Bajet Rendah? Cara Menabung Emas 1gram

Bajet sangat penting bagi setiap orang yang ingin menabung emas. Harga emas sekarang semakin mahal, mesti anda berpendapat hanya orang kaya mampu menabung emas. Betul kan?

Salah tu! Ada cara yang betul lagi patuh shariah menabung emas serendah 1 gram atau RM100 saja.

Dulu semasa harga emas masih murah, ia hanya di jual seberat 50gram atau 100gram. Ketika itu, tidak ada emas kecil yang beratnya 5gram atau 1gram dijual. Sebab murah sangat dan penjual tidak untung!

Kini harga emas sudah mahal. Hikmahnya ialah kita boleh beli emas sedikit demi sedikit walaupun serendah 1gram atau RM100 saja.

Emas Bajet Rendah

Cara paling mudah dan legit lagi patuh shariah buat masa ini ialah melalui Akaun emas GAP. Akaun emas GAP ini diperkenalkan oleh syarikat emas terbesar di Malaysia iaitu Public Gold.

GAP = Gold Accumulation Program

Tidak dinafikan, ada banyak syarikat yang menawarkan konsep menabung emas bajet rendah. Namun, syarikat lain tidak kekal lama. Sedangkan Public Gold bertahan sejak tahun 2008 lagi.

Ada syarikat menawarkan menabung emas tapi emas digital. Bermaksud, emasnya tidak wujud. Konsep digital, bermaksud kita bukan beli emas. Kita hanya beli ‘digital coding’ yang dianggap emas.

Rekomendasi Untuk Anda: Digital VS Emas Fizikal, Mana Lebih Berbaloi

Kita boleh anggap ‘digital coding’ untuk apa-apa pelaburan pun. Sama ada emas, duit, hartanah, bitcoin dan sebagainya. Kerana ia hanya sebuah ‘digital coding’ yang tidak bernilai.

Banyak alat yang menggunakan ‘digital coding’ seperti kalkulator, jam digital, komputer, dan pelbagai alat elektronik yang kita gunakan seharian.

Konsep Beli Emas GAP

Dengan GAP, emas boleh dibeli serendah 1gram ataupun RM100 saja. Kita masih boleh beli emas besar seperti 5gram, 10gram, 100gram dan tanpa had (unlimited).

Emas yang kita beli akan disimpan dengan selamat dalam akaun secara percuma saja. Tiada yuran simpanan. Jika kita mahu simpan emas sendiri, boleh keluarkan emas fizikal dari akaun bila-bila masa saja.

Bajet

Emas boleh dikeluarkan dari akaun melalui 2 cara. Iaitu melalui di mana-mana 18 cawangan Public Gold atau melalui postage berinsuran GIT (Gold In transit).

Bagi cara GIT, hanya terhad bagi emas yang beratnya di bawah 21.25gram saja. Bagi emas yang melebihi berat 21.25gram, kita perlu ambil sendiri di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat.

Yang paling penting ialah harga emas betul-betul mengikuti pergerakan harga pasaran emas dunia. Maksudnya, harganya murah! Kita boleh bandingkan harga di tempat lain dulu kalau was-was.

Rekomendasi Untuk Anda: Akaun Emas GAP Public Gold

Bagi muslim, sudah tentu kita mementingkan syarikat yang mematuhi undang-undang shariah dan jual beli. Public Gold telah disahkan patuh shariah daripada penasihat shariah amanieadvisors.com.

Jika kita perlukan duit, boleh jual semula emas dalam akaun GAP secara online. Duit hasil jualan tersebut akan di bank-in ke dalam akaun bank kita. Senang jual emas semula. Dijamin beli balik!

Ingat! Bukan semua jenis emas mudah dijual. Sebab itu kita mesti pastikan supaya membeli emas yang bereputasi tinggi supaya ia mudah dijual semula.

FREE! Download Ebook Emas: Klik>OfficialWebsite

Perlu Bimbingan Menyimpan Emas?

FREE! Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
16 May 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments