Emas | 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas Sekarang

Emas bukanlah perkara baru. Sejak 5000 tahun yang lalu, emas merupakan matawang yang digunakan seharian dan alat simpanan kekayaan bagi orang dulu-dulu. Cuma di zaman moden sekarang, kita di ajar untuk simpan duit kertas berbanding emas.

Namun, di sebabkan keadaan ekonomi dunia sekarang yang tidak menentu. Di burukkan lagi oleh pandemik Covid-19, emas sangat-sangat penting bagi melindungi kekayaan anda sekaligus mengukuhkan dan membaiki kekayaan anda jauh lebih baik dari keadaan sedia ada.

emas boros

1. Emas Pelindung Kebocoran Wang

Lumrah manusia itu apabila ada duit, suka berbelanja berbanding menyimpan. Mentor kewangan saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku Misi Bebas Hutang) mendidik untuk membuat simpanan duit sebaik saja dapat gaji. Simpanan duit mesti di buat sekurang-kurangnya 10% dari gaji, tetapi di tengah bulan “korek tabung” semula.

Apabila nampak duit simpanan dalam bank nampak banyak, mulalah panjang akal “Mahu beli apa?”. Lalu gatal tangan membeli barang yang tidak perlu. Akhirnya simpanan duit berkurang. Ini di namakan “kebocoran wang”

“Emas menutup kebocoran kewangan”

Pakar emas Tuan Syukor hashim

Lumrah manusia juga suka simpan emas. Apabila anda memegang seketul emas, anda pasti dapat rasakan auranya. Lalu anda teringin untuk tambah lagi simpanan emas anda. Seketul di rasa tidak cukup! Akhirnya anda membeli emas dan beli lagi. Dalam keadaan tidak sedar, kekayaan anda telah bertambah!

emas inflasi

2. Emas Kalis Inflasi Ringgit (Kuasa Beli Kekal)

Dalam keadaan tidak sedar, duit yang kita simpan di hakis nilainya oleh kesan inflasi setiap tahun. Inflasi akan menyebabkan kekayaan kita merosot jika simpan duit kertas (Ringgit).

Sebagai contoh, semasa zaman saya budak sekolah dulu, abah saya hanya memberikan duit poket sebanyak RM1 saja. RM1 cukup untuk membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. Biasanya abah saya melatih saya untuk berjimat-cermat, pulang dari sekolah masih ada baki 10 sen dan di masukkan ke dalam tabung sebagai simpanan.

Bagaimana Keadaan Sekarang?

Rata-rata ibubapa hari ini yang saya tanya, mereka memberitahu bahawa mereka memberikan duit poket sekolah antara RM2-RM5 sehari kepada anak-anak mereka. Dalam kata lain, ibubapa zaman sekarang terpaksa membayar 2-5 kali ganda untuk membeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli duit kertas merosot tanpa di sedari.

“In the absence of the gold standard, there is no way to protect savings from confiscation through inflation. There is no safe store of value”

Alan Greenspan

Mungkin pada fikiran anda, duit poket bertambah sebab harga barang naik. Memang betul harga barang naik, namun punca utamanya adalah disebabkan kuasa beli duit jatuh. Anda boleh lihat graf kuasa beli duit pada gambar di bawah:

Berdasarkan graf, kita boleh faham bahawa nilai duit kertas telah jatuh 97% sejak tahun 1930. Manakala nilai emas telah meningkat dalam jangka masa panjang. Bagi anda yang bijak, anda akan mula menyimpan emas.

3. Pelindung Segala Krisis Duniawi

Saya membaca tentang sejarah krisis yang pernah berlaku di dunia. Ia mengejutkan saya apabila lebih 13 matawang di dunia pernah mengalami kegagalan (Hilang nilai).

Sejarah kegagalan matawang bermula dari Kerajaan Perancis (Tahun 1715), Weimar jerman (Tahun 1922-1923) sehinggalah zaman sekarang seperti negara Zimbabwe (Tahun 2000), Greece, Venezuela.

Kajian Kes Zimbabwe:

Zimbabwe merupakan sebuah negara benua Afrika yang mengalami masalah hyperinflasi matawang pada abad ke-21 kini. Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yang mencetak wang dengan terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.

We have gold because we cannot trust governments

Herbet Hoover

Akibatnya, hyperinflasi ke atas matawang mereka berlaku yang telah di laporkan menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%

“Never trust money more than gold”

Toba Beta
Gambar : Zimbabwe Dollar tidak bernilai. Cuma nombor saja banyak!

Emas Tidak Pernah Gagal Dalam Sejarah!

Tamadun hebat dunia seperti Greek, Rom, Parsi, menggunakan emas dan perak sebagai matawang mereka. Tidak pernah berlaku kegagalan emas dan perak sebagai wang. Malah emas/perak adalah satu-satunya wang yang terbaik dan boleh dipercayai serta anti-krisis. Terutamanya ketika pandemik Covid-19!

4. Aset Kewangan Mudah Alih

Kelebihan ini sangat penting dan tidak di miliki pada aset kewangan lain. Jika kita menyimpan emas, bermaksud kekayaan milik kita sepenuhnya. Tidak seperti aset kewangan anda yang di simpan di bank atau institusi pelaburan seperti ASB, unit trust, dan lain-lain.

Dalam majalah The Times, seorang pakar kewangan menyatakan jika kita melabur dalam intrumen pelaburan kewangan di bank, yang berlaku sebenarnya ialah:

“Kita meletakkan kekayaan kita dalam poket orang lain dan menunggu satu tempoh masa. Bila sudah sampai masanya, kita akan ambil balik bersama pulangan yang dijanjikan. Dalam tempoh masa tersebut, kekayaan itu bukan jadi milik kita sepenuhnya.”

The Times

Emas merupakan aset mudah alih yang boleh di bawa ke mana-mana saja. Sepertimana kisah pelarian perang Vietnam suatu ketika dulu.

Kajian Kes : Pelarian Perang Vietnam (Tahun 1955-1975)

Ketika perang Vietnam, beribu-ribu orang pelarian dari Vietnam selatan telah melarikan diri meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka telah menjual seluruh harta benda seperti rumah, tanah, kebun, dan ternakan mereka. Kesemua ini di tukarkan kepada kepingan emas nipis yang di panggil Kim-Thanh sebelum melarikan diri.

Apabila berjaya melarikan diri ke tempat baru, mereka menggunakan kepingan emas tersebut untuk memulakan hidup baru. Mereka sedar bahawa emas di terima di seluruh dunia.

emas

5. Emas Magnet Kekayaan

Saya pernah membaca rahsia membina kekayaan dari Robert Kiyosaki. Di mana beliau mengatakan, pastikan duit yang masuk dalam poket kita lebih banyak dari duit keluar. Bunyinya mudah kan!

Tetapi 3 Sebab Utama Kenapa Bina Kekayaan Sangat Susah Dilakukan.

  • 1- Duit seronok di belanjakan.

Bila dapat gaji, fitrah manusia suka reward diri sendiri dengan membeli barangan yang mereka suka. Sehingga lupa buat simpanan duit.

  • 2 – Tersalah labur ke dalam skim cepat kaya.

Fitrah manusia suka untung cepat dan banyak. Masalahnya di Malaysia, pelaburan yang betul dan selamat biasanya memberi pulangan yang sedikit dan lambat. Contohnya, ASB. Dividen sekitar 5-7% setahun. Penat menunggu terlalu lama. Lalu terjebak ke ke dalam skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan yang lebih banyak dan cepat.

  • 3 – Orang pinjam duit anda tapi tidak bayar.

Fitrah manusia apabila sesak duit akan cari orang lain untuk pinjam duit. Apabila sudah di pinjamkan duit, liat pula mahu bayar semula. Lebih teruk apabila ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang buat-buat lupa tentang hutang mereka yang wajib di bayar kepada anda.

Jawapannya ialah tukar wang simpanan kita kepada kepada bentuk emas. Ia ibarat menyimpan magnet kekayaan. Fitrah manusia suka dan sayang kepada emas dan ingin menyimpannya banyak-banyak. Yang paling penting, orang lain tidak boleh pinjam emas kita. Kekayaan “melekat” pada kita!

Tips Emas Percuma Di Telegram

Klik> Join Channel
Gambar : Allah SWT memberitahu kita bahawa fitrah manusia suka terhadap emas/perak. (Al-Imran:14)

Baca tambah ilmu lagi :

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu
10 Ogos 2021

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
7 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Baca artikel : 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas […]

trackback

[…] 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas […]

trackback

[…] Baca info Penting: 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Emas! 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas […]

trackback

[…] 5 Sebab Anda Mesti Simpan Emas […]

trackback

[…] 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas […]