Liabiliti Kewangan, Barang Mewah Bukannya Aset

Liabiliti merupakan barangan yang susut nilainya selepas dibeli. Hampir kesemua barangan yang kita pernah beli akan susut nilainya dalam jangka panjang.

Contohnya, smartphone, handbag, kasut, komputer, basikal, motorsikal, kereta, dan sebagainya. Harganya pasti susut setelah dibeli dan akan susut lagi dalam tempoh jangka masa panjang.

Katakan kita membeli sebuah kereta baru. Sebaik saja kereta keluar dari showroom cecah jalan raya, harganya susut sekitar 30 peratus.

Tidak percaya? Cuba kita jual semula kereta baru tersebut pada hari yang sama. Sudah tentu kita tidak boleh menjualnya pada harga asal. Tiada orang yang akan membeli kereta berstatus “secondhand” pada harga baru.

Liabiliti juga dikaitkan dengan hutang yang kita simpan. Beli smartphone dengan easy-payment (ansuran bulanan), bermaksud kita menyimpan hutang. Beli barang online paylater, ia juga bermaksud menyimpan hutang.

Menurut pendapat tokoh kewangan Robert Kiyosaki dalam bukunya Rich Dad Poor Dad, liabiliti merupakan benda yang membuatkan duit keluar dari poket. Manakala, aset bermaksud barangan yang menarik duit masuk ke dalam poket.

Rumah Juga Liabiliti Yang Di Anggap Aset

Jangan terkejut jika rumah yang kita beli dan tinggal juga termasuk sebagai liabiliti. Selama ini kita beranggapan bahawa rumah merupakan aset. Ternyata salah!

Rumah hanya akan menjadi aset sekiranya kita sewakannya dan mendapat aliran tunai positif. Atau kita menjual semula rumah tersebut pada harga yang lebih tinggi.

Rumah yang kita tinggal masih tergolong liabiliti. Sebabnya kita perlu membayar hutang bank setiap bulan, bil elektrik, bil air, penyelenggaraan yang membuatkan duit keluar dari poket kita.

Segelintir percaya bahawa barangan mewah merupakan aset. Contohnya, handbag berjenama dijadikan pelaburan kerana terdapat golongan pengumpul yang sanggup membayar lebih mahal daripada harga asalnya.

Begitu juga dengan jam berjenama seperti Rolex, yang dijadikan pelaburan jangka masa panjang. Namun, barangan tersebut bukanlah mampu milik bagi setiap golongan. Modalnya besar yang hanya mampu dibeli oleh orang kaya.

Terdapat juga golongan yang menganggap lukisan sebagai aset. Kononnya, boleh dijual semula pada harga yang tinggi. Malangnya, ia hanya berlaku di negara-negara barat.

Di Malaysia, lukisan hanya barangan perhiasan biasa yang tiada nilai. Mungkin disebabkan kurangnya penggemar seni lukisan. Maka, lukisan bukanlah salah satu bentuk pelaburan di negara kita.

Apakah Aset Sebenar?

Sebagaimana yang diterangkan oleh tokoh Robert Kiyosaki, aset merupakan barangan yang menarik duit masuk dalam poket kita. Contohnya, emas, perak, hartanah yang disewakan, perniagaan, dan lain-lain.

Emas dan perak mencatatkan kenaikan harga dalam jangka masa panjang. Justeru, menyimpan emas dan perak mampu meningkatkan kekayaan kita dalam jangka masa panjang. Begitu juga dengan hartanah pelaburan.

Bagaimana pula dengan menyimpan wang dalam institusi pelaburan? Tabiat menyimpan adalah bagus. Sayangnya, matawang dicetak berasaskan hutang sejak tahun 1971 lagi.

Sejak itu, matawang tidak lagi bersandarkan nilai emas. Setiap matawang yang dicetak selepas persidangan Bretton Wood, hanyalah bersandarkan hutang. Anda akan faham apabila membaca tentang sistem wang fiat dan fractional reserve banking system. Inshallah.

PERCUMA! Bimbingan Simpan Emas Bajet Rendah.

Daftar>>Di Sini

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
28 Oktober 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted