Maybank Oh Maybank! (UPDATED)
Bila saya dapat tahu duit i-sinar masuk, maka saya dengan gembiranya ambil smartphone masuk apps Maybank2u. Siapa tidak gembira bila duit bertambah dalam akaun bank Maybank. Tiba-tiba..
Bila saya lihat Account Balance, duit dalam akaun berkurang. Sepatutnya duit bertambah apabila i-sinar berjaya di debitkan. Lalu saya memeriksa Transaction History, saya terkejut apabila melihat banyak duit keluar. Sedangkan saya tidak pernah buat apa-apa belian secara online pada masa itu.
Transaksi duit keluar (Kredit) dari akaun saya bermula pada 31 Mei 2021. Transaksi di lakukan sebanyak 3 kali pada hari yang sama melibatkan duit berjumlah RM 737. Begitu juga pada 1 Jun 2021, 3 lagi transaksi duit keluar berlaku berjumlah RM 321. Di ikuti pada 2 Jun 2021, sebanyak 5 transaksi duit keluar berlaku berjumlah RM 945. Jumlah keseluruhan ialah RM2003 duit saya yang hilang dari akaun simpanan Maybank.
Maybank Debit Card History – Maybank2u
Saya langsung tidak pernah buat apa-apa transaksi duit pada tarikh tersebut. Lagipun, biasanya setiap kali saya buat transaksi melalui Maybank2u, mesti saya akan dapat SMS notifikasi di smartphone saya berkenaan transaksi tersebut. Tetapi saya langsung tidak menerima apa-apa notifikasi bagi kesemua 9 transaksi yang saya sebutkan tadi berjumlah RM2003!
Lalu, saya membuat panggilan telefon kepada Maybank Hotline (1-300-88-6688). Operator sangat sibuk dan menyebabkan saya terpaksa menunggu dalam 30 minit. Kemudian barulah saya dapat bercakap dengan operator Maybank.
Operator Maybank memberitahu saya di mana semua transaksi tersebut berlaku di luar negara yang melibatkan matawang Pound Sterling. Membuatkan saya lebih bingung! Sebab saya tidak pernah beli barang online sehingga melibatkan matawang asing. Saya cuma beli barang secara online di PGMall.
Oleh itu, operator tersebut membantu saya untuk menyah-aktifkan kad debit saya. Kerana 9 transaksi tersebut berlaku menggunakan kad debit saya. Dalam masa yang sama, operator tersebut membuat laporan kepada pihak atasan Maybank berkenaan kes saya ini. Saya di kehendaki membuat kad debit yang baru.
Selepas membuat temu janji untuk membuat kad debit baru di Maybank cawangan Sipitang, saya di kenakan caj RM12 bagi kad debit baru. Sudahlah duit saya hilang dalam akaun simpanan Maybank sebanyak RM2003, mereka kenakan caj lagi kepada saya. Kecewanya!
Buat Aduan Polis
Setelah seminggu saya tidak mendapat apa-apa feedback dari Maybank berkenaan kes ini, lalu saya membuat laporan polis di Balai Polis Sipitang. Dengan harapan saya mendapatkan wang saya semula. Tetapi setelah 2 minggu, masih belum ada apa-apa berita yang menggembirakan.
Saya juga ada membuat aduan kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) secara online berkenaan kes ini. Jika anda ingin membuat aduan kepada BNM, anda boleh klik link ini Aduan BNM
Pengalaman ini membuatkan saya rasa serik dan berbahaya simpan duit dalam sistem bank. Ia sangat berisiko tinggi sehingga duit dalam akaun simpanan boleh di curi dari luar negara.
(UPDATED) Maklum Balas Dari Maybank
Berita baik! Selepas sebulan dari tarikh saya membuat aduan, saya telah menerima email dari pihak maybank bertarikh 22 July 2021. Di mana maybank akan refund semula duit saya yang hilang (Unauthorised Transaction) dalam masa 2 hari. Pada keesokan harinya, bila saya periksa akaun simpanan di Maybank2u. Alhamdulillah, duit telah di debitkan oleh Maybank. Selesai masalah!
Bank Are Not Safe
Saya ada membaca buku Robert Kiyosaki bertajuk Fake, bahawa bank tidak selamat. Beliau hanya simpan duit dalam bank bagi tunai jangka pendek (Short-term cash). Bagi jangka-masa panjang (Long-term cash), beliau lebih rasa selamat menyimpan dalam bentuk emas dan perak fizikal di luar sistem bank.
Untuk ketahui cara simpan duit dalam bentuk emas/perak fizikal di luar sistem bank, saya sediakan beberapa link di bawah:
Mohd Ekram Marfuadi
Mangsa Duit Hilang
Kota Kinabalu, Sabah
16 Jun 2021
Kimi
saya juga menerima nasib yang sama .. tiba tiba dapat sms saya membeli barang secara online sedangkan saya tidak ada membeli apa apa barang melalui online . semasa transaction sedang berjalan saya terus menghubungi talian 1300886688 malangnya terpaksa menunggu . menyebabkan transaction terus berjalan , saya hairan bank yang sebegitu gah boleh di godam
Betul, kes yang sama seperti saya. Encik beruntung sebab ada sms masuk. Sekurang-kurangnya dapat notifikasi. Kes saya langsung tidak tahu apa-apa.
Encik sudah buat laporan polis? Atau aduan di BNM?
[…] BACA Pengalaman: Maybank, Kes Duit Dalam Akaun Hilang […]
Saya juga kehilangan sedikit wang kepada broker yang tidak dikawal beberapa bulan yang lalu. Saya mendapat kembali wang saya melalui transaksi yang saya buat daripada akaun bank saya ke akaun coinbase saya dan kemudian saya menghantar wang dari coinbase ke dompet penipu menggunakan syarikat caj balik bernama Amendall .net. Saya sudah fikir saya telah kehilangan wang saya sehingga Syarikat Pemulihan Amendall membantu saya mendapatkan semula wang saya yang hilang. Mereka sangat baik dan pantas dalam memulihkan wang yang hilang daripada semua penipu dalam talian ini.