Malaysia Buang Dolar, Impak Harga Emas

Malaysia telah mengumumkan rancangan untuk memutuskan hubungan ringgit dengan dolar Amerika Syarikat (AS). Dan bercadang untuk menubuhkan Asian Monetary Fund bagi negara-negara ASEAN.

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah bertemu dengan Presiden China, Xi Jing Ping. Mereka berbincang tentang penubuhan Asian Monetary Fund bertempat di Hainan, China.

DSAI mencadangkan 2 rancangan utama. Iaitu menggantikan sandaran dolar AS dengan matawang alternatif dan mengurangkan kebergantungan terhadap International Monetary Fund (IMF).

malaysia

Rekomendasi Untuk Anda: Anwar Ibrahim, Tentang Masa Depan Ringgit

IMF merupakan badan yang memberi pinjaman wang jika sesebuah negara memerlukan bantuan kewangan. Malaysia-China mahu mencari alternatif lain menggantikan IMF.

Oleh sebab itu, kedua-dua negara ini telah bercadang untuk menubuhkan Asian Monetary Fund sebagai alternatif. Tanpa perlu bergantung pada IMF semata-mata.

Idea ‘Asian IMF’ ini pernah dicadangkan oleh kerajaan negara Jepun pada tahun 1997 ketika krisis Kegawatan Ekonomi Asia yang melanda negara-negara Asia.

Kegawatan ekonomi ketika itu menyebabkan matawang negara-negara asia jatuh nilai bermula dengan Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia, juga Korea Utara. Krisis tersebut hampir meruntuhkan ekonomi kerajaan ketika itu.

Ketika itulah, idea Asian Monetary Fund wujud. Bertujuan membantu negara-negara Asia yang mengalami masalah kewangan atau dilanda krisis ekonomi. Sebagai alternatif menggantikan IMF yang tidak adil.

Tetapi idea itu ditolak keras oleh Amerika Syarikat ketika itu. Kerana idea tersebut akan melemahkan pengaruh AS terhadap negara-negara di Asia. Maka, cadangan tersebut ditolak.

Di Rusia, matawang dolar telah digantikan dengan matawang Yuan, China. Yuan telah menjadi matawang yang paling banyak didagangkan di Rusia. Kebanyakan aset kewangan Rusia dipegang dalam bentuk Yuan.

Impak Harga Emas Malaysia

Sebagaimana yang kita tahu, harga emas sentiasa menggunakan dolar AS sebagai rujukan. Jika dolar AS kuat atau meningkat, maka harga emas akan turun.

Sebaliknya, jika dolar AS lemah atau jatuh, maka harga emas akan naik melambung. Dalam bahasa matematik, ia dirumuskan sebagai dolar AS berkadar songsang dengan harga emas.

Jika dunia bertindak membuang dolar AS sebagai matawang sandaran, maka ia akan melemahkan pengaruhnya dalam sistem kewangan dunia. Sekaligus melemahkan nilainya.

Secara automatik, harga emas dijangka akan meningkat lebih tinggi. Dolar AS sentiasa berkadar songsang dengan harga emas dunia.

Rekomendasi Untuk Anda: Banking Crisis, Bertindak Sebelum Terlambat

Berkemungkinan ringgit akan meningkat lebih tinggi berbanding dolar AS. Maka, ia akan menyebabkan harga emas menjadi murah bagi kita sebagai pembeli emas di Malaysia.

Namun, ringgit juga merupakan matawang diperbuat daripada kertas. Di mana nilainya sentiasa bergantung pada kerajaan, ekonomi dan geopolitik dunia.

Setiap matawang kertas tidak boleh lari daripada risiko inflasi dan jatuh nilai. Maka, menyimpan wang dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kerugian nilai dan tidak berbaloi.

Sedangkan nilai emas ada pada emasnya sendiri. Emas mempunyai nilai intrinsik tersendiri. Ia tidak bergantung pada apa-apa atau mana-mana pihak sekalipun.

Justeru, menyimpan emas untuk jangka masa panjang sangat berbaloi berbanding menyimpan duit di bank. Dalam masa yang sama, kekayaan kita juga akan bertambah dengan kenaikan harga emas. Inshallah.

Bimbingan Percuma Menabung Emas

Klik>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
11 April 2023              

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments