Quran, Ayat Tentang Matawang Dinar Dirham

Quran merupakan kitab rujukan yang penting bagi muslim. Sepatutnya kitab ini dihormati, dijaga, dipelajari, dan difahami. Ia bukan sekadar simbol malah merupakan ilmu tentang dunia dan akhirat.

Namun, segelintir pihak barat menggunakan Quran bagi menimbulkan provokasi demi menjayakan agenda politik mereka dengan membakar kitab suci orang Islam.

Mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian tersebut. Semoga ia mencetus kesedaran kepada umat muslim supaya lebih kenal dan lebih menghargai serta mendalami kitab kalamullah.

Dinar Dirham Dalam Quran

Al-Quran dan hadis tidak menggunakan perkataan wang atau matawang iaitu al-naqd atau al-nuqud secara lafaz bagi dalam mewakili maksud wang atau duit.

Ini kerana orang Arab umumnya tidak menggunakan nuqud untuk menunjukkan harga. Mereka menggunakan perkataan dinar dan al-‘ain bagi emas. Dan perkataan dirham dan wariq bagi matawang perak.

quran

Perkataan dinar, dirham, wariq ada disebut sekali dalam al-Quran. Perkataan emas disebut sebanyak 8 kali dan perkataan perak disebut 6 kali.

“Dan di antara ahli kitab, ada orang yang jika kamu amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta (Qintar) 10 sekalipun, ia akan mengembalikan (dengan sempurna) kepadamu. Dan ada pula di antara mereka yang jika kamu amanahkan menyimpan sedinarpun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihkannya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah s.w.t sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta

Al-Imran 3:75

Perkataan al-Qintar ditafsirkan oleh ulama-ulama tafsir dengan beberapa pengertian. Pendapat Mujahid yang mengatakan qintar bersamaan 70,000 dinar. Manakala, Talhah dan Ata’ berpendapat qintar adalah 7,000 dinar.

BACA Rekomendasi: Kisah Dinar Dirham, Matawang Islam Bangkit

Perkataan emas disebut 8 kali iaitu dalam surah al-Imran 3:14, al-Imran 3:91, al-Tawbah 9:34, al-Kahf 18:31, al-Hajj 22:23, al-Fatir 35:33, al-Zukhruf 43:53, dan al-Zukhruf 43:71.

Perkataan perak disebut 6 kali iaitu dalam surah al-Tawbah 9:34, al-Zukhruf 43:33, al-Insan 76:15, 16, dan 21.

Rujukan: Tafsir Pimpinan al-Quran kepada pengertian al-Quran edisi ke-8, Abu Ja’afar al-Nuhhas, Ma`ani al-Quran al-Karim, Jami’ah Umm al-Qura, Mekah, 1409, jilid 1, hlm. 424.

Wang Kertas Bersandar Emas

Jika kita meneliti sejarah kewujudan wang kertas, Bretton Woods 1971. Pada mulanya, wang kertas dicetak bersandarkan nilai emas. Iaitu 1oz emas bersamaan dengan 35 dolar Amerika.

Namun, Presiden Nixon (Amerika Syarikat) telah memutuskan hubungan matawang dan emas bagi tujuan manipulasi. Maka, sejak itu matawang tidak lagi bersandarkan nilai emas.

BACA Rekomendasi: Insuran Kekayaan Sebenar, Konspirasi Wang Kertas

Sejak itu, duit kertas dicetak sewenang-wenangnya tanpa sandaran nilai emas lalu menyebabkan inflasi sehingga hari ini. Duit yang kita simpan hari ini hilang nilainya. Semakin hari semakin susut nilainya dihakis inflasi.

Persoalannya, adakah duit kertas yang dicetak tanpa sandaran nilai emas merupakan sistem matawang yang halal? Hal ini perlu merujuk ulama-ulama yang arif tentang muamalat Islam.

Emas & Perak, Alat Penyimpan Nilai

Sejak tamadun awal manusia lagi, emas dan perak sudah diiktiraf sebagai barang yang sangat bernilai. Allah Taala menegaskan perkara ini dalam surah at-Taubah yang bermaksud:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

At-Taubah ayat 34

Ayat ini menerangkan dengan jelas tentang larangan iktinaz emas dan perak. Ia memberi kefahaman kepada kita bahawa emas dan perak telah berperanan sebagai penyimpan nilai kekayaan.

al-Iktinaz bermaksud simpanan berlebihan. Menurut definisi syariah, iktinaz bermaksud menyimpan harta secara berlebihan sehingga tidak menunaikan tanggungjawab berzakat dan hukumnya dosa besar.

Dapatkan Info Emas Terkini Di Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
31 Januari 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments