Akaun Bank Dibekukan? Cara Elak Berlaku

Akaun bank dibekukan telah banyak berlaku di Malaysia sejak pandemik covid-19 tempoh hari. Kes ini semakin menjadi-jadi sehinggakan terdapat pihak yang menghantar memorandum bagi mendapatkan semula duit dalam bank. Malah ada syarikat yang menfailkan saman terhadap bank yang membekukan akaun mereka tanpa alasan munasabah.

akaun bank

Akaun Bank Belum Tentu Selamat

Perkara penting yang kita wajib tahu ialah, setiap duit yang kita simpan di bank bukanlah di bawah kawalan kita 100%. Ia tertakluk pada kuasa bank dan kerajaan sama ada duit kita boleh dikeluarkan, dihadkan pengeluaran, ataupun dibekukan!

Betul! duit yang kita simpan di bank adalah duit milik kita hasil titik peluh kita sendiri. Namun, apabila duit telah masuk ke dalam sistem bank, maka ia tertakluk pada pihak berkuasa.

Kes terbaru berlaku di China pada July 2022, pendeposit terpaksa melakukan protes tunjuk perasaan supaya mereka boleh mengeluarkan duit mereka dari bank. Berpunca daripada tindakan kerajaan memberi arahan untuk membekukan pengeluaran wang.

“Syarikat yang besar boleh bungkus. Kerajaan yang memerintah boleh bertukar ganti. Bank dan syarikat insuran juga boleh jatuh bankrap! Dan semua harta yang sah milik kita juga boleh dibekukan!”

– Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Apabila kes seperti itu terjadi, walaupun simpan duit banyak dalam bank, tapi duit itu tidak boleh dikeluarkan. Seolah-olah duit itu bukan milik kita tapi milik pihak berkuasa.

akaun bank

Akaun Bank Tidak Terjamin

Menurut mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas), beliau menegaskan bahawa jangan fikir simpanan duit di bank itu terjamin. Walaupun ada perlindungan insuran sekalipun, risikonya tetap ada. Sememangnya itulah lumrah kehidupan.

Tiada jaminan yang terjamin.”

– Tuan Mohd Zulkifli Shafie (Penulis Buku Wang Emas)

Saya sendiri pernah ada pengalaman pahit sebagai pendeposit bank. Duit simpanan saya dalam bank pernah ‘hilang‘ disebabkan unauthorised transaction yang disyaki dihack dari luar negara. Di situ saya sedar bahawa simpanan duit di bank tidak terjamin. Malah PIDM tidak cover bagi kes seperti saya itu.

BACA Pengalaman: Maybank, Kes Duit Dalam Akaun Hilang

maybank scammer

Aset Yang Tidak Boleh Dibekukan

Semua aset kita boleh dibekukan atau dirampas kerana ia direkodkan dalam sistem kewangan negara. Kerajaan tahu seberapa banyak duit yang kita ada. Kerajaan tahu seberapa banyak hartanah yang kita ada. Kerajaan tahu seberapa banyak pelaburan yang kita miliki, sama ada saham, mutual fund, ASB dan lain-lain.

Kesemua aset yang berada dalam sistem kewangan boleh dibekukan pada bila-bila masa kecuali emas dan perak yang disimpan di luar sistem bank. Ini kerana hanya emas dan perak yang tidak direkodkan dalam sistem kewangan.

Maka tiada siapa yang tahu seberapa banyak emas dan perak yang kita ada kecuali kita sendiri yang beritahu. Dan tiada siapa yang tahu di mana kita simpan kecuali kita sendiri yang memberitahunya.

akaun bank

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Setelah saya faham dan pernah mengalami pengalaman ‘duit hilang’ dalam bank, setiap daripada kita mesti ada aset yang 100% di bawah kawalan kita seperti emas dan perak. Ianya sangat penting kerana tiada pihak yang mampu mengganggu aset emas dan perak yang kita simpan.

Contoh terbaik ialah apabila negara barat cuba untuk membekukan aset Presiden Putin (Russia), tiada pihak yang tahu asetnya di mana. Ini kerana Presiden Putin menyimpan aset emas dan perak di luar sistem bank. Beliau tetap kekal kaya dan kebal ekonomi.

BACA: Financial Sanction Tidak Kesan Putin, Taktik Genius

Tidak perlu tukarkan semua aset kita kepada emas, cukup hanya sebahagian saja. Menurut mentor wang Tuan Azizi Ali, sekurang-kurangnya 10% kekayaan kita patut disimpan dalam bentuk emas. Jika apa-apa krisis terjadi pada kita atau negara kita, kekayaan 10% itu kekal bersama kita.

Tips Kewangan Dan Emas PERCUMA

Klik>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
13 September 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments