Ramalan Harga Emas 5 Tahun Akan Datang

Ramalan harga emas dijangka semakin meningkat mencapai paras RM44,379 bagi 1 oz pada 5 tahun akan datang. Sedangkan, hari ini harga emas masih berada pada sekitar RM8,876/oz.

Kenaikan harga emas diramal meningkat sebanyak 5 kali ganda menurut pakar kewangan dan pelaburan dunia, Mike Maloney di websitenya.

Beliau berpendapat, peningkatan harga emas berpunca daripada beberapa faktor. Seperti, inflasi, kegawatan ekonomi, kadar faedah bank, pasaran saham, kejatuhan nilai dolar Amerika, permintaan bank sentral, Quantitative Easing (cetak duit), dan indikator teknikal.

ramalan

De-dolarisasi juga antara pencetus kenaikan harga emas mendadak. Apabila negara-negara di dunia seperti Brazil, Rusia, India merancang membuang dolar AS (Amerika Syarikat) yang digunakan sebagai matawang perdagangan.

Sekaligus akan meruntuhkan pengaruh dan nilai dolar AS yang selama ini digunakan sebagai matawang bagi transaksi perdagangan antarabangsa.

Kejatuhan nilai dolar akan menyebabkan peningkatan harga emas. Sebagaimana yang kita tahu bahawa harga emas sentiasa berkadar songsang dengan nilai dolar.

Kejatuhan dolar adalah berita baik bagi pelabur emas. Keruntuhan dolar akan membuatkan pelabur emas tersenyum lebar kerana kekayaan mereka semakin bertambah.

Rekomendasi Untuk Anda: Dunia Buang Dolar, Impak Besar Pada Emas

Trend de-dolarisasi juga mengundang reaksi daripada bank sentral. Di mana bank sentral seluruh dunia bertindak menukarkan rizab dolar kepada emas fizikal.

Reaksi ini telah menyebabkan bank sentral membeli emas secara besar-besaran sebagai rizab negara. Sekaligus menyebabkan permintaan tinggi terhadap emas.

Permintaan yang tinggi sudah tentu menyebabkan harga emas meningkat secara mendadak dalam tempoh masa yang singkat. Lalu, pelabur emas tersenyum!

“Gold is money, everything else is credit.”

J.P. Morgan

American Financier, J.P. Morgan pernah mengatakan bahawa emas merupakan duit sebenar pada tahun 1912. Dan segala yang lain merupakan kredit atau hutang.

Everything else‘ yang dimaksudkan ialah matawang kertas termasuk duit dalam bank merupakan kredit atau hutang.

Rekomendasi Untuk Anda: EMAS! Pelaburan Robert Kiyosaki

Oleh sebab itu, emas menduduki tempat teratas dalam hierarchy intrumen kewangan. Sebagaimana yang gambarkan oleh penganalisa Jan Nieuwenhuijs.

Dalam artikelnya, menurut ramalan Jan Nieuwenhuijs harga emas bakal mencecah RM35,504 bagi 1 oz emas. Ini kerana, bank sentral telah menambah rizab emas dengan pantas sejak krisis kewangan pada tahun 2008.

ramalan

Persoalannya, adakah kita sudah terlambat untuk beli dan melabur emas? Tidak, kerana emas sentiasa meningkat dalam masa panjang tanpa had.

Adakah kita perlu memiliki emas? Ya, kita perlu mempunyai simpanan emas. Emas merupakan duit sebenar yang mempunyai nilai intrinsik. Tidak seperti aset kewangan yang berbentuk ‘kertas’

Perlu Bimbingan Simpan Emas Bajet Rendah

FREE! Klik>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
25 April 2023  

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Ramalan Harga Emas 5 Tahun Akan Datang […]

trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Ramalan Harga Emas 5 tahun Akan Datang […]