10 matawang terendah bagi negara-negara di dunia. Nilai matawang bagi setiap negara bergantung pada prestasi kerajaan menguruskan kewangan dan ekonomi.
Nilai matawang merupakan penunjuk utama bagi kesihatan ekonomi sesebuah negara. Ia memberi gambaran tentang masa depan ekonomi negara.
Dengan mengetahui prestasi turun naik nilai matawang, maka kita boleh jangka masa depan ekonomi yang bagaimana bakal berlaku.
Sebagaimana yang diketahui ramai, Dolar AS (Amerika Syarikat) merupakan matawang terkuat di seluruh dunia. Ia disebabkan matawang Dolar AS paling banyak didagangkan secara global.
Rekomendasi Untuk Anda: Ringgit Tewas 35% Berbanding Dolar Singapura
Dolar AS juga sering dijadikan penanda aras untuk membandingkan nilai matawang lain. Setiap nilai matawang di dunia lebih mudah dan selesa dibandingkan dengan Dolar AS.
Hakikatnya, Dolar AS bukanlah matawang terkuat di dunia. Matawang terkuat dan paling tinggi nilainya adalah Dinar Kuwait. Namun, Dolar AS masih di antara 180 wang fiat yang tertinggi di dunia.
Wang fiat adalah wang yang tidak disandarkan dengan komoditi fizikal seperti emas dan perak. Oleh sebab itu terdapat perbezaan nilai di antara satu matawang dan matawang yang lain.
Jika matawang bersandarkan nilai emas atau perak, nilai setiap matawang yang ada di dunia pasti sama dan seragam. Sungguhpun kita ke Eropah, nilai matawang kita sama dengan mereka.
10 Matawang Paling Lemah 2023
Berikut merupakan 10 matawang paling lemah di dunia pada tahun 2023:
- 10 – Uganda Shilling (UGX), 1 USD=3,870.23 UGX
- 9 – Riel Kemboja (KHR), 1 USD=4,076.09 KHR
- 8 – Guarani Paraguay (PYG), 1 USD=7,292.99 PYG
- 7 – Franc Guinea (GNF), 1 USD=8,590.52 GNF
- 6 – Som Uzbekistani (UZS), 1 USD=10,812.5 UZS
- 5 – Sierra Leonean Leone (SLL), 1 USD=11,330 SLL
- 4 – Kip Laotian (LAK), 1 USD=20,870 LAK
- 3 – Rupiah Indonesia (IDR), 1 USD=15,655.6 IDR
- 2 – Dong Vietnam (VND), 1 USD=24,530.86 VND
- 1 – Rial Iran (IRR), 1 USD=42,105 IRR
Kestabilan politik dan dasar fiskal adalah sangat penting bagi menstabilkan nilai matawang sesebuah negara. Prestasi matawang bergantung pada pentadbiran ekonomi kerajaan.
Rekomendasi Untuk Anda: Ringgit Menjunam Paras Terendah. Lindungi Duit Dengan Emas
Pentadbiran ekonomi yang stabil menarik pelaburan antarabangsa. Pelaburan itu bukan saja meningkatkan modal asing, malah meningkatkan nilai matawang tempatan.
Kedudukan Ringgit Di Dunia
Sejak skandal 1MDB dan dikeruhkan lagi dengan pandemik Covid-19, nilai Ringgit semakin merosot dan mencatatkan rekod terendah sejak tahun 1998.
Namun, Ringgit masih berada di tangga ke-20 dalam senarai 50 Matawang Tertinggi Di Dunia bagi tahun 2023.
Hutang kerajaan juga dirujuk sebagai hutang awam. Apa sebabnya? Hutang kerajaan adalah liabiliti awam. Ia telah dirampas oleh kerajaan.
Jika negara berhutang, kemungkinan untuk menerima dana tambahan adalah minimum. ia bakal menyebabkan inflasi. Pelabur asing tidak akan melabur ke atas matawang inflasi tinggi.
Apabila kadar inflasi negara rendah, maka nilai matawang akan meningkat tinggi. Manakala, apabila kadar inflasi tinggi, nilai matawang akan terus jatuh menurun.
20 Matawang Tertinggi Dunia 2023
- 20 – Ringgit Malaysia (RM), 4.67/USD
- 19 – New Leu Romania (RON), 4.62/USD
- 18 – Zloty Polish (PLN), 4.32/USD
- 17 – Shekel Israel (ILS), 3.80/USD
- 16 – Riyal Arab Saudi (SAR), 3.75/USD
- 15 – Dirham Emirati (AED), 3.67/USD
- 14 – Riyal Qatari (QAR), 3.64/USD
- 13 – Lev Bulgaria (BGN), 1.82/USD
- 12 – Dollar New Zealand (NZD), 1.70/USD
- 11 – Dollar Australia (AUD), 1.56/USD
- 10 – Dollar Singapura (SGD), 1.36/USD
- 9 – Dollar Brunei (BND), 1.36/USD
- 8 – Dollar Canadian (CAD), 1.36/USD
- 7 – Dollar Amerika Syarikat (USD), 1.00/USD
- 6 – Euro (EUR), 0.93/USD
- 5 – Franc Swiss (CHF), 0.89/USD
- 4 – Pound British (GBP), 0.80/USD
- 3 – Rial Omani (OMR), 0.39/USD
- 2 – Dinar Bahrain (BHD), 0.38/USD
- 1 – Dinar Kuwait (KWD), 0.31/USD
Ringgit dilaporkan sebagai The 20th Most Valuable Currency In The World. Nilai ringgit tidak bersandarkan nilai matawang asing dan ditentukan oleh kuasa pasaran.
SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~
Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
20 Februari 2024