Hormuz Turunkan Emas. Adakah Masih Safe-Haven?

Hormuz masih dalam krisis yang belum menampakkan persetujuan damai dalam masa terdekat. Sepatutnya, perang meningkatkan harga emas. Tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Berdasarkan sejarah, setiap kali berlaku krisis atau peperangan, harga emas pasti meningkat. Berbeza dengan perang di Selat Hormuz, malah menurunkan harga emas.

Ramai mempersoalkan, adakah emas bukan lagi bersifat safe-haven seperti dulu. Adakah emas tidak lagi relevan di tahun 2026?

Apakah Maksud Safe-Haven?

Emas mendapat status safe-haven sebab ia tidak mempunyai risiko counterparty (pihak ketiga). Tidak seperti matawang, yang boleh dicetak oleh bank. Setiap kali matawang dicetak, inflasi akan berlaku.

Emas tidak boleh dicetak, menjadikan emas mempunyai nilai intrinsik tanpa perlu campur tangan pihak ketiga. Maka, emas tidak mengalami inflasi.

Dalam tempoh jangka masa panjang, harga emas dipengaruhi oleh laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS), kekuatan dolar AS, geopolitik, dan spekulasi.

Dalam sejarah, penurunan harga emas hanyalah bersifat sementara. Dalam tempoh jangka masa panjang, harga emas sentiasa naik. Sebab, ia berkadar songsang dengan nilai dolar AS.

Ketika krisis geopolitik, emas dipanggil aset safe-haven. Sebab emas sentiasa mengekalkan nilainya. Di kala aset lain sedang jatuh teruk.

Contohnya, krisis Covid-19 tahun 2019, hampir semua jenis aset jatuh nilai dengan teruk sehingga hampir runtuh seperti matawang termasuk minyak mentah.

Harga minyak mentah dilaporkan mengalami negatif ketika itu. Maksudnya, hampir hilang nilai disebabkan perintah berkurung. Dalam masa yang sama, harga emas saja yang meningkat.

Kali ini, krisis Hormuz telah menurunkan harga emas buat seketika. Ia tidak meruntuhkan harga emas sehingga sifar atau negatif.

Safe-haven tidak semestinya perlu naik harga. Asalkan nilainya tidak hilang ketika krisis geopolitik, maka ia masih dianggap aset safe-haven.

Apakah Pemacu Permintaan Emas?

Salah satu pemacu permintaan emas yang tinggi adalah pembeli emas oleh bank pusat secara global. Pada tahun 2025, bank-bank pusat telah membeli sebanyak 863 tan emas. (Sumber World Gold Council).

Bank pusat membeli emas secara besar-besaran bukan sekadar krisis geopolitik. Malah, faktor yang lebih kritikal iaitu de-dolarisasi. De-dolarisasi dijangka meruntuhkan bank.

Ini bukanlah spekulasi, tetapi merupakan rancangan berstruktur dalam tempoh jangka panjang.

De-dolarisasi dijangka akan menyebabkan kenaikan inflasi yang berpanjangan, peningkatan hutang kerajaan, dan kelemahan matawang.

Situasi tersebut memaksa bank-bank pusat supaya mengambil langkah selamat dengan membeli emas sebagai pelindung nilai atau safe-haven.

De-dolarisasi yang berterusan akan meningkatkan permintaan emas dalam jangka masa panjang. Maka, harga emas dijangka akan terus meningkat.

Kesimpulannya, emas masih kekal relevan sebagai aset safe-haven. Walaupun krisis Selat Hormuz telah menurunkan harga emas sekitar 10%. Namun, ia hanyalah bersifat sementara.

Jika institusi kewangan seperti bank menyimpan aset emas sebagai strategi pelindung nilai. Mengapa bukan kita menyimpan emas sebagai pelindung kewangan keluarga kita?

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>Daftar Di SINI

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
29 April 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments