Mahal! Emas semakin mahal. Adakah masih untung beli emas sekarang ini? Bagaimana dengan harga emas di masa depan? Masihkah ada peluang untuk saya melabur emas?
Tetapi, bilakah masanya emas dikatakan murah?
Ketika harga emas RM30 segram, orang kata mahal. Apatah lagi apabila harga emas mencecah RM305 segram. Bilakah masanya orang mengatakan ia murah?
Pada mentaliti kita, emas sentiasa mahal. Tiada zaman yang dikatakan emas murah walaupun sewaktu promosi berlangsung. Walhal pada hakikatnya, harga emas sentiasa ada turun naiknya.
Jika anda membeli emas pada harga RM305 segram, adakah ia mampu naik lagi melebihi RM400, RM500 segram atau RM1,000 segram? Ia sangat mampu!
Anda belum terlambat untuk melabur emas. Masih ada peluang untuk anda mula membeli dan melabur emas. Lebih awal anda mula simpan emas, maka lebih jimat dan lebih untung. Tiada istilah terlambat!
Rekomendasi Untuk Anda: Gunung Emas Timbul Di Sungai Euphrates
Kata pakar ekonomi dan kewangan dunia menyarankan kita menyimpan sekurang-kurangnya 10% dalam bentuk emas. Juga berpendapat, 30-50% harta kekayaan kita mesti ditukar dalam bentuk emas fizikal.
Dalam keadaan ekonomi global sekarang, sistem matawang dan pelaburan aset kewangan tidak lagi dianggap menarik. Berpunca daripada krisis bank yang melanda dunia lalu menyebabkan inflasi tinggi.
Potensi Emas Jauh Lebih Mahal
Antara faktor utama yang akan mendorong harga emas naik lebih tinggi ialah trend de-dolarisasi. kebanyakan negara-negara di dunia telah membuang dolar daripada rizab bank sentral.
Negara besar seperti Rusia, Brazil, Arab Saudi termasuk Malaysia telah bercadang untuk menggantikan dolar AS (Amerika Syarikat) dengan Yuan (matawang China) dalam perdagangan.
Secara automatik akan melemahkan kekuasaan dolar AS dalam perdagangan. Maka nilainya akan menurun. Bermaksud, harga emas akan meningkat!
Rekomendasi Untuk Anda: Dunia Buang Dolar, Impak Besar Pada Emas
Sebagaimana yang kita tahu, harga emas sentiasa berkadar songsang dengan nilai dolar AS. Jika dolar meningkat, maka harga emas akan turun. Sebaliknya, jika dolar menurun, maka harga emas akan naik!
Trend de-dolarisasi akan mendorong harga emas meningkat lebih tinggi daripada apa yang kita sangkakan. Tiada siapa yang tahu setinggi mana harga emas bakal naik. Unlimited!
Sejauh mana harga emas akan meningkat, tidak diketahui buat masa ini. Selagi matawang dicetak dengan banyak maka selagi itu nilai matawang akan sentiasa jatuh. Dan selagi itu, harga emas meningkat!
FREE DOWNLOAD>>EBook 5 Min Emas
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
18 April 2023