Gunung emas merupakan topik yang sedang hangat diceritakan di negara-negara timur tengah ketika ini. Ia pernah diramal oleh Rasulullah s.a.w pada 1,400 tahun lalu dalam hadis sahih Muslim.
Kini, sungai Euphrates (Al-Furat), iaitu sungai terpanjang di asia barat menampakkan tandanya. Adakah ramalan tersebut bakal berlaku di zaman kita? Apakah persediaan yang kita perlu lakukan?
Gunung Emas Dalam Sungai?
Menurut ramalan Rasulullah s.a.w, apabila sungai Euphrates kering maka akan timbul harta karun gunung emas. Tetapi manusia dilarang untuk mengambilnya.
“Soon the river Euphrates will disclose the treasure [the mountain] of gold. So, whoever will be present at that time should not take anything of it.“
Sahih Bukhari
Menurut tafsiran Sheikh Imran Hossein, ‘gunung emas‘ boleh membawa maksud simbolik iaitu sesuatu di bawah sungai tersebut dengan kuantiti yang sangat banyak berfungsi seperti emas.
Sebagaimana yang kita tahu bahawa emas merupakan logam yang sangat berharga sejak zaman Rasulullah s.a.w. Iaitu sejak 1,400 tahun lalu sehingga sekarang, emas masih mempunyai nilai tinggi.
Seluruh umat manusia berebut untuk mendapatkan emas di sungai tersebut. Namun setiap 100 orang, 99 orang akan mati dalam rebutan untuk mendapatkan emas tersebut.
BACA Rekomendasi: Kisah Dinar Dirham, Matawang Islam Bangkit
Yang menyedihkan, apabila setiap orang di antara mereka mengharapkan bahawa merekalah hanya satu-satunya yang akan hidup dan berjaya mendapatkan emas tersebut.
Salah satu ulama mengatakan bahawa, mereka mengetahui hakikat bahawa daripada 100 orang, 99 orang akan mati. Dan mereka berharap menjadi seorang yang akan hidup terselamat. Bermaksud, mereka tahu tentang hadis Rasulullah s.a.w.
“The Prophet Muhammad said: “The Hour will not come to pass before the river Euphrates dries up to unveil the mountain of gold, for which people will fight. Ninety-nine out of one hundred will die [in the fighting], and every man among them will say: ‘Perhaps I may be the only one to remain alive’.”
Sahih Bukhari, Sahih Muslim
Sungguhpun mereka tahu bahawa hanya ada 1% peluang untuk hidup dalam rebutan tersebut, tetapi mereka tetap berdegil. Mereka masih berharap bahawa merekalah orang yang 1% itu.
Malangnya, setiap orang yang datang dari seluruh pelusuk dunia mengharapkan bahawa merekalah yang menjadi orang yang 1% itu.
Mengapa Rasulullah s.a.w menyatakan hadis ini? Supaya masyarakat muslim tahu apakah yang harus dilakukan apabila tiba masanya nanti.
Jika satu hari nanti, kita melihat TV yang menayangkan berita tentang sungai Euphrates kering dan timbulnya gunung emas. Jangan pergi merebut emas!
Sekurang-kurangnya kita tahu tindakan yang perlu dibuat. Sebagaimana yang disaran oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis sahih.
Mengapa Bermatian Merebut Emas?
Melalui hadis tersebut, kita boleh meramal apa yang akan berlaku di masa depan. Bahawa emas akan menjadi rebutan dan ujian bagi masyarakat dunia.
Alangkah bijaknya jika kita membuat simpanan emas dari sekarang. Maka, kita tidak akan tertarik atau tergoda untuk pergi ke sungai Euphrates merebut emas sehingga pertumpahan darah kehilangan nyawa.
BACA Rekomendasi: Quran, Ayat Tentang Matawang Dinar Dirham
Kita boleh percaya atau tidak percaya tentang ramalan ini. Yang penting ialah tindakan kita hari ini. Apa tindakan yang kita boleh buat hari ini demi persediaan menghadapi masa depan?
Daripada sekadar tunggu dan lihat. Bertindak mula simpan emas sekarang adalah jauh lebih baik dan lebih bijak. Insha-Allah
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
14 Februari 2023
sesuatu yg datang dari Rasul s.a.w. bukan lah ramalan akan tetapi perkhabaran yg sememangnya betul dan pasti akan berlaku. Termasuklah perkhabaran dari masa hadapan yg bakal berlaku.
Betul sekali. Masa depan diketahui sebagaimana termaktub dalam kitab suci.
[…] Rekomendasi Untuk Anda: Gunung Emas Timbul Di Sungai Euphrates […]