hartanah

Hartanah VS Emas | Mana Lebih Untung?

Hartanah dan emas, kedua-duanya merupakan aset fizikal. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Terpulang kepada anda untuk memilih. Walau-bagaimanapun, saya sangat suka kedua-dua aset ini.

Bagi saya, hartanah dan emas tidak boleh di bandingkan. Ia ibarat membandingkan motosikal dan kereta. Motosikal lebih bagus sebab boleh jimat masa ketika jalan sesak (Traffic Jammed). Kereta lebih bagus ketika cuaca hujan dan tidak terdedah kepada cuaca panas terik. Masing-masing ada kelebihan, begitu juga hartanah dan emas.

Persoalannya, yang mana lebih untung? Adakah Hartanah lebih untung atau emas lebih untung?

Sumber : Twitter

Hartanah

Pelaburan hartanah memberikan kita peluang untuk gandakan kekayaan dengan hutang. Hutang pelaburan hartanah adalah hutang baik sebab hutang tersebut boleh membuatkan kekayaan bertambah. Dan pelaburan hartanah juga berpotensi untuk membuatkan kita kaya lebih cepat sebab boleh “Leverage” pinjaman bank (Housing Mortgage).

Dalam masa yang sama, bank juga berlumba-lumba untuk memberi pinjaman perumahan kepada orang ramai sebab aset hartanah merupakan aset yang sangat “Secure” bagi pihak bank.

Pelaburan hartanah merupakan pelaburan jangka masa panjang. Harga hartanah juga semakin lama semakin naik. Kita boleh raih keuntungan ketika menjual semula hartanah tersebut (Flipping). Atau kita boleh sewakan (Rental) bagi menjana “Passive Income” setiap bulan.

Hasil duit sewa boleh digunakan untuk membayar duit pinjaman bank. Ia seolah-olah orang lain membayar rumah yang akan menjadi milik kita. Itulah kelebihan hartanah!

Hartanah vs Emas
Koleksi Emas dan Perak

Emas

Emas juga pelaburan jangka masa panjang yang sangat mudah dicairkan. Bagi saya, emas merupakan aset yang paling terbaik sebagai simpanan jangka masa panjang. Seolah-olah kita menyimpan duit dalam bentuk yang paling selamat nilainya iaitu emas. Sebab emas tidak mengalami susut nilai akibat inflasi seperti duit kertas.

Jika perlu pakai duit, kita boleh cagarkan emas tersebut di Ar Rahnu untuk mendapatkan pinjaman tunai segera. Atau terus jual emas tersebut untuk dapatkan duit tunai. (On-The-Spot)

Modal beli emas jauh lebih kecil. Namun nilai emas jauh lebih tinggi berbanding duit kertas dan juga boleh di gunakan di mana-mana negara. Boleh di katakan, emas merupakan duit antarabangsa. Sebab penerimaan emas sangat luas berbanding duit kertas (Dollar) di seluruh pelusuk dunia.

Emas boleh di jadikan alternatif kewangan bagi orang yang di isytihar bankrap oleh bank. Sebab emas merupakan aset yang tidak ada rekod dalam sistem kewangan atau sistem bank. Bermaksud, tiada pihak yang tahu berapa banyak emas yang kita ada. Pihak bank tidak boleh menjejaki simpanan emas kita sebab tiada dalam rekod kewangan. Lalu bank tidak boleh membekukan aset emas kita sebagaimana berlaku kepada aset kewangan lain (termasuk hartanah).

Emas juga merupakan yang Anti-Krisis. Bermaksud emas merupakan aset yang kebal dari apa-apa bentuk krisis seperti ketidak-tentuan ekonomi dan politik negara. Jika berlaku peperangan, pemilik emas boleh membawa lari kekayaannya ke mana-mana saja untuk memulakan hidup baru.

Jika anda membaca sejarah krisis ekonomi yang pernah berlaku di dunia ini, emas tidak pernah hilang nilai sejak 5000 tahun yang lalu. Itulah kelebihan emas!

hartanah krisis ekonomi

Aset Fizikal Sebagai Pelindung Kekayaan

Saya ada membaca laporan dari Robert Kiyosaki yang menyatakan tentang bagaimana beliau membahagikan kekayaannya kepada beberapa aset.

Katanya, 40% dari kekayaannya di simpan dalam bentuk hartanah, 25% dalam bentuk emas dan perak, dan hanya 10% dalam bentuk wang kertas. Bermaksud, 65% kekayaan beliau di simpan dalam bentuk aset fizikal. Bukan aset kertas!

Beliau juga mengatakan, apabila harga emas dan perak jatuh, beliau akan menambah peratus emas dan perak fizikal. Sebab apabila pasaran saham jatuh, harga emas dan perak fizikal akan naik jauh lebih tinggi. Katanya.

Jika berlaku ketidak-tentuan ekonomi atau ketidak-stabilan politik negara, emas akan jadi penyelamat atau “tali hayat” yang terakhir. Di kala aset kewangan lain sedang jatuh teruk. Emas akan jadi penyelamat bagi anda dan keluarga!

Kesimpulannya, tukarkan duit simpanan jangka masa panjang kepada emas jauh lebih baik. Dalam masa yang sama, paksa diri untuk beli hartanah. Bagi saya, sama ada emas atau hartanah, kedua-duanya mesti di miliki dengan ilmu yang betul dan tepat!

Baca Menambah Ilmu:-

Jazakumullah,

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu
3 Ogos 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments