Kisah Dinar Dirham, Matawang Islam Bangkit

Kisah ini menceritakan kebangkitan dinar dirham sebagai matawang di zaman tamadun Islam yang telah dilupakan. Dinar dirham telah digunakan sebagai matawang suatu ketika dulu. Sejak penubuhan bank Federal Reserve oleh keluarga Rothchild telah mengubah matawang dinar dan dirham kepada ‘kertas’ yang tidak bernilai.

Kisah Matawang Zaman Rasul

Ketika Nabi Muhammad SAW membawa ajaran Islam sekitar tahun 570 – 623 Masihi, semenanjung Tanah Arab ketika itu tidak mempunyai matawang bagi negara mereka sendiri. Menurut penyelidik sejarah Islam, mereka percaya bahawa matawang yang digunakan ketika itu berasaskan sistem matawang Empayar Byzantium atau Empayar Rom Timur.

Dipercayai masyarakat Mekah dan Madinah telah menggunakan sistem matawang yang dikeluarkan oleh Empayar Sasan, iaitu empayar yang berorientasikan kepercayaan Zoroastrian di Parsi. Dua jenis matawang utama keluarkan Byzantine dan Sasan yang dikenali sebagai Denarius dan Drachm.

Nama matawang tersebut cukup serasi dalam sistem ekonomi masyarakat Arab sehingga mereka mengelar ‘Denarius‘ sebagai ‘Dinar‘. Manakala ‘Drachm‘ sebagai ‘Dirham‘. Dua matawang ini digunakan secara meluas dalam urusan jual beli pada zaman Rasulullah SAW.

kisah dirham

Kisah Matawang Islam Dicipta

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, dan sehingga tamat era Khalifah Abu Bakar. Bermula era Khalifah Umar al-Khattab, wujud usaha kerajaan untuk mencipta sistem matawang sendiri yang dikenali sebagai matawang ‘Dirham‘ (logam perak).

Tujuan Khalifah Umar bertindak menggantikan matawang berasaskan Byzantine adalah kerana corak dan ukiran-ukiran pada syiling tersebut kurang sesuai dengan masyarakat Islam. Khalifah Umar memperkenalkan matawang dirham yang diukir dengan ayat-ayat berorientasikan Islam.

Pada era Khalifah Abdul Malik bin Marwan, iaitu khalifah ke-5 Empayar Umayyah barulah matawang emas pertama dikeluarkan yang dikenali sebagai ‘Dinar‘.

Standard Piawaian Matawang Islam

Dinar pertama ditempa pada tahun 77H/696M menggunakan logam emas berketulenan 22karat pada ukuran berat 4.25 gram bagi sebentuk syiling. Namun, terdapat variasi ketulenan Dinar mengikut mithqal pelbagai tamadun. Contohnya, Damascus (22karat), Makkah (20karat), Syria (22karat), dan Mesir (24karat).

Dirham diperbuat daripada logam perak berketulenan 24karat pada ukuran berat 2.975 gram bagi sebentuk syiling. Terdapat juga beberapa variasi Dirham mengikut tamadun masing-masing.

BACA Rekomendasi: Dinar vs Dirham, Apa Perbezaan Ketara

kisah dinar turki
  • Rujukan: History of the Gold Dinar and its Philosophy (Hakimi Ibrahim). The Islamic Monetary Standard: The Dinar and Dirham (Adam Abdullah)

Kebangkitan Dinar Dirham Moden

Antara syiling emas moden terawal dihasilkan ialah South African Krugerrand (Tahun 1967 hingga sekarang). Syiling Dinar terawal yang telah berjaya bangkit semula ialah Dinar Kelantan (Tahun 2006). Kini matawang Islam kembali setelah lama dilupakan sejak penggunaan wang kertas (Sistem Wang Fiat).

kisah dinar

Antara syiling emas yang dihasilkan bagi meneruskan kebangkitan Dinar ialah Dinar Public Gold (Tahun 2008 hingga sekarang). Menurut sumber yang dipercayai, pengasas Public Gold dikenali Dato’ Wira Louis telah berjumpa dengan beberapa ilmuan, ahli sejarah, professor yang mahir tentang Dinar termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad (Bekas Perdana Menteri Malaysia) untuk memahami konsep matawang Islam.

BACA Rekomendasi: Kelantan Pelopor Dinar Dirham Malaysia

Kesimpulan

Di zaman moden kini, walaupun kita tidak lagi menggunakan Dinar dan Dirham sebagai matawang. Namun, ia sangat penting dalam kewangan kita sebagai pelindung kekayaan. Sebagaimana yang kita tahu, matawang kertas hari ini mengurangkan kekayaan kita dengan inflasi nilai dan berunsur riba.

Dalam masa yang sama, marilah kita bersama-sama menyimpan Dinar dan Dirham bagi memperjuangkan matawang Islam yang telah lama terkubur. Ia sebagai lambang kegemilangan dan kehebatan tamadun Islam yang berdiri beribu tahun lamanya.

Tips Simpan Dinar Mudah di Telegram Channel

FREE>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
6 September 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] seperti emas, perak, gangsa dan sebagainya. Termasuklah zaman Rasulullah dulu, yang menggunakan dinar dan dirham sebagai matawang kerajaan […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Kisah Dinar Dirham, Matawang Islam Bangkit […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Kisah Dinar Dirham, Matawang Islam Bangkit […]