SSPN Dihentikan Pelepasan Cukai, Solusi?

SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000 mulai tahun taksiran 2023.

Menurut Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi, berkata perkara itu selaras keputusan kerajaan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN.

sspn

“Kerajaan sebelum ini, memang beri potongan cukai kepada pencarum SSPN sebagai galakan, terutamanya kepada ibu bapa untuk mencarum bagi pendidikan anak mereka dengan kemudahan disambung beberapa kali hingga 2022.

“Namun, ia dihentikan tahun ini. Kalau simpan (SSPN) tahun ini, tiada potongan cukai atau ‘relief’ pada tahun hadapan. Keputusan ini dibuat kerajaan atas dasar dan keadaan bersesuaian,” tambahnya lagi.

Rekomendasi Untuk Anda: Anwar Ibrahim, Tentang Masa Depan Ringgit

Kemungkinan faktor ini akan menyebabkan orang ramai berhenti mencarum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa LHDN supaya memastikan golongan ‘maha kaya’ tidak culas membayar cukai.

Sumber: bharian.com.my

SSPN Bukan Segalanya, Kita Ada Pilihan

SSPN sangat bagus bagi melatih kita menyimpan duit demi pendidikan anak-anak di masa depan. Namun, tidak dinafikan bahawa ia tidak lagi menarik apabila pelepasan cukai tidak lagi dibenarkan.

Sebagaimana yang kita tahu, simpanan duit jangka panjang juga berisiko dihakis nilainya akibat inflasi. Maka, ia jadi tidak berbaloi jika dividen yang ditawarkan terlalu rendah (4%).

Kita ada pilihan meneruskan simpanan di SSPN atau berpindah kepada simpanan emas di Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold.

Akaun emas GAP merupakan inisiatif Public Gold bagi memudahkan orang ramai menyimpan emas fizikal serendah RM100 saja. Dijamin 100% emas fizikal gred 999.9.

Rekomendasi Untuk Anda: Pendidikan Anak-Anak | Simpan Emas

Emas fizikal tidak mempunyai risiko inflasi seperti duit kertas. Malah, harga emas semakin meningkat dalam jangka masa panjang. Lebih berbaloi!

Simpanan emas boleh mendapat pelepasan cukai jika jumlah emas melebihi 85gram iaitu layak mengeluarkan zakat. Zakat emas boleh mendapat pelepasan cukai.

Dalam gaji kita ada rezeki anak-anak. Jika kita tidak menabung untuk anak-anak, maka amatlah rugi. Masa depan anak bergantung pada ibu bapa yang bijak kewangan.

INFO Harga Emas:
Tahun 2000 = RM35/gram.
Tahun 2023 = RM298/gram.
Kenaikan 8.5 kali ganda!

Contoh Kiraan: jika kita mula menyimpan emas 1 gram sebulan sejak anak lahir sehingga anak berumur 18 tahun. Maka, apabila anak berumur 18 tahun, simpanan emas terkumpul berjumlah 216 gram.

Harga emas 216 gram hari ini bernilai RM64,368. Bayangkan jika kenaikan harga emas dalam masa 18 tahun sebanyak 8 kali ganda. Maka, simpanan 216 gram tersebut menjadi RM514,944!

Tabungan emas sebanyak 216 gram sudah cukup bagi menampung kos pendidikan universiti bagi anak-anak kita nanti. Tanpa perlu berhutang PTPTN. Inshaallah.

sspn

Kesian anak-anak kita jika mereka dibebani hutang selepas belajar. Dengan simpanan emas, ia sangat membantu mereka di masa depan. Inshaallah.

Dengan adanya Akaun GAP Junior, ia sangat memudahkan bagi ibu bapa yang mahu menyimpan emas untuk anak-anak yang tersayang. Jika ada persoalan, sila wassap saya untuk bantuan.

FREE! Download Ebook emas bernilai RM250 di website official saya. Klik Link Download

Perlu Bimbingan Simpan Emas?

FREE! Join>Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
28 Mac 2023   

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments