Jangkaan Pelaburan Emas & Silver Tahun 2026-2031

Jangkaan pakar tentang potensi keuntungan hasil pelaburan emas dan silver di masa depan. Adakah ia menurun atau kekal meningkat?

Segelintir golongan mungkin bertanya, di antara emas atau silver, yang manakah pelaburan yang lebih menguntungkan di masa depan?

Menurut GoldSilver.org, melabur kedua-duanya merupakan langkah yang paling bijak. Memandangkan kedua-duanya merupakan aset fizikal logam mulia.

Logam mulia seperti emas dan silver sentiasa mempunyai banyak kegunaan. Khususnya, dalam kepesatan industri teknologi dan Artificial Inteligence. Logam emas dan silver sentiasa diperlukan sebagai bahan pembuatan teknologi moden.

Di manakah kedudukan harga emas dan silver sekarang? Emas telah mencatatkan kenaikan 65%. Manakala, silver meningkat sekitar 144% pada tahun 2025. Jangkaan di masa depan akan lebih tinggi.

Kadar kenaikan kedua-duanya adalah benar, berdasarkan ketegangan geopolitik dunia, pembelian emas oleh bank-bank pusat, sentimen pelabur dan lain-lain. Bukannya spekulasi.

Jangkaan Pemacu Harga Emas & Silver Tahun 2031

1- Pelindung Inflasi

Emas memang terkenal dan efektif sebagai pelindung inflasi wang. Apabila nilai matawang jatuh, emas sentiasa mengekalkan nilainya dan meningkat. Hubungan emas ini bertahan sejak berabad-abad lamanya. Ia bukan perkara baru.

Jumlah permintaan emas telah melebihi 5,000 tan pada tahun 2025. Ia merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah. Iaitu nilainya bersamaan $555 billion, atau kenaikan sebanyak 45% setahun (sumber WGC).

2- Permintaan Industri

Sungguhpun silver bukannya pelindung inflasi terbaik. Namun, silver sentiasa mendapat permintaan yang lebih tinggi berbanding emas di dalam kegunaan industri.

Sekitar 58% permintaan silver dalam kegunaan industri secara global. Contohnya, pembuatan papan solar, kereta EV, barangan elekronik dan infrastruktur elektrik.

Menurut Silver Institut, permintaan silver dalam industri automotif akan meningkat 3.4% setahun di antara tahun 2025 hingga 2031. Kereta batteri-elektrik menggunakan 67-79% logam silver se-unit berbanding kereta berenjin petrol/diesel. (sumber Silver Institute / Oxford Economics).

3- Bank Aktif Beli Emas

Bank pusat seluruh dunia masih aktif dan agresif membeli emas. Bank pusat direkodkan telah membeli sebanyak 863 tan emas pada tahun 2025.

Bank pusat merupakan pembeli emas terbesar dalam tempoh 15 tahun berturut-turut (sumber World Gold Council, Gold Demand Trends Full Year 2025).

Ia merupakan langkah strategik jangka panjang bagi pihak perbankan untuk mengurangkan kebergantungan pada dolar Amerika Syarikat. Membina rizab emas tanpa bergantung pada kerajaan.

Kesimpulannya, 3 faktor yang berterusan di atas akan mendorong kenaikan harga emas dan silver sehingga tahun 2031.

Ia merupakan berita baik! Ia menunjukkan kita masih banyak ruang dan peluang meraih keuntungan dengan pelaburan emas dan silver. Dengan syarat, kita mula melabur sekarang.

Emas dan silver bukannya bersaing di antara satu sama lain. Kedua-duanya mempunyai potensi keuntungan yang besar di masa akan datang. Melabur kedua-duanya adalah langkah bijak!

Perlu Bimbingan Melabur Emas & Silver Bajet RM100?

FREE>Daftar Di Sini

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
6 Mei 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments