Beli emas memang mudah tetapi bukan semua jenis emas menguntungkan. Tersalah membeli emas, anda bakal menghadapi kerugian.
Pernah seorang rakan jurutera mengatakan bahawa emas yang dibelinya tidak menguntungkan malah rugi apabila di jual semula. Ia sangat menghairankan saya.
Seorang puan juga pernah mengadu dengan saya, bahawa beliau mengalami kerugian ketika menjual semula emas miliknya. Sehingga beliau berkata, “Di mana untungnya simpan emas ni?”
Banyak juga desas-desus yang beredar daripada pembeli-pembeli emas yang mengalami kerugian. Emas yang diharapkan menjana keuntungan malah berakhir dengan kekecewaan.
Situasi mereka sangat menghairankan saya. Sedangkan kita boleh lihat sejarah harga emas yang sentiasa meningkat saban tahun. Di manakah silapnya?
Memang betul! Bukan semua emas menguntungkan. Saya kongsikan 5 tips wajib tahu sebelum membeli emas. Supaya anda untung dan tidak rugi dengan emas.
5 Tips Beli Emas
Sebelum memilih jenama atau syarikat emas tertentu, pastikan anda memenuhi kelima-lima tips yang saya kongsikan ini. Jangan kurang!
- Harga Murah
Pastikan harga yang ditawarkan murah. Ambil tahu kos keseluruhan termasuk harga emas segram, premium, upah tukang (workmanship, jika ada).
Pastikan harga emas yang ditawarkan mengikut pergerakkan harga pasaran emas semasa. Buat perbandingan harga di antara beberapa kedai atau syarikat emas.
2. Kadar Spread Rendah
Kadar spread sering di istilahkan sebagai susut nilai. Istilah ‘susut nilai’ tidak tepat untuk merujuk pada margin atau perbezaan di antara harga beli dan harga jual. Istilah yang tepat ialah ‘kadar spread’.
Pastikan kadar spread rendah atau nipis. Pakar emas saran untuk memilih emas yang mempunyai kadar spread di bawah 10% saja. Seperti jenama emas Public Gold, kadar spread sekitar 6% – 9% saja.
Supaya anda mudah memahami kepentingan kadar spread emas, baca contoh situasi di bawah.
Katakan anda membeli 10 Dinar emas berharga RM 7,000. Andaikan selepas 1 tahun, harga emas naik sebanyak 30%. Dan anda mahu jual semula(BuyBack) 10 Dinar tersebut kepada Public Gold. Kiraanya seperti berikut:
Harga emas naik 1 tahun = 30% – 7% (Spread 10 Dinar) = 23% (Keuntungan anda). Bersamaan RM 7,000 X 23% = RM 8,610 (Keuntungan bersih 10 Dinar dalam 1 tahun).
Jika kadar spread emas tersebut tinggi, katakanlah 31%. Sedangkan kenaikan harga emas setahun hanya 30%. Maka, kita masih rugi -1%. ( 31% tolak 30% = -ve 1%, rugi).
3. Jaminan Beli Balik Walau Rosak
Pastikan pilih kedai atau syarikat emas yang memberi jaminan beli balik walaupun emas telah rosak. Banyak kes, pekedai tidak mahu membeli semula emas yang kita beli dengan mereka.
Antara alasan mereka, terdapat calar atau kerosakan pada emas. Lalu, pekedai enggan membeli semula emas yang kita beli dengan mereka.
Kata mudah, kita tidak boleh jual semula emas yang dibeli daripada pekedai yang sama. Sebab itu, wajib pilih kedai atau syarikat emas yang memberi jaminan beli balik tanpa banyak syarat.
4. Stok Banyak
Pastikan pilih kedai atau syarikat yang mempunyai stok emas yang banyak dan pelbagai. Ia akan memudahkan kita membeli emas mengikut bajet masing-masing.
Katakan kita mempunyai bajet RM300 untuk membeli emas, akan tetapi kedai tersebut hanya ada stok emas yang berharga RM1,000 ke atas. Tidak sesuai dengan bajet.
Maka, kita akan terlepas peluang membeli emas. Lebih-lebih lagi ketika harga emas dunia sedang turun. Pastikan kedai/syarikat tersebut mempunyai stok emas yang pelbagai, seperti dinar dan goldbar sekecil 0.5 gram sehingga 1 kilogram.
Ia akan memudahkan kita membeli emas mengikut bajet masing-masing. Saya rekomen anda melihat kepelbagaian stok emas bajet RM100, jenama Public Gold.
5. Patuh Syariah
Pastikan kedai atau syarikat tersebut menjalankan perniagaan jual beli emas yang mematuhi syariah. Ia bukan saja soal agama semata-mata, tetapi lebih dari itu.
Syarikat yang di iktiraf patuh syariah biasanya mempunyai prestij yang tinggi. Maka, proses jual beli emas akan lebih telus, jujur, dan efisen. Yang penting, bagi mengelakkan diri daripada kena scam!
Begitulah 5 tips penting sebelum anda memilih jenama emas. Jenama emas yang paling laku di Malaysia setakat ini ialah jenama Public Gold. Anda boleh lihat info selanjutnya di Official Website.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
20 Ogos 2024