Rekod Tertinggi Harga Emas. Jual Atau Tetap Simpan?

Rekod tertinggi harga emas telah dicatatkan atas sebab beberapa faktor tertentu. Antara faktor utama apabila Federal Reserve (Amerika Syarikat) dijangka meningkatkan pemotongan kadar faedah.

Setakat April 2024, harga emas melonjak ke paras US$2,263.90 bagi setiap ouns troy daripada US$2,258.30 bagi setiap auns troy pada Jumaat lalu.

Berdasarkan harga emas semasa Public Gold Malaysia, rekod harga tertinggi dicatatkan RM373 bagi setiap gram emas. Berbanding bulan lepas yang dicatatkan sekitar RM256 bagi satu gram. Peningkatan ketara dalam masa sebulan saja.

Berita gembira buat penyimpan atau pelabur emas untuk menjana keuntungan pelaburan. Adakah ini masa yang terbaik untuk menjualnya atau tetap simpan?

rekod harga emas

Adakah Benar-Benar Sudah Untung?

Perkara yang penting untuk mengetahui adakah kita sudah benar-benar untung dengan melihat beza harga beli (Buy) dan harga jual semula (Buyback).

Pastikan harga Buyback jauh lebih tinggi daripada harga kita beli emas tersebut. Barulah kita mampu menikmati margin keuntungan pelaburan yang berbaloi.

Katakan anda membeli emas 100gram dengan harga RM1,500 suatu ketika dulu. Apabila harga emas naik ke paras RM3,730, maka anda boleh menjualnya bagi meraih keuntungan lebih 50%.

Jangan menjual emas ketika harga emas turun lebih rendah daripada harga kita beli. Sudah tentu ia merugikan.

Adakah Kita Terdesak Perlu Duit?

Jika terdapat keperluan yang terdesak perlu pakai duit, maka jual saja simpanan emas kita sebagai dana darurat. Simpanan emas juga boleh bertindak sebagai tabung kecemasan.

Katakan, kita terdesak perlu duit segera sebab kereta rosak. Jual saja sebahagian simpanan emas bagi menampung kos membaik-pulih.

Atau tiba-tiba perlu duit bagi menjalani rawatan kesihatan. Atau smartphone rosak terjatuh ke dalam air sehingga terganggu urusan seharian. Dan sebagainya, situasi yang tidak dijangka berlaku dan perlu duit.

Adakah Sudah Mencapai Matlamat Kewangan?

Setiap pelabur atau penyimpan emas pasti mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Barulah pelaburan kita berkembang dengan cepat.

Contoh matlamat kewangan seperti, mahu menunaikan umrah/haji, membeli rumah idaman, membayar kos pendidikan universiti anak-anak, dana perkahwinan, dana pencen, modal bisnes, dan sebagainya.

Apabila simpanan emas sudah mencukupi, maka jual saja emas tersebut bagi mencapai matlamat kewangan anda yang telah anda impikan selama ini.

Jika anda belum mengalami situasi di atas, adalah sebaik-baiknya teruskan membeli emas. Teruskan menambah gram dalam tabung emas.

Tujuan utama menabung emas adalah bagi mengembangkan kekayaan. Jadikan emas sebagai pelindung kekayaan dalam kewangan kita dan sekeluarga.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah Khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
2 April 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments