Dunia Buang Dolar, Impak Besar Pada Emas

Dunia termasuk China, Brazil bertindak membuang Dolar Amerika Syarikat (AS) dan memilih untuk berdagang menggunakan matawang negara masing-masing.

Ia akan menyebabkan dolar AS yang selama ini dominan menjadi lemah. Sekaligus bakal meruntuhkan pengaruhnya sebagai petrodolar. Iaitu minyak mentah ditukar dengan dolar AS.

Sebagaimana yang kita tahu, sejak 50 tahun lepas dolar AS merupakan matawang yang digunakan untuk perdagangan minyak mentah. Matawang lain tidak diterima termasuk emas.

dunia

Maka, setiap negara-negara mesti memiliki dolar sebagai prasyarat untuk kelangsungan ekonomi. Penetapan harga minyak mentah dalam dolar juga mengekalkan permintaan dolar menjadi tinggi.

Sejak berlakunya krisis bank di AS telah mengubah persepsi dunia terhadap dolar. Apabila Silicon Valley Bank (SVB) mengalami kebangkrapan akibat inflasi dolar yang tinggi dan tidak terkawal.

Sebagaimana dalam sejarah, krisis bank telah menyebabkan kegawatan ekonomi yang teruk ketika Asian Financial Crisis (1997). Juga Great Recession pada tahun 2008 yang melanda kemerosotan ekonomi global.

Kini, krisis bank terbaru melanda ekonomi global. Ia tercetus sejak pandemik Covid-19, perang Ukrain-Russia, sanksi ekonomi, ketegangan politik dan bencana alam besar yang telah melanda beberapa negara.

Segala faktor tersebut telah melemahkan keyakinan global terhadap dolar yang semakin merundum dan tidak stabil. Lalu mencari alternatif lain bagi menyelamatkan ekonomi negara masing-masing.

Russia Mengemparkan Dunia

Pada tahun 2022, Bank Sentral Russia telah mengumumkan bahawa ia menambat matawang negaranya kepada emas. Lalu ia menimbulkan konflik khususnya bagi pembeli gas di negara-negara eropah.

Russia mencetus de-dolarisasi dan terbukti bertahan lebih lama dengan sokongan daripada China. Tidak seperti Libya suatu ketika dulu.

Rekomendasi Untuk Anda: Kenapa Russia Mahu Matawang Bersandar Emas

Di mana, Presiden Muamar Gaddafi ditewaskan NATO apabila beliau berkeras memperjuangkan perdagangan minyak mentah dibayar dengan dinar emas, oil for gold.

Pengenalan matawang baru bersandarkan dinar emas telah menjurus kepada pembunuhan Gadaffi. Semuanya hanyalah kerana matawang yang ingin berkuasa.

Kesan Dolar Terhadap Emas

Sebagaimana yang kita tahu, harga emas berkadar songsang dengan nilai dolar AS. Jika dolar kuat, maka harga emas turun. Manakala jika dolar lemah, harga emas akan naik.

Berita kelemahan dolar pasti membuatkan pelabur emas sentiasa tersenyum. Emas juga bertindak sebagai pelindung ketika ketidak-tentuan geopolitik dan ketidak-stabilan ekonomi.

Pelabur sentiasa menukarkan aset mereka kepada emas sebagai insuran dan alternatif ketika berlaku krisis bank atau apa-apa bencana ekonomi.

Rekomendasi Untuk Anda: Singapura Beli 45,000 KG Rizab Emas 2023

Justeru, negara-negara di dunia bertindak untuk beralih kepada emas berbanding dolar. Emas saja solusi terbaik bagi mengekalkan kelangsungan ekonomi negara ketika krisis melanda.

Harga emas dilaporkan mengalami trend meningkat dengan mendadak apabila berlakunya krisis bank SVB. Seiringan itu, matawang dolar dan matawang besar di dunia menjadi semakin lemah.

Kelemahan matawang kan memberi impak negatif terhadap wang simpanan kita di bank. Ia akan menyebabkan kekayaan kita semakin berkurang. Jika kita tidak bertindak menukarkannya kepada emas fizikal.

Perlu Bimbingan Menabung Emas

FREE! Klik>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
4 April 2023           

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Dunia Buang Dolar, Impak Besar Pada Emas […]

trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Dunia Buang Dolar, Impak Besar Pada Emas […]