Flight Guangzhou ‘Depressurisation’ Terbongkar!

Flight Guangzhou dikatakan ‘depressurisation’ sehinggakan Ahli Majlis Bandaraya PJ mahu saman airline. Disebabkan videonya viral, jadi saya tolong jelaskan dari sudut teknikal pesawat saja. Sekadar berkongsi ilmu kejuruteraan pesawat.

flight AirAsia

Bagaimana Cara Tahu Kabin Betul-Betul Mengalami Depressurisation?

Senang ja! Apabila topeng oksigen jatuh dari panel bahagian atas tempat duduk penumpang dalam kabin.

Panel atas tersebut terdapat reading light, no smoking sign, aircond blower. Panel itu dipanggil PSU (Passenger Service Unit).

Topeng oksigen akan jatuh dari PSU secara automatik sekiranya berlaku depressurisation dalam kabin. Iaitu apabila cabin altitude melebihi 14,000 ft (14,000 kaki tinggi).

Adakah Depressurisation Berbahaya?

Ya betul! Ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas kerana ketumpatan oksigen yang rendah pada paras ketinggian melebihi 18,000 ft.

Kekurangan oksigen boleh menyebabkan hypoxia. Yang menjurus kepada sakit kepala, kesukaran berfikir, pengsan atau kematian.

Semakin tinggi altitud pesawat, semakin rendah tekanan udara. Maka, ketumpatan molekul oksigen juga rendah. Kesannya, kesukaran bernafas.

oleh sebab itu, kita mesti pakai topeng oksigen ketika depressurisation berlaku dalam kabin. Penting! Beri perhatian kepada pramugari semasa demo keselamatan.

hovering over the sky for a good two-and-a-half-hours” to burn fuel as safety procedure prior to landing.”

Brian Ng

Adakah Berbahaya Apabila Pesawat Berlegar Selama 2 Setengah Jam Sebelum Mendarat Ketika Depressurisation In-Flight?

Sudah tentu tidak! Sebab kekurangan oksigen hanya berlaku apabila pesawat terbang pada ketinggian melebihi 18,000ft. Di bawah paras 18,000 ft, oksigen mencukupi untuk bernafas seperti biasa.

Ketika pesawat berlegar untuk mendarat, altitud pesawat hanya sekitar 3,000 ft saja. Ketumpatan oksigen pada altitud ini mencukupi bagi manusia untuk bernafas dengan selesa.

Pesawat perlu berlegar di ruang udara untuk mengurangkan kuantiti minyak dalam tangki sehingga mencapai berat mendarat (landing weight) yang selamat.

Jika terlalu berat, pesawat berpotensi terhempas ketika mendarat. Perlu mengambil kira beban ditanggung oleh tayar dan landing gear assembly semasa pendaratan.

Ingat! Kesukaran bernafas hanya berlaku pada ketinggian pesawat melebihi 18,000 ft.

Pernahkah anda melihat pendaki gunung Kinabalu membawa botol oksigen semasa mendaki? Padahal ketinggian puncak gunung Kinabalu sekitar 13,435ft.

Pada ketinggian itu, pendaki masih boleh bernafas seperti biasa tanpa memerlukan topeng dan botol oksigen. Pesawat berlegar hanya sekitar 3,000ft saja. Maksudnya, situasi itu sangat selamat!

“Back to our flight issue, we were told that this (cabin pressure issue) has happened before and this is how they handled the issue. They won’t even spare a different plane to fly us to our destination or at least on a different flight from other airlines as requested by the passengers.”

Brian Ng
flight Guangzhou Airasia

Jika Berlaku Cabin Depressurisation In-Flight, Adakah Perlu Tukar Pesawat Lain?

Tidak perlu! Sebab sistemnya sangat simple! Pack (pneumatic air condition kit) menyalurkan “conditioned air” untuk memberi tekanan dan udara sejuk ke dalam kabin.

Outflow valve mengawal tekanan udara dalam kabin. Supaya tekanan dalam kabin sentiasa dihadkan pada 8,000 ft (cabin altitude) dan DELTA-P pada 8.06 PSI.

flight Guangzhou Airasia

Safety valve mengelakkan berlakunya excessive positive dan negative DELTA-P pada bahagian fuselage pesawat. Juga sebagai backup kepada outflow valve jika ia tidak berfungsi.

Outflow valve dikawal secara automatik oleh 2 komputer CPC (Cabin pressure controller). CPC 1 di backup oleh CPC 2. Masing-masing beroperasi secara berasingan.

Rekomendasi Untuk Anda: SSPN Dihentikan Pelepasan Cukai, Solusi

Setiap komponen di atas mempunyai sistem ‘backup’. Maksudnya, jika Pack 1 tidak berfungsi, maka Pack 2 akan beroperasi. Jika keduanya tidak berfungsi, jurutera tidak akan ‘release‘ pesawat tersebut.

Outflow valve mempunyai 3 elektrik motor. Jika motor no.1 beroperasi, motor no.2 dan no.3 berada dalam keadaan ‘Hot Stanby‘ sebagai backup. Komputernya CPC 1 backup by CPC 2.

flight Guangzhou Airasia

Motor No.3 dikawal oleh komputer berasingan iaitu RPCU (Residual pressure control unit). Begitu juga poppet-type safety valve ada 2 unit. Yang beroperasi secara berasingan.

Masalah teknikal lain, mungkin berlaku dari sudut indikasi komputer atau false warning. Masalah itu boleh diselesaikan dengan hanya simple computer reset.

Follow Facebook: Ekram Marfuadi

Ibaratnya seperti kita sedang menonton movie di laptop. Tiba-tiba movie laging. Kita hanya perlu tekan butang restart atau reboot. Tidak perlu tukar komputer baru gara-gara lag.

Kalau kurang ilmu, tidak salah bertanya. Video viral tidak semestinya wajib percaya.

“Kurang budi teraba-raba, kurang ilmu suluh padam.”

Pepatah Melayu

SHARE sebarkan manfaat ilmu walaupun sedikit. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kejuruteraan Pesawat
30 May 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments