percaya” maka duit itu akan jadi kertas yang tiada nilai.

Pada tahun 1997 iaitu sebelum Kegawatan Ekonomi Asia berlaku kadar pertukaran Ringgit bersamaan RM 2.50 kepada 1 Dollar US. Selepas Kegawatan Ekonomi melanda , nilai Ringgit jatuh kepada RM 3.80 per US Dollar. Nilai Ringgit jatuh sebanyak 52% dalam tahun yang sama.

Sejarah kegawatan ekonomi itu telah mengajar saya betapa bahayanya simpan duit. Lalu saya mencari jalan bagi melindungi nilai duit saya sendiri.

Di sebabkan saya seorang berlatar belakangkan kejuruteraan, saya curious untuk tahu lebih dalam tentang sistem matawang yang di kenali sebagai Sistem Wang Fiat.

Rupa-rupanya nilai matawang bersandarkan nilai emas pada asalnya. Tetapi pada tahun 1971, Presiden Nixon (Amerika Syarikat) telah memutuskan hubungan emas dengan matawang.

Di situ saya faham bahawa emas adalah kunci kepada nilai matawang. Lalu saya terfikir untuk mula simpan emas daripada simpan duit di bank.

Di pendekkan cerita, berkat usaha mencari jalan. Akhirnya saya ketemu Public Gold dan mula simpan emas. Dan mengambil keputusan untuk jadi dealer sah Public Gold. Dengan niat melindungi nilai duit orang ramai dengan menyebarkan ilmu melalui blog ini.

Begitulah..

  • Ekram Marfuadi
  • 011-1633-6896
  • Authorized Dealer Public Gold