Ringgit Tewas 35% Berbanding Dolar Singapura

Ringgit tewas teruk berbanding Dolar Singapura. Ini merupakan rekod terburuk dalam tempoh 7 tahun yang lalu.

Pada tahun 2014, jika dibandingkan kadar nilai matawang Dolar Singapura (SGD dengan Ringgit Malaysia (RM) sekitar RM2.59 bagi sedolar.

Malangnya, hari ini nilai ringgit semakin jatuh kepada RM3.50 bagi sedolar. Bermaksud kejatuhan nilai Ringgit sekitar 35%. Ringgit tewas sejak 7 tahun yang lalu!

Menyedihkan bagi orang Malaysia sebab nilai matawang semakin lemah. Bermaksud, kuasa beli duit kita semakin kecil dan harga barang import akan jadi lebih mahal.

ringgit tewas

Kelebihan bagi orang Singapura, kuasa beli mereka meningkat apabila mereka melancong ke Malaysia. Kos melancong ke Malaysia akan jadi lebih murah.

Ibaratnya seperti, apabila matawang Indonesia Rupiah semakin lemah berbanding Ringgit. Maka, kita mempunyai kelebihan ketika melancong ke negara Indonesia.

Namun, kita hanya merasai kelebihan itu apabila melancong ke negara Indonesia. Jika tidak melancong, maka kelebihan tersebut tidak akan dirasai.

Begitu juga situasinya apabila matawang Ringgit lemah berbanding matawang Singapura. Tiada kelebihan bagi orang Singapura kecuali jika mereka melancong ke Malaysia.

Justeru, bukan bermaksud kita hanya perlu membiarkan nilai duit kita jatuh begitu saja. Membiarkannya tanpa tindakan merupakan kerugian yang sangat besar!

Penat lelah bekerja setiap hari siang dan malam bertahun-tahun lamanya untuk mengumpul duit, Akhirnya, duit simpanan hasil titik peluh bekerja jatuh nilainya akibat kelemahan ringgit.

Kejatuhan ringgit tersebut bukanlah salah kita. Akan tetapi berpunca daripada kelemahan pihak lain iaitu kerajaan yang memerintah.

Setakat membiarkan duit simpanan di bank tidak akan menambah kekayaan. Malah, bakal memiskinkan anda dalam jangka masa panjang.

Semakin banyak kuantiti atau bilangan duit dalam bank bukan bermaksud semakin kaya jika nilai matawang semakin menurun.

Contohnya, di Indonesia minuman mesti cuba iaitu Teh Botol berharga sekitar 3,000 Rupiah. Kadar pertukaran matawang memanglah hanya sekitar RM1.

Cuba bayangkan jika kita membayar RM3,000 hanya untuk membeli minuman Teh Botol. Sebulan gaji dihabiskan hanya cukup untuk membeli sebotol minuman saja.

Mungkin anda katakan tidak masuk akal. Namun, sejarah menunjukkan bahawa nilai matawang Ringgit (Malaysia) dan Rupiah (Indonesia) suatu ketika dulu hampir sama nilai.

Membuktikan nombor pada matawang tidak melambangkan kekayaan. Seberapa banyak duit yang kita simpan bukanlah menentukan nilai kekayaan.

Nilai kekayaan kita bergantung pada kerajaan yang memerintah. Nilai duit yang kita simpan bergantung pada prestasi ekonomi yang dijana oleh kerajaan. Kekayaan kita dikawal kerajaan!

Oleh sebab itu, pakar-pakar kewangan dunia menyarankan untuk menabung emas dan perak fizikal sebagai simpanan kekayaan.

Berita baik! Harga emas telah meningkat sebanyak 80% sejak 5 tahun yang lalu. Penyimpan emas tersenyum kerana kekayaan mereka meningkat sebanyak 80% dalam tempoh 5 tahun saja. Lebih tinggi daripada ASB.

Sedangkan penyimpan duit kecewa, kerana nilai Ringgit jatuh sekitar 35% berbanding Dolar Singapura. Tukarkanlah simpanan duit kepada simpanan emas. Selesai masalah! Insha-allah.

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
9 Januari 2024

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments