Banking Crisis, Bertindak Sebelum Terlambat

Banking crisis berulang kembali sebagaimana yang pernah berlaku pada tahun 2008 lalu. Apabila bank-bank besar di Amerika jatuh bankrap akibat inflasi matawang yang tinggi.

Inflasi bermula apabila bank central mencetak duit dengan banyak yang dipanggil Quantitative Easing (QE). Apabila duit dicetak dengan banyak, duit akan mengalami inflasi yang tinggi. Lalu nilainya runtuh!

banking

Apabila nilai duit runtuh, maka harga barang akan meningkat dengan mendadak. Sebab kuasa beli duit semakin lemah akibat inflasi.

Dan nilai duit simpanan kita di bank akan semakin rendah dan kecil. Kekayaan kita akan berkurang walaupun duit semakin banyak di bank. Kerana nilai duit menurun dan lemah!

Silicon Valley Banking Crisis

Pelakon popular Amerika, Sharon Stone mendakwa bahawa beliau telah kehilangan separuh daripada kekayaannya di bank. Berpunca daripada krisis perbankan yang berlaku sekarang.

Bank Silicon Valley disenarai sebagai bank yang ke-16 terbesar di Amerika Syarikat (AS), dengan kira-kira bernilai $209 billion aset. Bank ini di ambang keruntuhan.

BACA Rekomendasi: Money Printing! Kesan Buruk Duit Anda Di Bank

Ketua bank tersebut membuat kesilapan dalam menilai risiko kadar faedah dan inflasi yang tinggi. Lalu pelabur-pelabur besar telah menarik keluar duit mereka daripada bank tersebut.

Sekaligus menimbulkan kerisauan kepada pendeposit yang menyimpan duit di bank tersebut. Kemudian, pendeposit bertindak mengeluarkan duit simpanan masing-masing daripada akaun simpanan mereka.

US Dollar Runtuh Jadi Zimbabwe Dollar?

Dalam youtube podcast pakar ekonomi, Peter Schiff menjelaskan bahawa matawang kertas (Fiat Money) akan mati satu hari nanti. Tidak mustahil berlaku kepada US dolar. Ia cuma persoalan masa!

Keruntuhan bank seperti ini akan menyebabkan inflasi matawang yang sangat tinggi. Sebabnya, bank sentral perlu mencetak duit baru sebanyak trillion dolar bagi menampung kos kerugian bank.

Apabila duit dicetak dengan banyak, kuasa beli duit akan jatuh dan harga barang akan meningkat. Maka kekayaan mereka akan menurun.

Setiap akaun bank di negara tersebut akan mengalami keruntuhan nilai yang sangat tinggi. Sebab duit dalam akaun bank mereka kehilangan kuasa beli akibat dihakis inflasi.

Maka, tidak ada akaun bank yang akan selamat. Tegas pakar ekonomi, Peter Schiff.

banking

Peter Schiff juga memberi amaran di Twitternya, bahawa duit dalam akaun bank sangat berisiko tinggi. Risiko bukan datang daripada kegagalan bank tetapi daripada inflasi matawang yang tinggi.

Jika anda simpan duit di bank, keluarkan duit dari bank dan beli emas fizikal secepat mungkin sebagai simpanan jangka masa panjang.

BACA Rekomendasi: Emas | 5 Sebab perlu Simpan Emas Sekarang

Perlu Bimbingan Simpan Emas?

FREE! Klik>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
21 Mac 2023

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Banking Crisis, Bertindak Sebelum Terlambat […]