Dinar vs Dirham, Apa Perbezaan Ketara?

Dinar dan dirham sangat sinonim bagi masyarakat muslim. Ia merupakan syiling atau matawang yang di gunakan sejak zaman Rasullulah sekitar 1,500 tahun yang lalu. Dan ia juga matawang yang beberapa kali di sebut dalam kitab Quran.

Namun, hari ini matawang dinar dan dirham telah digantikan oleh wang fiat. Wang fiat merupakan matawang yang berbentuk kertas yang kita gunakan hari ini seperti, ringgit, dollar, pound sterling, rupiah dan sebagainya.

Apa Itu Dinar?

Dinar merupakan syiling yang berbentuk bulat yang diperbuat daripada logam emas dan berwarna kuning. Ada 2 variasi ketulenan emas yang digunakan sama ada emas gred 916 (22 karat) atau gred 999 (24 karat). Setiap syiling yang di bentuk mesti mengikut standard berat iaitu 4.25 gram bagi 1 Dinar.

Emas gred 916 bermaksud syiling tersebut mengandungi 91.6% logam emas dan baki 8.4% campuran logam lain. Emas gred 999 pula dipanggil sebagai pure gold iaitu mengandungi 99.9% logam emas tanpa campuran logam lain.

1 dinar
Syiling Public Gold yang paling banyak dalam “circulation” di Malaysia

1 Dinar = 4.25 gram emas

Standard berat
1/2 dinar
5 Dinar
10 Dinar

Apa Itu Dirham?

Dirham pula merupakan syiling yang berbentuk bulat yang diperbuat daripada logam perak dan berwarna silver. Syiling dirham hanya menggunakan satu ketulenan iaitu pure silver atau gred 99.9% logam perak. Setiap syiling dirham yang di bentuk mesti mengikut standard berat iaitu 2.975 gram bagi 1 dirham.

1 Dirham = 2.975 gram silver

Standard berat

Di Malaysia, hanya terdapat satu jenis syiling dirham yang di jual di pasaran iaitu syiling 10 Dirham. Sungguhpun begitu, harga silver masih murah dan sangat mampu milik bagi setiap lapisan masyarakat.

Kisah 100 Dinar Emas Yang Menarik

Cerita ini adalah pengalaman peribadi Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim. Kisah ini terjadi pada zaman sebelum GST, kira-kira sebelum 2015. Ada seorang lelaki yang hobinya mengumpul 1 Dinar (4.25g) emas. Setiap kali ada duit lebih atau dapat bonus, beliau akan beli 1 Dinar Emas. Beliau sangat konsisten hingga akhirnya berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas.

Satu hari, beliau telah menghubungi Tuan Syukor untuk menjual 100 keping syiling Emas tersebut. 100 keping Dinar Emas tersebut adalah edisi 916. Lelaki tersebut mahu menjualnya untuk beli tanah secara tunai tanpa hutang. Ini sangat bagus. Kumpul aset kecil, kemudian ditukarkan kepada aset yang lebih besar.

Pada masa itu, harga 100 syiling emas berjumlah RM46,500, cukup untuk membeli tanah pada ketika itu. Hari ini iaitu pada tahun 2021, syiling 100 dinar emas Public Gold edisi 916 bernilai sekitar RM90,800. Wow! mahalnya.

Apa yang kita boleh ambil dari kisah ini adalah, jika kita mahukan sesuatu, semestinya perlu bersabar dan konsisten berusaha. Ia mungkin akan mengambil masa, tapi pasti akan nampak hasilnya di kemudian hari. Insha-Allah

Teknik Kumpul Emas Percuma Di Telegram Channel

Klik>Join Channel

Artikel Menarik:

Jazakallah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
14 December 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
6 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Dinar vs Dirham, Apa Perbezaan Ketara […]

trackback

[…] di Malaysia. Tanpa inisiatif menteri besar Kelantan ketika itu, mungkin hari ini kita tidak kenal Dinar Dirham yang telah menjadi matawang Islam sejak zaman […]

trackback

[…] – Anda boleh menjual emas anda sama ada jenama Public Gold, emas jenama lain, goldbar, Dinar, emas terpakai, barang kemas dan silverbar, atau […]

trackback

[…] fizikal merujuk kepada logam emas tulen. Sama ada dalam bentuk jongkong, syiling (Dinar Dirham), atau barang kemas. Emas fizikal tersebut boleh kita pegang di tangan dan simpan. Kelebihannya […]

trackback

[…] Tambah ilmu: Dinar VS Dirham, Apa Perbezaan Ketara […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Dinar vs Dirham, Apa Perbezaan Ketara […]