Pecah Rekod! Harga Emas Tertinggi 2024

Pecah rekod! Harga emas telah mencecah paras tertinggi hanya dalam satu malam sejak tahun 2020. Pada bulan Ogos 2020, paras tertinggi mencecah $2072/oz. Pada 1 May 2023, ia mencipta rekod baru tertinggi pada harga $2077/oz.

“When gold started getting new high, Federal Reserve started getting worry.”

Mike Maloney (Pakar Matawang)

Jika harga emas naik semakin tinggi, kemungkinan banyak bank di Amerika akan bangkrap. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh pakar matawang, Mike Maloney di youtubenya.

pecah rekod emas

Apabila bank bangkrap, orang ramai tidak boleh keluarkan duit mereka daripada akaun simpanan bank. Jika orang itu menyimpan semua aset kekayaannya dalam bank, maka mereka boleh jadi papa kedana sekelip mata.

“Savers are losers.”

Robert Kiyosaki (Pakar Pelaburan)

Kecuali bagi orang yang mempunyai simpanan emas di luar sistem bank. Jika bank bangkrap, mereka masih mempunyai emas di tangan untuk meneruskan kehidupan.

Jika krisis bank berterusan, maka lebih ramai yang akan merana. Dan lebih tinggi harga emas bakal naik. Bermaksud, penyimpan duit akan semakin miskin. Manakala penyimpan emas semakin kaya.

Potensi Pecah Rekod Baru

Negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, South Afrika) telah meningkatkan usaha de-dolarisasi untuk menggunakan matawang tempatan bagi perdagangan antarabangsa.

Dalam masa yang sama BRICS bakal mengurangkan kebergantungan terhadap dolar Amerika. Usaha ini telah mendapat sambutan pelbagai negara di dunia.

Rekomendasi Untuk Anda: Ramalan Harga Emas 5 tahun Akan Datang

Indonesia juga telah melaksanakan LCT (Local currency trade) kaedah diversifikasi matawang dengan beberapa negara termasuk Thailand, Malaysia, China, dan Jepun. Kerjasama dengan Korea masih dalam proses.

Kewujudan BRICS dan LCT dijangka bakal melemahkan pengaruh dolar Amerika. Apabila dolar semakin lemah, maka harga emas akan naik semakin tinggi.

Sebagaimana yang kita tahu, harga emas sentiasa berkadar songsang dengan nilai dolar Amerika. Apabila dolar semakin lemah, maka harga emas akan naik.

Beruntung bagi penyimpan emas, dan kerugian bagi penyimpan duit di bank. Sebab itu pentingnya membuat diversifikasi aset kekayaan kita kepada emas fizikal.

Rekomendasi Untuk Anda: Jika Emas Naik $8000, Peluang Atau Malapetaka?

Selain itu, banyak faktor lain yang bakal meningkatkan harga emas. Seperti krisis bank, hiperinflasi, kegawatan ekonomi, perang ukraine-rusia yang berpanjangan, dan sebagainya.

Ketika pandemik covid-19 tempoh hari, kita telah lihat bagaimana kebanyakan aset telah jatuh teruk termasuk minyak mentah. Hanya aset emas dan perak saja yang meningkat tinggi ketika itu.

Bertindak Atau Tunggu?

Namun masih ada suara sumbang yang mengatakan bahawa pelaburan emas dan perak tidak menguntungkan.

Mereka merupakan golongan yang tidak membaca buku pelaburan. Sebab itu mereka tidak tahu. Mereka tidak mengisi otak mereka dengan ilmu pelaburan yang betul dan tepat.

Masa paling sesuai untuk mula menyimpan emas ialah sekarang! Kemungkinan besar kita tidak akan melihat harga emas hari ini di masa depan. Pecah rekod lagi!

Rekomendasi Untuk Anda: Saving Emas, 5 Keistimewaan Tersembunyi

Di masa depan, kita bakal mengatakan bahawa harga emas hari ini sangat murah. Kerana harga emas ketika itu mungkin jauh lebih tinggi daripada harga yang kita lihat hari ini. Inshaallah~

Bertindak untuk mula simpan emas sekarang jauh lebih baik daripada sekadar menunggu apa akan jadi di masa depan. Masa depan kita bergantung pada tindakan kita pada hari ini.

Perlu Bimbingan Melabur Emas Dengan Betul?

FREE!>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
9 May 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments