Bank Negara Naikkan Kadar Faedah (Sebab)

Bank Negara sering kali kita dengar menaikkan kadar faedah sejak pandemik Covid-19 melanda tempoh hari. Berbanding dulu, jarang sekali kita dengar bank menaikkan kadar faedah.

Dalam keadaaan ekonomi negara yang stabil, jarang sekali kita dengar bank menaikkan kadar faedah. Adakah menaikkan kadar faedah mempunyai kaitan dengan pandemik Covid-19?

Bank Negara

Adakah menaikkan kadar faedah merupakan petanda malapetaka ekonomi? Betulkah ia bakal menaikkan harga barang? Apakah kesannya kepada kita, sebagai rakyat biasa? Kita mesti ambil tahu!

Kenapa Bank Negara Naikkan Kadar Faedah?

Menurut The Economist, apabila bank menaikkan kadar faedah, tujuannya untuk mengawal kadar kenaikan inflasi matawang. Jika kadar inflasi naik dengan cepat, maka harga barang akan naik dengan cepat.

Oleh itu, bank bertindak untuk menaikkan kadar faedah supaya kenaikan harga barang dapat diperlahankan. Hakikatnya, harga barang tetap akan naik akibat inflasi matawang. Cuma, ia lebih perlahan.

BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia

Biasanya, kebanyakan bank sentral di negara maju mensasarkan kadar inflasi serendah 2% setahun. Supaya ekonomi negara berjalan dengan stabil. Dan kenaikan harga barang perlahan supaya tidak berlaku pemberontakan rakyat.

Jika kadar inflasi matawang naik terlalu tinggi melebihi 2%, maka bank sentral bertindak menaikkan kadar faedah. Supaya kadar inflasi dapat direndahkan segera bagi mengelakkan berlakunya kegawatan ekonomi.

Kesan Kenaikan Kadar Faedah

Menurut The Economist, kenaikan kadar faedah yang tinggi akan menyebabkan loan rumah (Housing mortgage) menjadi mahal.

Ia akan menyebabkan setiap orang yang memiliki rumah merasa lebih miskin kerana mereka terpaksa kurangkan perbelanjaan harian untuk membayar kadar faedah loan rumah yang meningkat.

Apabila perbelanjaan kurang, maka ia akan membantu merendahkan kadar inflasi matawang.

Kesannya juga terhadap peniaga. Apabila kadar faedah tinggi, sukar bagi peniaga untuk mendapatkan pinjaman untuk membuat pelaburan dalam sektor peniagaan.

Ia akan menyebabkan kurangnya aktiviti ekonomi yang mengakibatkan peluang pekerjaan semakin berkurang. Juga menyebabkan gaji semakin rendah dan kadar kemiskinan bertambah.

Apa Patut Kita Buat?

Inflasi rendah tidak menjadi masalah. Ia akan membuatkan ekonomi stabil. Tetapi, jika inflasi kekal tinggi dalam tempoh yang lama akan mengakibatkan malapetaka ekonomi yang besar.

Inflasi tinggi menyebabkan harga barang naik dengan tinggi. Dengan menaikkan kadar faedah bank, kadar inflasi dan pergerakkan ekonomi mampu diperlahankan.

Tetapi masalahnya, menaikkan kadar faedah memakan masa 2 tahun untuk menampakkan hasilnya. Bank sentral sendiri tidak pasti sama ada menaikkan kadar faedah mampu menyelesaikan masalah inflasi tinggi pada 2 tahun akan datang.

Dalam tempoh 2 tahun, banyak perkara boleh berlaku seperti pandemik Covid-19, ketidak-stabilan politik, kejatuhan nilai matawang dan lain-lain. Di mana, kejadian tersebut memburukkan lagi ekonomi.

BACA Rekomendasi: Anwar Ibrahim, Tentang Masa Depan Ringgit

Bermaksud, jika bank menaikkan kadar faedah, ia adalah petanda malapetaka ekonomi sedang berlaku. Kita juga perlu bertindak menyelamatkan duit simpanan kita di bank kepada aset fizikal.

Inflasi tinggi akan menyebabkan kuasa beli duit kita semakin lemah. Lalu, harga barang semakin mahal dan kos sara hidup semakin tinggi di masa hadapan.

bank negara

Oleh sebab itu, duit simpanan kita perlu diversify kepada aset fizikal seperti emas, perak, dan hartanah. Tujuannya bagi melindungi duit kita daripada malapetaka ekonomi atau sebagai insuran kewangan.

FREE! Info emas terkini. Join Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
24 Januari 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Bank Negara Naikkan Kadar Faedah, Apa Sebabnya? […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Bank Negara Naikkan Kadar Faedah, Sebabnya? […]