Dividen ASB Naik 5.25% Tahun Ini. Adakah Masih Berbaloi?

Dividen ASB telah mencatatkan kenaikan sebanyak 5.25% tahun ini. Berbanding tahun lepas (2022) yang hanya berjumlah 4.60%. Ia berita gembira untuk pelabur-pelabur ASB (Amanah Saham Bumiputra).

Namun, adakah dividen 5.25% tersebut cukup menguntungkan dan menambah kekayaan kita ataupun sebaliknya?

Sukacita di ingatkan bahawa dividen ASB belum ditolak dengan zakat sebagaimana Tabung Haji. Dividen Tabung Haji biasanya sudah ditolak awal-awal sebelum diumumkan.

Bagi muslim, kita diwajibkan mengeluarkan zakat ASB dan tolak zakat sendiri. Dividen 5.25% tolak zakat, 2.5% bersamaan 2.75%.

Bermaksud, kadar keuntungan bersih bagi pelaburan ASB hanya berjumlah 2.75% saja. Selepas ditolak dengan kadar zakat ASB 2.5% setahun.

Dari sudut jumlah atau bilangan, duit kita dalam akaun ASB bertambah sebanyak 2.75% tahun ini. Jika dalam simpanan ASB berjumlah RM10,000, ia bertambah sebanyak RM275 saja tahun ini. Berbaloi?

Perlu diketahui bahawa nilai matawang ringgit telah mengalami kejatuhan juga susut nilai akibat inflasi. Apa gunanya bilangan duit bertambah jika nilai ringgit jatuh. Ia sama sekali tidak akan menambah kekayaan kita.

Jika kejatuhan nilai ringgit dan kadar inflasi matawang tahun ini berjumlah 9%, maka dividen ASB 5.25% sangat tidak menguntungkan. Malah kekayaan kita semakin merosot.

Dari sudut nilai, formulanya ialah dividen ditolak dengan kadar kejatuhan nilai dan inflasi. Maka, dividen ASB 5.25% ditolak dengan 9% (kejatuhan nilai ringgit) bersamaan negatif (-ve)3.75%.

Hasil negatif menunjukkan kita sedang mengalami kerugian dalam pelaburan ASB, jika kita mengambil kira faktor kejatuhan nilai dan kadar inflasi ringgit dalam setahun.

Pengiraan ini mungkin tidak pernah diajar oleh penasihat kewangan kepada kita. Pihak bank juga tidak pernah ajar saya mengira keuntungan pelaburan yang sebenar.

Saya hanya belajar dengan membaca buku-buku pelaburan yang dipercayai. Rupa-rupanya ada formula ‘return‘ dan ‘real return‘. Real Return bermaksud dividen sudah ditolak dengan susut nilai matawang semasa.

dividen asb

Apa Yang Kita Perlu Buat?

Janganlah bersedih. Dividen masih berbaloi jika kita laburkan semula kepada aset yang lebih kukuh seperti emas fizikal.

Ini kerana emas fizikal tidak mangalami inflasi seperti wang kertas. Dilaporkan harga emas naik sekitar 20% tahun ini. Walaupun ditolak zakat emas 2.5%, kita masih untung 17.5%. Masih tinggi daripada ASB.

Walapun harga emas turun naik setiap hari, namun dalam setahun ia masih mengalami kenaikan sekitar 20%. Di mana ia merupakan kenaikan harga yang normal bagi pelaburan emas.

Katakan kita mempunyai emas bernilai RM10,000, dengan kenaikan harga emas sebanyak 20%, maka kita meraih keuntungan sebanyak RM1,750. Lebih tinggi daripada ASB yang hanya RM275 (Kiraan di atas).

“Dulu ubi sekarang beras, dulu ASB sekarang emas.”

Mentor Wang Azizi Ali

Perlu Bimbingan Melabur Emas Bajet Rendah?

FREE!>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
26 Disember 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments