Muslim Disaran Kembali Pada Emas, Nasihat Presiden Putin

Muslim di seluruh pelosok dunia digesa, supaya menyimpan dan menggunakan emas dalam kewangan sebagaimana yang dinasihatkan oleh Putin (Presiden Russia).

Dalam ceramah Dr. Mat Rofa di Youtube, beliau berkata tindak balas Russia terhadap AS (Amerika Syarikat) mengajak seluruh umat Islam untuk kembali kepada emas.

Putin menjelaskan bahawa Dolar AS merupakan wang yang tidak ada sebarang komoditi yang disandarkan disebalik wang tersebut.

Ia hanya dijamin oleh kerajaan semata-mata. Tanpa ada sebarang komoditi atau aset sebagai sandaran nilai. Sekiranya, kerajaan AS jatuh, maka wang dolar AS akan hilang nilai.

Oleh sebab itu, Russia mengajak kita kembali pada emas. Dan kembali pada Dinar iaitu sistem matawang Islam berbentuk syiling emas yang digunakan semasa zaman Rasulullah S.A.W.

Kata Putin, kamu umat Islam membayar zakat dengan emas. Maka, zakat kamu ialah 2.5% zakat emas. Jika wang kamu disandarkan dengan komoditi pertanian, maka zakat kamu mengikut pertanian.

“Oleh sebab itu, kami menyeru kamu, mari kita kembali pada emas,” kata Putin. Kerana matawang AS akan menderita dan runtuh.

Ketika ini, matawang Russia iaitu Rubel telah di ikat dengan nilai emas. Bermaksud, matawang Russia disandarkan dengan komoditi emas.

Matawang yang kita gunakan sekarang merupakan wang kertas yang dikenali sebagai sistem wang fiat. Wang kertas dicetak oleh kerajaan tanpa sandaran apa-apa komoditi seperti emas dan perak.

Maka, jika kita simpan duit di bank belum tentu boleh menambah kekayaan. Kerana nilai duit kita bergantung pada kerajaan. Nilai ringgit bergantung pada prestasi kerajaan yang memerintah.

Jika nilai ringgit meningkat, maka kekayaan kita mungkin bertambah. Namun, jika nilai ringgit jatuh, maka kekayaan kita akan turut jatuh.

Jika kita lihat prestasi ringgit sejak tahun 1997. Di mana nilai ringgit ketika itu sekitar 1 USD bersamaan dengan RM2.50. Hari ini di tahun 2023, nilai ringgit jatuh sekitar 1 USD bersamaan RM4.68. Kejatuhan nilai hampir 50%.

Kebanyakan negara-negara Islam telah berubah arah menghala ke Russia. Negara kuat seperti Mesir, Arab Saudi, Pakistan kini telah mula menyokong matawang emas.

Bagaimana pula muslim di Malaysia dan Indonesia? Berapa banyak emas yang kita sudah simpan sebagai persediaan di masa depan?

Perlu Bimbingan Menabung Emas Bajet Rendah?

FREE! Join>Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
19 Disember 2023     

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments