Kenapa Russia Mahu Matawang Bersandar Emas?

Kenapa emas? Sejak Russia menjalankan operasi ketenteraan ke atas Ukraina, negara barat telah mengenakan sanksi ekonomi dengan tujuan meruntuhkan ekonomi Russia.

Kebijakan Putin dalam sistem kewangan, bertindak sandarkan matawang ruble kepada emas. Apakah tindakan itu berhasil?

kenapa

Emas Kukuhkan Ruble

Baru-baru ini Russian Central Bank mengumumkan bahawa matawang ruble akan disandarkan dengan emas. Dengan nilai 1gram emas bersamaan dengan 5,000 ruble. Bermaksud, 1 troy ounce (32gram) emas bersamaan dengan 160,000 ruble. Mengikut pertukaran matawang terkini, 32 gram emas bersamaan 1,600 dolar (AS) di Russia.

Rekomendasi Untuk Anda: Financial-Sanction Tidak Kesan Putin Taktik Genius

Di Amerika Syarikat (AS), 32 gram emas yang sama bernilai 1,928 dolar (AS). Bermaksud, nilai matawang ruble telah meningkat apabila disandarkan emas berbanding dolar. Matawang ruble menjadi kukuh dan lebih kuat daripada matawang dolar.

Kenapa Sandaran Emas?

Jika anda membaca sejarah, sistem matawang pada asalnya dipanggil Gold Standard. Setiap duit kertas yang dicetak mestilah bersandarkan emas. Bermaksud, negara tersebut mesti mempunyai rizab emas terlebih dahulu, dan barulah duit kertas boleh dicetak.

Pada tahun 1900an, 1 ounce emas bersamaan dengan 35 dolar (AS). Sandaran emas yang membuatkan matawang dolar menjadi bernilai dan dipercayai. Namun, nilai dolar semakin lemah sehingga hari ini iaitu 1 ounce emas bersamaan dengan 1,928 dolar (AS). Apa puncanya?

Kenapa Hubungan Emas-Matawang Diputuskan?

Ketika perang Vietnam, perbelanjaan AS telah meningkat. Perkara ini membuatkan pemegang dolar ketika itu merasa nilai dolar dalam bahaya lalu menukarkan dolar kepada emas sebagai jalan selamat. Mereka risau AS akan kehabisan rizab emas apabila berterusan mencetak dolar bagi menampung kos perang Vietnam. Kehabisan rizab emas boleh meruntuhkan nilai matawang dolar dan menjadi lemah.

Rekomendasi Untuk Anda: Money Printing Kesan Buruk Duit Anda Di Bank

Lalu Presiden Nixon (AS), bertindak memutuskan hubungan emas dengan dolar. Agar AS tidak kehabisan rizab emas. Maka bermula sistem matawang terapung (floating currency) tanpa bersandarkan nilai emas. Bermaksud, duit kertas boleh dicetak sesuka hati tanpa had yang dipanggil sistem wang fiat.

kenapa

Kesan Terhadap Duit Kita Di Bank

Kita perlu faham tentang sistem wang fiat, di mana setiap matawang yang dicetak hendaklah bersandarkan nilai dolar (AS), termasuk ringgit. Bermaksud, duit ringgit yang kita simpan bergantung pada nilai dolar (AS). Jika dolar lemah maka duit kita juga turut lemah.

Rekomendasi Untuk Anda: Apa Kesan Perang Ukraine Emas Naik

Sebab itu, Putin bertindak supaya matawang ruble disandarkan dengan nilai emas. Tujuannya bagi menghapuskan kebergantungan pada dolar (AS) yang semakin lemah. Malah matawang ruble menjadi bertambah kuat dan bernilai berbanding dolar (AS).

kenapa

Simpan Ruble Atau Emas?

Jika anda bertindak untuk menyelamatkan nilai duit ringgit anda, persoalannya adakah kita patut tukarkan ringgit kepada ruble atau kepada emas?

Menurut sumber, peredaran ruble di luar Russia tidak sampai 10% daripada matawang itu dicetak. Bermaksud, sangat sukar bagi kita mendapatkan ruble. Sedangkan emas lebih mudah didapati di Malaysia.

Tips Emas RM100 Percuma Di Telegram

Klik> Join Telegram Channel

SHARE sebarkan bermanfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
26 April 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Kenapa Russia Mahu Matawang Bersandar Emas? […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Kenapa Putin Mahu Matawang Bersandarkan Emas […]

trackback

[…] BACA Rekomendasi: Kenapa Russia Mahu Matawang Bersandar Emas […]

trackback

[…] Rekomendasi Untuk Anda: Kenapa Russia Mahu Matawang Bersandar Emas […]