Digital VS Emas Fizikal, Mana Lebih Berbaloi

Digital gold telah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia ketika ini. Maka bertambah banyak syarikat yang telah dibuka dan memulakan pelaburan emas dalam talian secara digital. Persoalannya, adakah emas digital itu sama fungsinya dengan emas fizikal? Adakah emas ia betul-betul selamat dan menguntungkan?

digital

Konsep Emas Digital

Saya membaca buku tuan Azizi Ali bertajuk Masa Untuk Emas. Beliau mengatakan emas digital ialah wang elektronik yang berasaskan emas. Kelebihan pertama ialah ia boleh dibeli secara online bermaksud kita boleh mendapatkannya 24jam sehari dengan mudah, cepat dan senang.

Kos penyimpanan emas juga lebih rendah berbanding caj yang dikenakan oleh penjual emas fizikal. Namun, kita perlu pastikan sama ada emas fizikal boleh dikeluarkan daripada akaun digital tersebut pada bila-bila masa.

Kelebihan kedua ialah kita boleh menggunakannya sebagai bayaran untuk barangan dan perkhidmatan di mana-mana di dunia ini, seperti mana menggunakan wang kertas. Bahkan ia mungkin lebih baik kerana ia bersandarkan emas, ia bebas daripada perbezaan kadar pertukaran matawang, campur tangan politik dan kejatuhan nilai matawang. Institusi yang unggul emas digital ialah GoldMoney.

Bagaimanapun, apa-apa yang memberikan peluang mendapat pulangan yang tinggi, maka ia juga memberikan peluang kerugian yang tinggi. Konsep emas digital sudah tentu baik, namun beberapa institusi telah gagal dan terdapat situasi kes penipuan di mana pihak pengurusan telah melarikan wang para pelabur. Pelabur telah di scammed!

BACA Rekomendasi: ETF VS Emas Fizikal, Beza Keuntungan

digital gold

Konsep Emas Fizikal

Sepertimana yang kita sedia maklum, emas fizikal ialah emas yang kita boleh pegang, boleh lihat, boleh dimasukkan dalam poket seluar dan dibawa ke mana-mana. Kita juga boleh membawa emas fizikal ke ArRahnu untuk tujuan pajak gadai emas berkonsep islamik.

Kita perlu faham fungsi sebenar menyimpan emas. Fungsi asasnya ialah untuk melindungi duit (ringgit) daripada dihakis inflasi dan susut nilai matawang. Dalam masa yang sama, emas bertindak sebagai pelindung daripada kemerosotan ekonomi, krisis bank, ketidak-stabilan politik sesebuah negara. Emas yang ada ditangan sebagai tali hayat terakhir jika berlaku situasi tersebut.

Walaupun kos penyimpanan emas fizikal tinggi sedikit, namun kita ada pilihan untuk menyimpan sendiri di tempat yang selamat di rumah atau melalui Akaun Emas GAP di Public Gold. Public Gold iaitu sebuah kilang emas terbesar di Malaysia telah menyediakan platform menyimpan emas secara percuma melalui Akaun Emas GAP. Maka kita tidak perlu risau tentang caj simpanan emas lagi, kerana ianya percuma.

Yang paling penting ialah kita masih boleh membeli emas secara online dan mengeluarkan emas fizikal daripada Akaun Emas GAP pada bila-bila masa (24jam 7 hari seminggu).

BACA Rekomendasi: Akaun Emas GAP Public Gold Mudah, Murah, Patuh Shariah

digital

Kesimpulannya, ada banyak pilihan bagi kita untuk melabur emas. Walaupun semuanya adalah “emas”, tidak semua akan memberi pulangan atau keuntungan kepada kita. Bahkan, mungkin sebilangan daripadanya akan mengundang kekecewaan, bukannya keuntungan sepertimana yang diharapkan. Kita perlu tahu bagaimana membeli emas yang betul dari tempat yang betul supaya kita sentiasa menjadi pelabur yang sentiasa tersenyum di bawah sinaran emas. InshaAllah

Jika Anda Minat Ilmu Emas Yang Betul & Tepat

FREE! Join>Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
2 Ogos 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jumadi Tarman
Jumadi Tarman
11 months ago

Boleh bagi pandangan tentang Quantum Metal….perbandingan Public Gold…?

trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Digital VS Emas Fizikal, Mana Lebih Berbaloi […]