Jika kita mengkaji artikel-artikel tentang emas pada ketika ini, didapati harga emas mengalami trend kenaikan mendadak. Apakah yang mendorongnya?
Pada bulan Febuari 2023 saja, rizab bank dunia telah meningkat kepada 52 tan. Sebagaimana yang dilaporkan oleh World Gold Council.
Sejak bulan Januari dan Febuari tahun 2023, direkodkan pembelian emas oleh bank sentral sebanyak 125 tan. Pembelian yang sangat banyak yang menyebabkan peningkatan permintaan terhadap emas.
China merupakan pembeli emas terbesar pada bulan Febuari 2023. Direkodkan People Bank Of China telah membeli emas sebagai rizab bank 4 bulan berturut-turut. Menjadikan jumlah rizab emas mereka sebanyak 102 tan.
Bank Sentral Beli Emas Besar-Besaran
Jim Rickards mengatakan spekulasi bahawa China pernah membeli beribu tan emas tanpa direkodkan. Spekulasi tersebut mangatakan bahawa China mempunyai rizab emas jauh lebih besar daripada yang di dedahkan secara rasmi.
Di ikuti dengan Turki yang menambah rizab emas sebanyak 22.5 tan dalam bulan Febuari saja. Sentral bank Turki telah membeli emas 15 bulan berturut-turut.
Rekomendasi Untuk Anda: Ramalan Harga Emas 5 Tahun Akan Datang
India menambah rizab emasnya sebanyak 2.8 tan. India menduduki tempat ke-9 sebagai negara pemegang emas terbesar di dunia. Dengan jumlah 790 tan.
Di ikuti dengan Singapura 6.8 tan emas. Uzbekistan 8 tan dan Mexico 0.3 tan pembelian emas pada bulan Febuari saja.
Bank sentral Rusia telah mendedahkan rizab emasnya buat pertama kali sejak lebih setahun. Melaporkan pegangan emas sebanyak 2,330 tan pada akhir bulan Febuari 2023.
“It’s hardly surprising then that in a year scarred by geopolitical uncertainty and rampant inflation, central banks opted to continue adding gold to their coffers and at an accelerated pace.”
World Gold Council
Menurut World Gold Council, menjangkakan trend pembelian emas akan berteruskan hingga hujung tahun 2023.
World Gold Council mengatakan, terdapat 2 pemacu utama di sebalik pembelian emas bank pusat — prestasinya semasa krisis dan peranannya sebagai penyimpan nilai dalam tempoh jangka masa panjang.
Pembelian emas sebagai rizab bank sentral telah mendorong trend kenaikan emas yang mendadak sejak Januari 2023.
“Even though gold is not backing currencies anymore, it is still being utilized. Why? Because it is a real asset.”
World Gold Council
Jika pembelian emas besar-besaran oleh bank sentral berteruskan. Maka sangat tidak mustahil harga emas bakal mencecah $8000 se-ounce. Hari ini hanya sekitar $2000 se-ounce. Kenaikan 4 kali ganda!
Jika Kita Bertindak
Pakar matawang, Mike Maloney di channel Youtube-nya menjelaskan bahawa kenaikan harga emas sehingga $8000 merupakan berita baik bagi penyimpan/pelabur emas.
Dalam masa yang sama, ia juga merupakan berita buruk bagi penyimpan wang di bank. Ia menunjukan malapetaka sedang berlaku dalam sistem matawang dan ekonomi sesebuah negara.
“Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
Pepatah Melayu
Jika kita bertindak sekarang menukarkan sebahagian duit simpanan kita di bank kepada emas fizikal, maka kita akan meraih keuntungan 4 kali ganda di masa akan datang.
Jika kita membiarkan duit simpanan kita dalam bentuk matawang ‘kertas’. Maka tiada siapa yang dapat melindunginya daripada malapetaka kewangan dan ekonomi di masa depan.
Rekomendasi Untuk Anda: Saving Emas, 5 Keistimewaan Tersembunyi
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
2 May 2023