3 Langkah Bijak Pelaburan Emas, Anda Mesti Buat Tahun 2024

3 langkah bijak yang kita boleh buat dalam pelaburan emas pada tahun 2024. Bertujuan bagi memaksimakan pelaburan dan keuntungan masa depan kewangan yang lebih baik.

Sebagaimana yang anda tahu, pelaburan emas merupakan pelaburan yang berisiko paling rendah. Sebab harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Walaupun dalam jangka masa pendek, harga emas mengalami turun naik. Namun, dalam jangka masa setahun ke atas, harga emas sentiasa mencatatkan kenaikan lebih tinggi berbanding dividen ASB.

3 langkah pelabur emas

Selain keuntungan daripada kenaikan harga emas, fungsi pentingnya adalah bagi melindungi duit kita daripada kejatuhan nilai dan dihakis inflasi.

Atau dalam kata lain, pelaburan emas juga bertindak sebagai insuran kewangan yang paling berkesan. Tanpa pelan pelaburan yang rumit seperti yang ditawarkan dalam pelan insuran biasa oleh agen insuran.

Pelaburan emas telah menunjukkan peningkatan tertinggi sejak 11 tahun. Disebabkan kebolehannya melindungi nilai daripada inflasi dan sebagai diversifikasi. Ramai pelabur beralih kepada emas tahun lepas, menurut CBS news.

3 Langkah Bijak Mesti Anda Buat Tahun 2024

1-Mulakan Sekarang.

Manfaat emas sudah diketahui ramai dan tidak perlu dipersoalkan lagi. Emas sebagai aset kewangan telah wujud sejak 1,500 tahun yang lalu, iaitu sejak zaman Rasulullah lagi.

Apa yang anda perlu buat ialah mulakan sekarang! Pilih jenama emas yang bereputasi tinggi seperti Kijang Emas atau Public Gold. Kelebihan Public Gold, boleh beli emas serendah RM100 saja.

2-Ketahui Had Anda

Secara amnya, emas tidak menjana pendapatan bulanan. Oleh kerana nilai emas yang stabil dan kecenderungan nilainya meningkat ketika ekonomi merundum, maka emas dianggap sebagai perlindungan terhadap masalah ekonomi yang lebih besar.

Anda perlu faham bahawa pelaburan emas tidak menjana pendapatan bulanan. Namun, pelaburan emas tetap mampu mengembangkan harta kekayaan anda.

3-Labur Jumlah Yang Betul

Pelaburan emas bukanlah pelaburan jangka masa pendek. Sungguhpun harga emas semakin meningkat, namun ia merupakan pelaburan jangka masa panjang bagi tempoh 2 tahun ke atas.

Kebanyakan pakar mengesyorkan jumlah tertentu untuk dilaburkan kepada emas. Pakar matawang, Michael Maloney sarankan 50% daripada kekayaan kita ditukarkan kepada emas.

Robert Kiyosaki pula sarankan 30% daripada kekayaan kita ditukarkan kepada emas. Mentor wang, Azizi Ali pula sarankan 10% kekayaan ditukarkan dalam bentuk emas.

Penulis buku Wang Emas, Tuan Zulkifli Shafie, mengesyorkan 3 bulan gaji disimpan dalam bentuk duit kertas ke dalam bank. Dan selebihnya ditukarkan kepada simpanan emas fizikal.

Ini kerana emas merupakan aset yang sangat cair. Iaitu emas mudah dijual dan ditukarkan semula kepada duit kertas. Platform seperti Ar-Rahnu sangat memudahkan proses jual-beli dan pajak-gadai emas.

Mulakan Sekarang

Pelaburan emas merupakan pelaburan yang menguntungkan di zaman sekarang. Berpunca daripada ketidak-tentuan ekonomi global dan kelemahan nilai matawang di seluruh dunia.

Emas telah menjadi intrumen terbaik bagi melindungi duit dan aset kewangan daripada jatuh nilai. Dan emas berpotensi meningkat nilainya ketika kejatuhan nilai aset-aset lain.

Ketika pandemik Covid-19 tempoh hari, di kala seluruh aset-aset pelaburan di dunia sedang jatuh teruk termasuk minyak mentah. Hanya aset emas dan perak saja yang semakin naik mendadak.

Ketika krisis, pelabur emas dan perak bertambah kaya. Di kala pelabur aset-aset lain mengalami kerugian. tahun 2024 merupakan masa terbaik untuk bermula. Insha-allah.

Perlu Bimbingan Melabur Emas Bajet Rendah?

FREE! Join>Telegram channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
16 Januari 2024 

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments