Anwar Ibrahim, Tentang Masa Depan Ringgit

Anwar Ibrahim iaitu Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini berdialog di Leadership Forum yang bertempat di Auditorium Menara Bank Mega, Jakarta, Indonesia.

Beliau menyampaikan syarahan tentang pengalamannya di penjara dan perubahan politik Malaysia yang bakal mendorong hubungan strategik Malaysia-Indonesia dalam pelbagai sektor.

Setelah beliau selesai menyampaikan syarahannya sekitar lebih setengah jam, acara dilanjutkan dengan sesi soal jawab terbuka.

Soalan Dilempar Pada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Sesi soal jawab berlangsung sekitar lebih setengah jam. Di mana beliau dilontarkan pelbagai soalan daripada tokoh-tokoh hebat dari Indonesia yang berada di auditorium tersebut.

Anwar Ibrahim

Antara soalan yang menarik yang dilontarkan oleh Mantan Kepala BIN, Hendropriyono tentang kerjasama Indonesia dan Malaysia bagi menstabilkan matawang negara.

BACA Rekomendasi: Politik Tidak Stabil, Matawang Runtuh

Menurut bapa Hendropriyono, “Petrodolar nampaknya sudah semakin surut dan petroyuan mulai mengemuka, apakah ada konsep dari bapa Perdana Menteri, untuk menyatukan matawang Malaysia dan Indonesia untuk berjaga-jaga.”

Tambah beliau lagi, “Sampai sekarang kita sangat tergantung pada Dolar Amerika, kalau ini begitu shaky, mungkin matawang kita akan sama-sama melemah.”

Jawapan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, “Untuk China, saya setuju kita tidak boleh umpamanya hanya bergantung pada dolar. Ia mesti basket of currencies. Ada ketika pada tahun lewat 90-an, yen meningkat. Sekarang yuan.”

Anwar Ibrahim

Beliau menambah, “Kita mahu terus melepaskan dolar, itupun risiko juga. Bagi saya, kita perlu mengambil kira pandangan mereka (banker) sejauh mana dalam basket of currencies untuk kita gunakan yuan, yen, dolar, atau euro dan tidak bergantung sepenuhnya pada dolar.”

Menurut beliau lagi, “Ekonomi Amerika tidak segar-bugar seperti dulu. Itu satu kenyataan, realitasnya. China berkembang walupun ada beberapa tentangan dihadapi. Kita terutamanya Malaysia, sebagai negara kecil harus pastikan hubungan kita bersama Indonesia atau ASEAN itu kompak. Hubungan kita dengan barat dan China harus baik sebagai trading nation.”

Pengajaran

Antara pengajaran yang kita boleh ambil dan manfaatkan dalam kewangan kita ialah jangan bergantung sepenuhnya pada satu bakul sahaja. Kita mesti mempelbagai (diversify) aset-aset kita.

Jika kita mempunyai simpanan wang di bank, ASB, Tabung Haji, Saham, atau Public Mutual. Semua itu dikatakan aset-aset dalam satu bakul saja. Diversify belum berlaku!

Sebab semua aset-aset tersebut merupakan aset kewangan (financial asset). Semua aset kertas yang berada dalam sistem kewangan merupakan financial asset termasuk ASB, TH, saham, mutual fund dan lain-lain.

Kita dikatakan diversify, jika kita menukarkan sebahagian daripada aset kewangan kita kepada aset komoditi seperti emas/perak dan aset fizikal seperti hartanah. Barulah diversify berlaku!

BACA Rekomendasi: Merdeka Kewangan Dengan Emas, Merdeka!

Apabila kita telah mempunyai ASB, emas/perak dan hartanah. Maka kita telah berjaya mempelbagai (diversify) aset-aset kita kepada 3 bakul. Iaitu aset kewangan, aset komoditi, dan aset fizikal.

Diversify sangat penting bagi mengelakkan kebangkrapan. Ini kerana, aset kewangan sentiasa terdedah kepada risiko kemerosotan ekonomi, ketidak-stabilan politik, kelemahan dolar dan lain-lain.

Sebab itu, pakar-pakar kewangan menyarankan supaya sebahagian daripada duit kita disimpan dalam bentuk aset emas/perak ataupun hartanah. Sebagai pelindung daripada malapetaka ekonomi dunia.

FREE! Info Emas Terkini Join Telegram Channel

Klik>Join Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,SaBah
17 Januari 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Anwar Ibrahim, Tentang Masa Depan Ringgit […]

trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Anwar Ibrahim, Tentang Masa Depan Ringgit […]