Apa yang sedang berlaku dengan harga emas? Berdasarkan sejarah, sepatutnya harga emas akan naik mendadak apabila berlaku krisis di dunia. Pelik apabila harga emas jatuh ketika Pandemik Covid-19 yang sedang dalam peringkat pemulihan.
Apa Faktor Sebenar Yang Mendorong Turun Naik Harga Emas?
Harga emas secara umumnya berkadar songsang dengan nilai US Dollar kerana emas ialah dollar-denominated. Apabila US Dollar menjadi kuat maka harga emas akan jatuh. Dan apabila US Dollar lemah, maka harga emas akan naik.
Atas faktor ini, pakar-pakar ekonomi dunia bersetuju mengatakan bahawa emas merupakan pelindung inflasi wang yang terbaik. Apabila nilai matawang jatuh, harga emas akan naik! Emas sangat sesuai dijadikan sebagai simpanan jangka masa panjang menggantikan simpanan duit di mana nilainya akan jatuh.
“Dengan ketiadaan standard emas, tiada cara untuk melindungi simpanan wang dari kemelut inflasi. Tanpanya, tiada simpanan yang selamat.”
Alan Greenspan (Bekas Pengerusi, Federal Reserve)
Sejarah Turun Naik Harga Emas
Setiap pelaburan mesti ada turun naiknya, begitu juga dengan harga emas. Anda sentiasa boleh tahu berita terkini dan prestasi harga emas dunia di goldprice.org atau kitco.com.
Pada graf di atas menunjukkan harga emas hanya sekitar RM30/gram pada tahun1996. Pada tahun 2004, barulah harga emas mampu melepasi paras harga RM50/gram. Pada ketika itu banyak peluang untuk beli emas sebanyak mungkin kerana harga emas sangat murah! Namun pada masa itu, kebanyakan orang menganggap harga emas mahal (RM50/gram mahal?)
Pada tahun 2014, graf di atas menunjukkan kejatuhan harga emas sekitar RM140/gram. Pada tahun 2015, harga emas naik kepada RM150/gram lalu jatuh semula. Sehingga tahun 2016, harga emas telah melepasi RM150/gram dan terus naik. Pada pertangahan tahun 2020, harga emas pernah cecah sekitar RM290/gram.
Jika anda keliru apabila melihat graf, gambar di atas akan memudahkan anda faham. Ia menunjukkan rumusan turun naik harga emas dalam masa 1 hari sehingga 20 tahun. Bayangkan anda menyimpan emas selama 20 tahun, keuntungan yang anda perolehi sebanyak 641.03% !!!
Apa Jaminan Harga Emas Sentiasa Naik?
Tiada jaminan. Akan tetapi emas pasti akan naik dalam jangka masa panjang. Di sebabkan kuasa beli duit sentiasa susut akibat inflasi. Penurunan kuasa beli duit akan menyebabkan harga barang naik seperti barang keperluan, hartanah, apatah lagi emas.
Hyperinflasi matawang Venezuela mengakibatkan harga barang keperluan seperti seekor ayam naik mendadak sehingga 14juta Bolivar. Ia adalah bukti bahawa kuasa beli matawang akan sentiasa jatuh!
“Wang kertas akhirnya akan kembali kepada nilai intrinsiknya iaitu – Kosong”
Voltaire (Ahli falsafah Perancis)
Tips Pakar-Pakar Pelaburan Dunia
Pakar pelaburan emas Malaysia Tuan Syukor Hashim berkata “Pelaburan emas boleh diletakkan di dalam kategori pelaburan jangka masa panjang. Dengan kata lain, semakin lama anda boleh melabur di dalam emas. Semakin besar peluang anda membina keuntungan.”
“Namun, walau pun emas meningkat dalam jangka masa panjang, ia bukannya naik straight line. Ia bergerak dalam bentuk ombak yang turun naik” sambungnya.
“Kemudian, saya juga berikan analogi berikut. Pelabur emas ibarat pelari maraton. Ia adalah acara larian jarak jauh.
- Ciri-ciri maraton adalah ia larian jarak jauh. (42 kilometer). Bila berjaya habiskan 42 kilometer, baru dikira lulus dan tamat dengan jayanya.
- Tidak ada orang lari maraton dengan memecut dari awal sampai 42 kilometer gais. Itu acara larian 100 meter.
- Ia memerlukan anda lari secara konsisten sebab jaraknya jauh.”
“Pelaburan emas akan memberikan ganjaran kepada mereka yang faham perkara ini. Saya pernah berjumpa dengan pelabur yang cakap pelaburan emas rugi. Sebab dia bagi contoh beli emas tahun 2011 ketika harga tertinggi. Takkan beli emas satu kali saja, lepas tu tunggu naik? Itu bukan melabur. Itu namanya berjudi (gamble).”
FBlive Tuan Syukor Hashim di tonton seramai 1400 orang!
“Commodities such as gold and silver have a world market that transcends national borders, politics, religions, and race.”
Robert Kiyosaki (Pelabur emas dan perak, penulis)
‘Emas dan perak adalah duit, selainnya adalah hutang”
JP.Morgan (Federal Reserve)
Walaupun harga emas telah mahal, namun ia tetap akan naik jauh lebih tinggi. Di Malaysia sangat beruntung kerana syarikat emas seperti Public Gold memudahkan anda menyimpan emas serendah RM100 atau mengikut bajet masing-masing (Melalui Akaun Emas GAP) . Walaupun harga emas jatuh, namun ia tetap menjadi trending pelaburan sekarang khususnya semasa krisis berlaku.
Bagi memudahkan anda simpan emas, sila hubungi saya. Saya akan uruskan semuanya untuk anda.
- Mohd Ekram Marfuadi
- 011-1633-6896
- Authorised Dealer Public Gold
- PG0055934
[…] Apa Jaminan Harga Emas Sentiasa Naik […]
[…] Apa Jaminan harga emas sentiasa naik? […]