Pajak Gadai Ar-Rahnu Diserang Susulan Harga Emas Menjulang

Pajak gadai barang kemas khususnya Ar-Rahnu dilaporkan meningkat jumlah pelanggannya secara mendadak susulan kenaikan harga emas.

Disebabkan kenaikan harga emas yang tinggi mendadak, orang ramai mengambil kesempatan untuk memajak gadai barang kemas mereka bagi menampung kos menghadapi perayaan Aidilfitri.

Dipercayai orang ramai mengalami kesesakan kewangan akibat inflasi yang meningkatkan harga barangan. Ini merupakan di antara punca jumlah orang yang memajak gadai emas meningkat sebanyak 30%.

Orang ramai lebih gemar memilih pajak gadai atau Ar-Rahnu sebab barang kemas boleh ditukarkan kepada wang tunai dengan segera.

Berbanding kedai emas yang hanya boleh menukar barang kemas kepada barang kemas yang lain. Kedai emas tidak boleh menukarkan barang kemas kepada wang tunai seperti Ar-Rahnu.

Emas telah menjadi alternatif kewangan yang popular ketika kesesakan kewangan. Berbanding daripada meminjam duit atau pinjaman peribadi bank yang mengenakan interest rate tinggi.

Syarikat Public Gold juga telah mendapat sambutan tinggi sebagai alternatif menjual semula emas atau barang kemas selain pajak gadai Ar-Rahnu.

Sejak kenaikan harga emas dan silver, Public Gold aktif membeli semua jenis emas termasuk barang kemas, dinar, goldbar termasuk silver yang dijual semula (Buyback) oleh orang ramai.

Menurut pakar pasaran komoditi, kenaikan harga emas dan silver yang mendadak didorong oleh 5 faktor utama sungguhpun kekuatan dolar meningkat.

Faktor pertama disebabkan potongan kadar faedah US Fed (Federal Reserve Amerika Syarikat). Kedua, peningkatan risiko geo-politik di Timur Tengah yang berlanjutan.

Faktor ketiga disebabkan negara China membeli emas dan silver secara besar-besaran dan aggresif dalam tempoh beberapa minggu lepas. Emas dan silver telah di lihat sebagai aset safe haven.

Faktor ke-empat, pembelian emas secara besar-besaran oleh bank pusat bagi menghadapi ketidak-tentuan ekonomi menjelang pilihanraya bagi negara-negara besar.

Faktor yang kelima, disebabkan kelemahan dan kejatuhan nilai ringgit. Apabila kuasa beli ringgit semakin lemah, maka harga emas semakin meningkat.

Malang bagi penyimpan wang di bank dan berita gembira bagi penyimpan emas. Di mana nilai ringgit semakin menjunam manakala harga emas semakin meningkat tinggi dari semasa ke semasa.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

Klik>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
9 April 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments