Dulu pada tahun 2000, harga emas dicatatkan sekitar RM30 saja bagi segram. Hari ini, harga emas semakin mahal sehingga mencecah RM356 segram.
Orang dulu-dulu juga sering bercerita bahawa harga emas zaman dulu murah saja. Tidak hairanlah jika orang dulu-dulu mampu beli gelang atau rantai emas yang tebal-tebal.
Zaman sekarang, gelang atau rantai emas yang dijual di kedai bersaiz nipis-nipis saja. Tetapi harganya mencecah ribuan ringgit.
Namun, bagi orang dulu-dulu, emas masih dianggap sebagai “barang mahal“. Sungguhpun harganya hanya sekitar RM30 segram saja ketika itu.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ketika membeli goldbar pertama yang berharga RM140 segram. Ketika itu, saya rasakan telah terlewat untuk beli emas sebab harganya sudah mahal.
Sehingga hari ini, harga goldbar tersebut naik sekitar 2 kali ganda mencecah RM356 segram. Lagi mahal! Padahal, suatu ketika dulu, saya rasakan harga emas RM140 segram adalah mahal.
Apabila harga emas cecah RM356 segram hari ini, saya rasakan harga emas RM140 segram dahulu sangat murah. Dan rasa menyesal, sebab ketika itu tidak beli banyak-banyak. Sedangkan harganya masih rendah.
Justeru, tiada zaman yang orang menganggap harga emas murah. Emas sentiasa dianggap mahal setiap zaman. Persoalannya, seberapa mahal?
Oleh sebab itu, emas dijadikan salah satu intrumen pelaburan jangka panjang. Sebab, harga emas tetap akan meningkat dan semakin mahal seiring waktu.
Emas juga pernah menjadi matawang di zaman Rasulullah. Iaitu, sejak 1,500 tahun yang lalu. Belum pernah kita dengar harga emas jadi “kosong”.
Berbanding dengan duit kertas yang kita gunakan sekarang, seperti ringgit. Nilainya sentiasa jatuh dihakis inflasi setiap tahun.
Dicatatkan banyak matawang di dunia yang nilainya jatuh jadi “kosong” atau hilang nilai. Seperti matawang kerajaan Weimar, Jerman yang hanya dijadikan kertas bagi menyalakan api. Sebab, hilang nilai!
Rekomendasi Untuk Anda: 3 Kelebihan Menabung Emas Berbanding Menabung Duit Di Bank
Ia tidak berlaku pada emas. Harga emas sememangnya ada turun naiknya. Tetapi, harga emas tidak pernah turun sampai negatif.
Sedangkan harga minyak mentah dunia pernah jatuh sehingga ke paras negatif ketika pandemik Covid-19 tempoh hari. Dalam masa yang sama, harga emas melambung tinggi.
Situasi itu menunjukkan emas merupakan intrumen kewangan yang stabil dan kebal daripada krisis atau malapetaka kewangan dunia.
Simpanlah sebahagian daripada duit simpanan kita kepada emas. Demi masa depan kewangan keluarga kita yang lebih stabil dan lebih cerah. Insha-allah~
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
19 Mac 2024