Matawang Baru BRICS Diterima 41 Negara

Matawang baru negara BRICS mendapat sambutan hebat daripada 41 buah negara. China dan Rusia meyakinkan negara-negara membangun yang lain untuk menyertai usaha antarabangsa untuk menjatuhkan mata wang dolar.

Negara membangun di Asia dan Afrika sedang mencari alternatif untuk menggantikan dolar A.S (Amerika Syarikat) dengan mata wang negara masing-masing atau tender baru.

Sebanyak 41 negara berminat untuk menerima dan berdagang dengan mata wang BRICS sejak ia dilancarkan di peringkat antarabangsa.

matawang BRICS

China dan Rusia sedang meyakinkan negara-negara lain untuk membuang dolar dan menjadi sebahagian daripada new financial order. Termasuklah negara kaya dengan minyak Timur Tengah.

Negara-negara yang menunjukkan minat untuk menyertai pakatan BRICS ialah Afghanistan, Algeria, Argentina, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Mesir, Iran, Kazakhstan, Mexico, Nicaragua, Nigeria, Pakistan, Arab Saudi, Senegal, Sudan, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Tunisia, Turki, Uruguay, Venezuela, dan Zimbabwe.

Asia Tenggara Setuju Matawang BRICS

Pemimpin 10 negara-negara Asia Tenggara dan ASEAN (Persatuan Negara -Negara Asia) telah bersetuju untuk mempromosikan mata wang tempatan mereka untuk urus niaga rentas sempadan.

Ia bakal meraih keuntungan kerana negara-negara tersebut tidak lagi perlu menggunakan mata wang dolar yang tinggi berbanding mata wang mereka. Transaksi urusniaga antarabangsa akan jadi lebih adil.

matawang BRICS

10 negara-negara tersebut termasuklah Malaysia, Brunei, Indonesia, Cambodia, Thailand, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura dan Vietnam.

Langkah ini bakal menamatkan kebergantungan mereka pada dolar A.S dan meningkatkan nilai matawang tempatan.

Matlamat asasnya adalah untuk mengukuhkan aktiviti pembayaran dua hala. Perdagangan menggunakan mata wang tempatan akan menjadi lebih pantas, lebih murah dan mudah mendapatkan tawaran perniagaan berbanding menggunakan dolar.

Kesan Terhadap Harga Emas

Pelaksaaan mata wang BRICS dijangka akan melemahkan pengaruh dolar di peringkat antarabangsa. Berkemungkinan nilai dolar akan runtuh sangat tinggi.

Dolar masih sentiasa menjadi kayu ukur bagi harga emas sejak tahun 1971 lagi. Dolar sentiasa berkadar songsang dengan harga emas semasa.

Bermaksud jika nilai dolar meningkat maka harga emas akan turun. Dan jika nilai dolar jatuh maka harga emas akan naik meningkat.

Rekomendasi Untuk Anda: Dunia Buang Dolar, Impak Besar Pada Emas

Keruntuhan dolar bakal memberikan berita baik buat pelabur emas. Kenaikan harga emas boleh jadi tinggi tanpa had. Akibat keruntuhan nilai dolar.

Disebabkan penubuhan banyak mata wang baru, ia akan menjadikan wang kertas bukanlah penyimpan nilai terbaik. Wang kertas boleh jadi sangat cair (volatile).

Wang kertas sangat sesuai dijadikan alat transaksi perniagaan atau untuk beli barang. Tapi ia gagal sebagai penyimpan nilai. Atau tidak sesuai dijadikan simpanan jangka masa panjang.

Sebab mata wang baru sentiasa muncul apabila mata wang lama tidak diterima akibat mengalami inflasi yang tinggi dan tidak terkawal. Sebagaimana yang berlaku pada dolar.

Rekomendasi Untuk Anda: Ramalan Harga Emas 5 Tahun Akan Datang

Zaman moden sekarang, simpanan aset fizikal lebih terjamin berbanding wang kertas. Aset yang kukuh nilainya seperti emas dan perak atau hartanah.

Simpan duit di bank dengan banyak tidak menambah kekayaan kerana inflasi mata wang. Nilainya sentiasa susut dalam jangka masa panjang.

Dalam masa yang sama, harga emas pula meningkat dalam jangka masa panjang selari dengan kejatuhan nilai mata wang. Malah nilainya juga stabil, di mana emas tidak pernah jatuh sehingga 50% dalam sejarah.

Perlu Bimbingan Simpan Emas?

FREE! Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat walau sedikit. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
23 May 2023              

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments