ETF bermaksud Exchange Traded Fund atau Dana Dangangan Tukaran. Pelaburan ini sangat popular, lebih-lebih lagi apabila wujudnya ETF emas.
Persoalannya, adakah ETF emas sama dengan emas fizikal? Yang mana lebih untung dan yang mana rugi? Saya kongsikan kepada anda merujuk kepada pendapat mentor wang Malaysia Tuan Azizi Ali.
Apa Itu ETF Emas?
Exchange Traded Fund ialah dana terbuka disenaraikan dan didagangkan di pasaran tukaran saham seluruh dunia. Sama seperti dana unit amanah dan mutual fund, ia aset yang cair kerana boleh didagangkan dengan mudah. Harga ETF emas mencerminkan harga emas dan dikategorikan sebagai “emas kertas“. Contohnya seperti Saham Emas SPDR yang sangat popular di dunia, disenaraikan di New york, Jepun, Hong Kong dan Singapura.
Kelebihan ETF
Beberapa kelebihan yang baik tentang ETF emas, iaitu;
- Mudah didapati, kerana tersenarai dalam bursa saham.
- Kecairannya, kerana boleh dibeli dan dijual pada bila-bila masa.
- Kos rendah, contohnya, Saham Emas SPDR mengenakan yuran 0.4% setahun saja.
Kelebihan di atas menyebabkan ia amat popular dan berkembang dengan luar biasa. Setakat Oktober 2009, ETF emas telah memegang lebih 1,750 tan emas (bernilai lebih 56 billion dolar) sejak 10 tahun lalu. Sekaligus meletakkan ETF sebagai pemegang emas ke-6 terbesar di dunia, di belakang Amerika Syarikat, Jerman, IMF, dan negara-negara lain.
Konflik Dan Kelemahan
Sekarang, beberapa pakar masih ragu-ragu dengan ETF emas. Dana-dana ini mungkin tidak memiliki emas sebagaimana yang diwar-warkan. Contohnya, objektif Saham Emas SPDR (GLD) ialah untuk menjejaki harga emas, bersih tanpa berbelanjaan dan kos mengendalikan dana. Bermaksud, mereka mungkin tidak membeli emas dan pegang emas bagi pihak pelanggan.
Dimudahkan cerita, jika anda membeli Saham Emas SPDR, mungkin anda tidak membeli emas fizikal tetapi sekadar membeli sebuah dana yang cuma berdasarkan harga emas. Maka, berkemungkinan harga saham itu boleh jatuh ketika harga emas sedang meningkat.
Pelabur Tidak Dapat Semua Wangnya
Terdapat banyak situasi yang mungkin menyebabkan pelabur tidak mendapat semua wang yang dilaburkan, di antaranya ialah;
- Jika sistem kewangan gagal, jika bank-bank besar yang menguruskan GLD bankrap.
- Jika penaja (Perkhidmatan Amanah Emas Dunia) meletakkan jawatan atau bangkrap, GLD dibubar.
- Jika Pemegang Amanah (Bank of New York Mellon) meletakkan jawatan, dipecat, GLD dibubarkan.
Di atas merupakan 3 situasi di mana pelabur akan mendapat wang tunai, bukannya emas. Walaupun mendapat wang tunai, akan tetapi nilainya akan menjadi sangat kurang berbanding emas. Konsep ini tersasar dari tujuan sebenar melabur emas.
Tujuan Sebenar Melabur Emas
Seperti yang anda tahu, tujuan sebenar melabur emas ialah melindungi diri kita daripada bencana-bencana seperti kejatuhan nilai Top 5 Bodybuilding Supplements You’re Not Taking Yet what testosterone is better for building muscle mass in bodybuilding for sale arnold schwarzenegger pushing for drug tested bodybuilding – fitness volt matawang, inflasi-hiper, krisis ekonomi, ketidak-stabilan politik dan lain-lain. Selebihnya, anda boleh baca di artikel di bawah;
- 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas
- Insuran Kekayaan Sebenar, Konspirasi Wang Kertas
- ASB Vs Emas, Mana Lebih Untung?
Semoga bermanfaat, jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
8 Febuari 2022
[…] BACA Rekomendasi: ETF VS Emas Fizikal, Beza Keuntungan […]