Bitcoin matawang masa depan?
Sejak Pandemik Covid-19 berlaku, banyak negara mencari jalan untuk menyelamatkan kewangan dan pelaburan mereka kepada aset yang lebih stabil atau safe havens.
Safe Havens bermaksud aset yang paling selamat nilainya dan kebal dari apa-apa bentuk krisis.
Info Terminology
Cara tradisional untuk mengikat nilai sesuatu aset seperti matawang atau stock adalah biasanya dengan emas. Dan ia terbukti berkesan sejak 5000 tahun yang lalu.
Bitcoin di lancarkan pada tahun 2009, di katakan sebagai era matawang digital yang baru. Bitcoin mempunyai banyak ciri persamaan dengan matawang kertas. Yang uniknya, Bitcoin wujud di alam digital. Tidak seperti matawang kertas yang berbentuk fizikal (kertas).
Yang Mana Safe Havens?
Kisah Emas
Ada beberapa faktor yang membuatkan emas sebagai aset safe havens yang kukuh. Emas merupakan logam yang sangat bernilai yang di gunakan secara meluas dalam industri barang kemas dan elektronik serta ia adalah logam yang sukar ditemui. Emas tidak boleh di cipta seperti wang kertas yang boleh di cetak oleh bank, atau saham yang di cipta oleh syarikat. Emas mesti di gali dari bawah tanah dan di proses.
Pada asalnya, matawang Dollar bersandarkan nilai emas. Akan tetapi, pada tahun 1971 Presiden Nixon telah memutuskan hubungan emas dan U.S Dollar. Sejak itu, setiap kali kejatuhan ekonomi berlaku, pelabur akan menukarkan matawang kepada emas sebagai penlindung nilai. Emas juga menjadi aset penyelamat kepada pelabur saham ketika kejatuhan nilai saham.
Emas sentiasa menjadi pilihan semasa kejatuhan nilai apa-apa aset, termasuk matawang, saham, hartanah dan lain-lain. Dan ia sentiasa berkesan sebagai pelindung nilai dalam sejarah manusia.
Kisah Bitcoin
Bitcoin merupakan matawang crypto Blockchain-based yang berkongsi ciri-cirinya seperti emas. Ia juga pernah di katakan sebagai “Digital Gold” suatu ketika dulu. Peristiwa yang paling di ingati pada tahun 2017, apabila harga 1 Bit coin melepasi harga 1 ounce emas buat pertama kalinya. Pada tahun 2020, harga Bit coin melebihi 8,700 Dollar! Bagaimana coin itu boleh jadi bernilai?
Seperti emas, jumlah Bitcoin juga terhad. Satoshi Nakamoto, pencipta Bitcoin yang tidak di ketahui kewujudannya, telah menghadkan jumlah Bitcoin hanya 21 juta token. Bitcoin juga seperti emas di mana ia tidak di keluarkan oleh bank pusat atau kerajaan. Bitcoin di cipta melalui kuasa komputer “miners”, sama ada individu atau sekumpulan orang yang bekerja untuk ‘verify’ setiap transaksi dalam Bitcoin network. Penghasilan Bitcoin di kawal supaya tidak terlalu banyak, dan memastikan Bitcoin terakhir tidak di “issued” sebelum tahun 2140.
Perbandingan Emas dan Bitcoin
Sejak 100 tahun yang lepas, emas terbukti sebagai aset safe-haven terbaik. Sedangkan Bit coin masih baru dan mula mendapat sambutan sejak beberapa tahun ini. Perbandingannya seperti di bawah: –
1) Transparency, Keselamatan, Undang-undang
Emas telah menjadi sistem sejak dulu kala lagi dalam transaksi tukar beli, perniagaan, timbangan, dan tracking yang baik. Ia sukar di curi, tidak boleh di palsukan, dan tidak boleh berlaku korupsi ke atas logam emas.
Bit coin juga suka berlaku korupsi di sebabkan sistem “encrypted”, sistem “decentralized” dan algorithma yang sulit. Tetapi infrastruktur bagi tujuan keselamatan belum terbukti. Malapetaka Mt.Gox menjadi pengajaran apabila Bit coin bernilai 460Juta di curi oleh hacker. Secara undang-undang, ia memberi beberapa kesan apabila transaksi Bitcoin sukar di jejaki dan menyebabkan pencuri Bit coin mudah melarikan diri.
2) Rarity
Emas dan Bit coin, kedua-duanya sumber yang sukar di dapati (Rare). “Bitcoin Halving” memastikan kesemua 21 juta Bit coin di keluarkan dalam “circulation” sehingga tahun 2140. Sementara itu, tidak di ketahui bila emas di dunia akan di gali keluar dari perut bumi sepenuhnya. Spekulasi mengatakan emas juga boleh di gali di asteroid.
3) Nilai Baseline
Dalam sejarah, emas banyak kegunaan. Dari barangan mewah seperti barang kemas, sehingga dalam bidang dentist, electronik, pharmasuetikal, mesin dan sebagainya. Bit coin juga mempunyai nilai baseline, apabila berbillion orang yang tidak mempunyai akses ke atas bank, seperti kad kredit. Justeru, individu tersebut boleh menghantar nilai ke serata tempat di seluruh dunia tanpa sebarang yuran transaksi yang di kenakan oleh bank.
4) Kecairan
Kedua-duanya sama ada emas atau Bit coin, sangat mudah di tukarkan kepada duit tunai. Tiada masalah.
5) Kestabilan (Volatility)
Pada tahun 2018, harga Bitcoin naik tinggi ke paras $20,000 bagi 1 coin. Setahun selepas itu, harga 1 coin jatuh teruk ke paras $4000. Kejatuhan sebanyak 500% dalam masa setahun. Ia menunjukan ketidak-stabilan nilai.
Kadar kenaikan harga emas mungkin lambat, akan tetapi harga emas tidak pernah jatuh sehingga 100% dalam sejarah. Jika anda merujuk goldprice.org, anda boleh melihat prestasi emas yang naik sebanyak 607% dalam masa 20 tahun. Ia membuktikan kestabilan nilai emas walupun dalam jangka masa panjang.
Elon Musk Tesla menggemparkan dunia melalui Twitternya dan menyebabkan keruntuhan.
Adakah Bitcoin atau emas paling stabil?
Terpulang pada anda, anda boleh baca lebih informasi tentang emas di link di bawah.
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
8 Jun 2021
[…] BACA Rekomendasi: Bitcoin Atau Emas, Duit Masa Depan […]