Kita Belum Merdeka Kewangan, Jika Masih..

Kita meraikan kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Tarikh itu menunjukkan negara telah merdeka dari genggaman asing. Namun hakikatnya, mereka masih menjajah dan mengawal dari sudut kewangan dan perbankan. Apakah yang mereka kawal? Bagaimana cara untuk merdeka kewangan?

merdeka kita

Duit Kita Masih Dikawal Barat

Sebagaimana yang anda tahu, setiap matawang yang dicetak adalah bersandarkan nilai dolar. Bukan lagi bersandarkan emas sejak Presiden Nixon (Amerika) bertindak memutuskan hubungan emas dan dolar pada tahun 1971 di Bretton Woods Agreement. Sejak itu, semua matawang di dunia termasuk ringgit mesti bersandarkan nilai US dolar.

Sistem ini dikenali sebagai sistem wang fiat. Apabila nilai US dolar jatuh, maka matawang-matawang di dunia akan menerima kesan buruknya. Apabila nilai US dolar naik, prestasi matawang kita sama ada tetap sama atau semakin lemah. Buktinya, apabila barangan jenama dari amerika menjadi semakin mahal bagi kita di Malaysia. Tidak adil!

Sebab itu, Presiden Putin bertindak memutuskan hubungan Rubel (matawang Russia) dengan US dolar ketika invasi Ukrain. Beliau bertindak supaya Rubel bersandarkan nilai emas, bukan lagi US dolar. Tindakan tersebut membuatkan Russia kebal daripada segala ancaman ekonomi oleh Amerika.

Russia boleh dikatakan telah mencapai kemerdekaan ‘total‘ dari sudut kewangan dan ekonomi. Ini kerana, matawang mereka tidak terikat dengan kuasa barat. Bebas daripada ketidak-adilan sistem wang fiat!

BACA Rekomendasi: Kenapa Putin Mahu Matawang Bersandarkan Emas

merdeka kita

Kerajaan Kawal Kekayaan Kita

Sepertimana yang anda tahu, suatu ketika dulu ringgit pernah berada pada prestasi RM2.50/Usd (Tahun 1997). Jika anda lihat prestasi ringgit hari ini sekitar RM4.49/Usd (Ogos 2022). Bermaksud nilai ringgit semakin lemah dan jatuh berbanding US dolar. Siapa yang bertanggungjawab ke atas prestasi ringgit?

Betul! Kerajaan yang bertanggungjawab ke atas prestasi matawang. Penat lelah bekerja setiap hari selama bertahun-tahun bersusah-payah mengumpul duit, akhirnya kekayaan kita jatuh akibat kejatuhan nilai ringgit. Ia ibarat pembunuh kekayaan secara senyap kerana nilai duit tidak boleh di lihat dengan mata. Sedar-sedar, harga barang di kedai sudah meningkat 100 kali ganda!

Ingat zaman sekolah dulu, nasi lemah hanya berharga 50 sen sebungkus. Hari ini, harga nasi lemak sekitar RM2 sebungkus, mahal! Bermaksud kuasa beli duit zaman dulu sangat tinggi berbanding kuasa beli duit zaman sekarang yang semakin rendah.

kita merdeka

Jika Mahu Merdeka Kewangan

Tidak perlu bersusah-payah untuk mengubah sistem wang fiat atau sistem perbankan. Ia akan mengakibatkan huru-hara dan porak-peranda di dalam negara. Kita hanya perlu tukarkan sebahagian daripada duit simpanan kepada emas fizikal.

Sepertimana yang dilakukan oleh Presiden Putin, dengan menambah rizab emas dan membuang dolar. Ternyata taktik itu berhasil bagi memerdekakan Russia dari ancaman kewangan dan ekonomi barat.

Nilai emas tidak bergantung pada dolar dan juga mana-mana kerajaan sekalipun. Dalam masa yang sama, emas kebal daripada ancaman ekonomi, kewangan, dan ketidak-stabilan politik malah ancaman perang sekalipun. Sebagaimana yang dibuktikan pada perang dunia kedua.

BACA Rekomendasi: 5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas

Tips Simpan Emas Di Telegram Channel

FREE> Join Channel

SHARE demi kemerdekaan bersama. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
30 Ogos 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments