Bila Emas Akan Hilang Nilai?

Bila emas akan hilang nilai? Emas telah menjadi logam yang bernilai sejak 5,000 tahun yang lalu. Setiap tamadun utama dari Mesopotamia Purba sehingga bank pusat di zaman moden, emas masih tetap mengekalkan nilainya.

Fungsi emas di zaman purba adalah sebagai matawang. Untuk mudah faham, emas merupakan duit di zaman dulu sebelum tahun 1971. Emas merupakan sistem matawang yang adil.

Jika hari ini kita masih menggunakan matawang emas, nilainya akan sama di seluruh dunia. Katakan, kita mahu ke negara Amerika Syarikat(AS), kita tidak perlu menukar ringgit kepada Dolar AS. Duit emas laku dan sama nilainya di kedua-dua buah negara. Matawang lebih adil.

Dengan sistem wang fiat, kita perlu menukarkan ringgit kepada Dolar AS dan nilainya tidak sama. Jika kita menukarkan RM1,000 kepada Dolar AS, kita hanya akan dapat $252 saja. Sistem wang fiat yang tidak adil dari sudut nilai. Sedangkan, kedua-duanya hanyalah merupakan wang kertas.

Sepatutnya, kertas Amerika sama nilai dengan kertas Malaysia. Begitulah kaedah penindasan kewangan barat ke atas negara-negara lain di dunia. Supaya negara berkuasa seperti Amerika Syarikat kekal kaya.

Bila Emas Jadi Duit

Duit atau medium pertukaran (medium of exchange), perlu menggunakan logam yang tahan lasak. Logam tersebut tidak boleh dirosakkan oleh karat, terbakar, atau larut oleh air. Jika duit mudah rosak, maka nilainya akan mudah hilang.

Menurut kajian Universiti Columbia, ahli kimia Sanat Kumar, hanya 4 bahan logam yang tahan lasak dan sesuai dijadikan sebagai matawang. Iaitu, logam emas, perak, platinum dan palladium.

Daripada 4 logam tersebut, hanya 2 logam yang cukup banyak untuk dijadikan duit harian dalam sejarah. Emas yang paling unggul, kerana ia sukar didapati (rarity), tahan lasak, dan berketumpatan yang menjadikannya penyimpan nilai jangka panjang paling kuat.

Sifat kimia menjadikan emas sebagai duit, matawang, medium pertukaran yang unggul sepanjang zaman.

Semua emas yang pernah dilombong manusia dalam sejarah hanya muat dalam sebuah kiub bersaiz 72 kaki setiap sisi. Iaitu cukup kecil untuk dimuatkan dalam sebuah gelanggang tenis.

Menurut World Gold Council (WGC), stok emas di atas tanah berjumlah sekitar 218,000 tan pada tahun 2026. Emas yang dilombong setahun hanya sekitar 3,600 tan. Iaitu hanya 1.7% daripada bekalan sedia ada. Bermaksud, masih banyak emas yang belum dilombong.

Tidak ada komoditi lain seunggul emas. Minyak mentah dibakar, gandum dimakan. Manakala silver pula, digunakan dengan luas untuk membina teknologi solar, elektronik, alat medik, dan sebagainya.

Sedangkan emas, hampir tidak pernah dihancurkan. Emas boleh dikitar semula semula, contohnya diekstrak daripada produk elektronik dan mengekalkan sifat asalnya. Emas di zaman Firaun dulu, mungkin masih wujud sehingga sekarang dan masih berfungsi sebagai penyimpan nilai.

Sifat emas tidak boleh dihakis oleh karat menjadikan ia bertahan merentasi zaman. Ahli arkeologi pernah menjumpai artifak emas di dalam makam Mesir yang dijangka berusia 4,500 tahun. Walaupun beribu tahun, struktur emas masih utuh sehingga sekarang.

Ahli sejarah, Peter Bernstein telah membuat dokumentari bertajuk The Power Of Gold. Beliau mengatakan, anda boleh menanam emas ke dalam tanah, setelah 50,000 tahun kemudian, anda dapati emas tersebut tidak berubah keadaannya.

Tidak ada matawang lain yang mampu bertahan beribu tahun lamanya. Kertas boleh hancur di telan zaman. Aset digital pula bergantung pada infrastruktur elektrik yang masih berfungsi.

Kesimpulannya, emas tidak akan hilang nilai sampai hari kiamat. Mungkin, ia kenyataan yang melampau bagi sesetengah golongan. Bagi yang membaca sejarah, ia sangat masuk akal. Apatah lagi, bagi golongan yang belajar ilmu eskatologi.

Berdasarkan ramalan eskatologi daripada Rasulullah SAW, gunung emas di sungai Euphrates akan menjadi rebutan di akhir zaman. Jika emas menjadi rebutan, maka bila emas akan hilang nilai?

Perlu Bantuan Simpan Emas Bajet RM100?

FREE>Daftar Di Sini

SHARE sebarkan manfaat. Salam Aidil Adha. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
27 Mei 2026

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted