Maksud Inflasi Sebenar, Ramai Keliru! (2024)

Maksud inflasi yang sebenar gagal difahami oleh kebanyakan masyarakat akibat putar belit di dalam sosial media.

Ramai mengeluarkan pendapat masing-masing tentang inflasi tanpa membaca buku kewangan terlebih dahulu.

Sekadar membaca beberapa artikel, sangat tidak membantu kita untuk faham perkara sebenar. Justeru, saya ringkaskan beberapa pendapat pakar-pakar kewangan tentang inflasi.

maksud

Apa Maksud Inflasi?

Inflasi ialah kenaikan dalam bekalan matawang. Bahasa mudah, duit kertas dicetak dengan banyak, maka berlakulah inflasi.

Ia akan menyebabkan duit kita kehilangan nilainya secara perlahan-lahan lalu menyebabkan harga barang meningkat.

Harga barang meningkat bukanlah disebabkan barangan itu semakin bernilai tetapi sebenarnya kuasa beli duit kita yang susut dan jatuh. Ini boleh dibuktikan dengan teori kambing 1 dinar emas.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, seekor kambing mampu dibeli dengan harga 1 dinar emas. Hari ini, 1 dinar emas yang sama masih mampu membeli seekor kambing. Membuktikan harga kambing tidak meningkat jika dibeli dengan menggunakan dinar emas.

Tetapi jika kita membeli kambing dengan duit kertas seperti ringgit, kita sedari bahawa harga kambing semakin meningkat saban tahun.

Suatu ketika dulu, kita boleh beli kambing dengan harga sekitar RM400 seekor. Namun pada hari ini, harga kambing mencecah RM1,500 seekor (tahun 2022).

Padahal saiz kambing lebih kurang sama, rasanya juga sama. Bukan juga disebabkan permintaan yang tinggi daripada pengeluaran. Sebenarnya, kuasa beli duit kita yang jatuh dihakis nilainya oleh inflasi.

BACA Rekomendasi: Inflasi Hakis Nilai Duit Rakyat Malaysia

Kesan Buruk Inflasi Hiper

Inflasi tidak terkawal apabila duit dicetak dengan terlalu banyak dalam waktu yang singkat, maka jadilah inflasi hiper.

Ia situasi yang sangat berbahaya di mana harga barang boleh meningkat setiap hari. Dan mungkin negara tersebut akan mengalami kebankrapan.

Sepertimana yang berlaku di negara Zimbabwe, Venezuela, Argentina, dan yang terkini Sri Lanka. Suatu ketika dulu, negara kita juga pernah dilanda inflasi hiper pada penghujung Perang Dunia 2 (tahun 1945).

Tentera Jepun memerintah Malaya (nama Malaysia pada ketika itu) telah mencetak matawang dengan terlalu banyak sehinggakan ia menjadi tidak bernilai. Menariknya, matawang tersebut diberi nama ‘duit pisang”

BACA Rekomendasi: Sri Lanka Bankrap, Rakyat Malaysia Perlu Belajar

maksud

Jika kita faham maksud sebenar inflasi, sudah tentu kita rasa ia suatu yang menakutkan. Apa tidaknya, kita bekerja setiap hari mencari rezeki dan menyimpan duit setiap bulan. Akhirnya, duit yang kita simpan hasil titik peluh bekerja telah hilang nilainya sedikit demi sedikit dihakis inflasi. Kita rasa sangat tidak adil!

BACA Rekomendasi: Teknik Tambah Kekayaan Ketika Inflasi

Namun, bagi anda yang berilmu, sudah pasti anda bertindak untuk menukarkan sebahagian duit simpanan hasil titik peluh anda kepada dinar emas. Sebagai pelindung daripada inflasi yang memakan nilai duit dan kekayaan kita selama ini.

Dapatkan Bimbingan Simpan Dinar

FREE>Join Telegram Channel

SHARE sebarkan manfaat. Jazakumullah khayran~

Mohd Ekram Marfuadi
Kota Kinabalu,Sabah
23 Ogos 2022

About the author

ekrammarfuadi

Saya dealer Public Gold aktif sejak tahun 2016 dalam G100 Network iaitu group Public Gold yang paling pesat berkembang. Saya juga seorang anak didik Tuan Zulkifli Shafie (Penulis buku Wang Emas).

View all posts
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] BACA Rekomendasi: Maksud Inflasi Sebenar, Ramai Keliru […]